Written by UT: 12 Mar 2012
ALFONSE d’ Albuquerque, seorang panglima perang Portugis, sahabat karib kepada Putera John of Portuguesa, pernah terlibat dalam banyak siri peperangan menawan dan menjajah negara lain terutama sejak tahun 1476.
Empat tahun kemudian (1480), dia mengetuai misi menyelamat Ferdinand II de Aragon dari tawanan Empayar Turki Uthmaniyah. Kemudian pada 1481, Putera John (ketika itu sudah ditabal menjadi Raja John II) menganugerahkan beliau kedudukan sebagai pegawai khas kepada istana Portugal untuk memikul tanggungjawab perluasan kuasa.
Albuquerque banyak terlibat dalam misi ketenteraan termasuk di India pada tahun 1503 dan 1506, kemudian misi ke Socotra dan Hormuz pada 1507. Dalam misi-misi awal itu, Albuquerque lebih banyak menumpukan persediaan awal untuk melakukan langkah seterusnya iaitu menyerang untuk menakluk.
Pada 1510, angkatan Portugis di bawah perintah Albuqueque menyerang Goa dan pada masa yang sama membuat persediaan untuk menuju Selat Melaka bagi misi seterusnya.
Dalam misi itu, pedagang borong dari Goa iaitu Ninna Chattu mengadakan hubungan maklumat dengan Rui de Araujo (salah seorang daripada 19 orang Portugis yang berada di Melaka sejak 1509) untuk mendapatkan maklumat mengenai Melaka sebelum misi serangan dimulakan (1511).
Kita tidak mahu bercerita mengenai bagaimana Portugis merancang untuk menawan Melaka sehingga jatuhnya negeri Melayu itu pada 1511. Tetapi kita mahu melihat satu benang halus yang tersembunyi (secara sengaja atau tidak sengaja) di sebalik catatan-catatan yang dibuat oleh Albuquerque selepas dia mengamati Melaka.
Di sini, dalam artikel ini, kita tidak menyentuh mengenai bagaimana dan apakah sebenar-benarnya yang telah dilakukan Albuquerque untuk menawan Melaka yang jauh berlainan daripada apa yang diberitahu kepada kebanyakan kita, kita kali ini hanya berminat untuk menyatakan secebis catatan Albuquerque yang menerangkan laluan ke Melaka (Tanah Melayu) melalui jalan laut dan jalan darat yang dimasuki pelbagai bangsa sejak beratus tahun lama sebelum Portugis berlayar sekitar Selat Melaka.
---
“Daripada apa yang diberitahu Rui de Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu), jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh orang Parsi, orang Islam Mekah (Arab), orang Juda (Yahudi), orang Cham dan orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana (sesetengahnya pula) orang Jawa, Gores dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan jalan laut sejak beratus tahun lamanya.” – Alfonso de Albuquerque.
Albuquerque menyambung dengan catatan berikut:
“Sesetengah mereka sampai ke Melaka yang sungguh kaya untuk berdagang. Melaka sangat kaya dan orang-orangnya (Melayu) adalah orang yang bermaruah, berpakaian segak, sungguh gagah apabila berperang dan sangat halus bersopan santun.
“Semasa Portugis menyerang Melaka, angkatan saya mengambil masa 14 hari dan 14 malam tidak tidur sebelum mampu masuk ke kota Melaka. Saat jambatan (di pelabuhan) Melaka didekati, 700 orang Jawa di pantai menyerang Portugis membantu Melaka, orang Melaka pula 10,000 orang bersiap sedia dengan 20 ekor gajah tidak jauh dari pantai. Dalam kota, jauh lebih ramai.
“Araujo memberitakan kepada saya, sebanyak 3,000 meriam kepunyaan Melaka. Tidak kurang 2,000 meriam dibuat daripada gangsa dan tembaga, dan selebihnya dari timah. Salah satu meriam tembaga itu pemberian Raja Calicut kepada Raja Melaka.
“Saya tahu, tidak ada yang akan percaya apabila saya beritahu bahawa meriam-meriam orang Melaka adalah sebaik meriam orang Jerman (pelurunya boleh menenggelamkan kapal-kapal).
“Angkatan Portugis di selat tidak mampu menghadapi Melaka kerana kehebatan meriam-meriamnya, askar-askarnya, sekutu-sekutunya dan gajah-gajahnya. Lalu diupah oleh Portugis kepada tukang-tukang besi dari Goa untuk membaiki senjata-senjata crossbow yang sangat-sangat diperlukan sebelum menyerang semula.” - Alfonso de Albuquerque.
Saya berasa cukup bangga dengan kenyataan di perenggan-perenggan di atas walaupun berparut pilu mengenangkan kejatuhan Melaka. Ia merupakan penghormatan dan pengiktirafan kekuatan yang diberikan Albuquerque kepada Melaka. Perenggan-perenggan itu tidak disusun seperti di atas, ia sebenarnya ditulis dalam berlainan helaian.
Walaupun perenggan-perenggan di atas tidak berkaitan dengan apa yang mahu ditulis dalam artikel ini, saya menulisnya juga kerana berasa bangga dengan Melaka yang hampir-hampir membuat Portugis berputus asa.
---
Albuquerque mencatatkan bahawa sesetengah orang Parsi, Arab, Yahudi serta Cina memasuki Melaka melalui jalan darat. Manakala orang Jawa, Gores (dari kalangan bangsa Korea dan Jepun) serta orang Sulu pula datang melalui jalan laut. Mereka sesetengahnya datang dengan tujuan untuk berdagang sejak beratus tahun sebelum kedatangan Portugis.
Beratus tahun sebelum kedatangan Portugis ke Melaka. Ia bermaksud, orang Yahudi sudah lama memasuki tanah-tanah orang Melayu.
Catatan Albuquerque itu juga memperlihatkan kemungkinan kejelasan ada satu kaitan benang lain iaitu orang Yahudi memang sudah lama sampai ke tanah orang Melayu sebaik selepas peristiwa diaspora (The Great Dispersion) yang menyebabkan ramai orang Yahudi melarikan diri dari Jerusalem akibat berperang dengan tentera Rom.
Dalam masa yang sama, sebilangan orang Arab juga datang ke tanah Melaka melalui jalan darat sebagaimana dicatat oleh Albuquerque. Ia menguatkan andaian sebelum ini bahawa memang terdapat kemasukan orang Yahudi, dan memperjelaskan andaian bahawa ada pengembara Arab yang mengekori orang Yahudi sehingga sampai ke negeri-negeri orang Melayu sejak ratusan tahun yang lalu. Namun, andaian ini kita biarkan kabur buat masa ini.
---
Catatan-catatan lain yang menyokong.
Dalam catatan lain terutama di India (yang direkodkan oleh orang Eropah di India), direkodkan bangsa Yahudi yang memasuki Asia Selatan termasuk Asia Tenggara adalah sekitar sekitar 2000 tahun lalu, dalam rekod yang lebih jelas pula disebut sekitar abad ke-16 hingga abad ke-17.
Dalam kitaran abad ke-16, ia adalah tempoh yang selari dengan kedatangan Portugis ke Asia melalui Goa dan Melaka. Kelompok Yahudi itu adalah dari kalangan Yahudi Baghdadi dari Baghdad. Sebilangan Yahudi lagi adalah dari Parsi.
Komuniti Yahudi Baghdadi paling ramai boleh ditemui di India terutama pada abad ke-16, sebelum abad itu pula direkodkan sudah ramai dari kalangan kelompok itu memasuki Asia di sebelah selatan dan timur. Juga direkodkan, kelompok Yahudi itu juga memasuki Yangoon dan Singapura sejak sekian lama.
Kelompok Yahudi yang berbahasa Arab (tidak berbahasa Hebrew atau Yiddish seperti kebiasaan) itu sampai ke India semasa era perluasan kuasa oleh Portugis, Belanda dan British dan membina Synagogue di India.
Kumpulan Yahudi dari Parsi pula sampai ke India pada abad ke-11. Sama seperti kehadiran mereka ke lain-lain sudut dunia, kelompok itu juga turut berasimilasi dengan orang-orang India dan seterusnya melibatkan diri dalam perdagangan ke seluruh Asia termasuk Asia Tenggara khususnya Melaka.
Kata kunci penting di sini ialah Yahudi dari Baghdad dan Parsi memasuki India sejak 2000 tahun lalu, berasimilasi di sana dan melibatkan diri dengan perdagangan antarabangsa India. Manakala India pula turut menjalin hubungan perdagangan antarabangsa dengan Melaka sejak berabad lama.
Tempoh 2000 tahun lalu pula sangat hampir dan boleh diterima sebagai selari dengan peristiwa The Great Dispersion di Jerusalem akibat dibedil tentera Rom.
Maka, tidak ditolak kemungkinan bahawa Yahudi memang memasuki negeri-negeri Melayu sejak sekian lama dengan jalan laut serta jalan darat bagi tujuan dagang.
Catatan Albuquerque walaupun tidak banyak menyentuh perihal kemasukan orang Yahudi ke Melaka, ia masih membantu dalam menjalin benang-benang keterangan lain yang terdapat di India berdasarkan kunci keterangan yang ditemui.
Pada tahun 1290, seramai 12,900 kaum Yahudi diusir dari England akibat sentimen anti-Yahudi di kalangan penganut Nasrani. Lapan tahun kemudian di Austria, Bavaria dan Franconia, kaum Yahudi turut diusir. Kemudian pada tahun 1306, seramai 100,000 Yahudi diusir dari Peranchis. Pada 1391 pula, diusir dari Sepanyol.
Bagi golongan Yahudi yang menukar agama kepada Nasrani, mereka terselamat dan dibenarkan tinggal di Eropah.
Pada 1497, kaum Yahudi diusir dari Portugal. Dalam tempoh ini, Alfonse de Albuquerque sudah dilantik oleh Raja John II sebagai panglima perang. Selepas Yahudi diusir dari Portugal, Albuquerque turut memantau pergerakan Yahudi supaya tidak kembali ke Portugal. Maka dengan itu, Rui de Araujo menghantar berita kepada Albuquerque mengenai kemasukan orang Yahudi ke negeri-negeri orang Melayu.
Keterangan-keterangan dan fakta-fakta sejarah memandu ke arah satu penjelasan iaitu kaum Yahudi memasuki Asia selepas beberapa kali terjebak dalam pengusiran oleh kaum-kaum lain di seluruh dunia terutama pada abad ke-13 hingga abad ke-15.
Disebabkan orang Eropah pada masa itu kuat dan ekstrem dengan sentimen anti-Yahudi, maka pergerakan mereka sentiasa dipantau supaya tidak kembali memasuki negara-negara Eropah selagi mereka tidak menganut Nasrani. Maka, kemasukan mereka ke Asia termasuk Melaka memang dikesan dan dicatat oleh rekod Portugis pada ketika itu.
Rekod yang dicatatkan oleh Albuquerque itu dihantar ke istana Portugal bagi menyampaikan berita mengenai pergerakan kaum Yahudi pada semasa Portugis mengumpul maklumat sebelum menyerang Melaka yang makmur.
---
Tidak dapat ditolak bahawa kaum Yahudi masuk ke Asia dan jelas turut memasuki negeri-negeri Melayu selepas melarikan diri dari Jerusalem dan selepas diusir dari beberapa buah negara Eropah. Mereka berasimilasi sejak beberapa generasi yang lalu dengan bangsa-bangsa yang ada di tanah-tanah tumpangan mereka.
Catatan-catatan yang direkodkan Portugis dan orang Eropah di India pula seperti memperjelas dan mengesahkan semua kemasukan dan penghijrahan itu. Jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan Yahadut Mizrah di celah-celah bangsa Asia, maka adalah wajar mencari dan merujuk rekod-rekod yang dimaksudkan.
Ia bukan satu perkara yang dibuat main-main. Ia adalah berdasarkan rekod-rekod yang tertulis di atas lembaran-lembaran sejarah yang tersembunyi dan disembunyikan oleh Eropah selepas mereka mengusir Yahudi. Kehadiran kaum Yahudi di negara-negara Asia dirahsiakan daripada pengetahuan orang Asia, ia supaya kaum Yahudi dapat bebas melakukan kemusnahan dan kekuatan bangsa Asia di sebelah timur dan tenggara dalam senyap.
Orang Eropah tahu bahawa Asia sedang dilemahkan oleh orang Yahudi yang tidak mereka sukai. Orang Eropah tidak mahu kekuatan mereka dilemahkan oleh orang Yahudi, lalu Yahudi diusir dari benua mereka. Apabila Yahudi memasuki Asia, maka Asia menjadi lemah apabila Yahudi mula menguasai banyak aspek.
Saat kelemahan Asia semakin membarah akibat tangan-tangan Yahudi, maka lebih mudah untuk Eropah menakluk segala kepentingan yang ada di Asia. Itulah caturnya yang tidak kelihatan dengan jelas.
Permainan catur menjadi lebih berbahaya apabila Yahudi yang memasuki Nasrani di Eropah (Yahudi yang munafik dalam konteks Nasrani, hanya berpura-pura menganut Nasrani) bekerjasama dengan Eropah demi kepentingan saudara-saudara mereka (Yahudi) yang ada di Asia Timur dan Asia Tenggara.
Adakah Yahudi memasuki negeri-negeri Melayu?
Alfonse de Albuquerque ada jawapannya.
-STALKER-
----------------------------------------------------------------------------------------
6 comments:
emi nizam12 March 2012 03:05
salam..teruskan cerita ini...saya tertarik sgt dgn kisah berhubung dgn yahadut mirzah. sejak saya mmbacanyanya dari sumber2 lain saya mula memerhati sekeliling...erm..
Reply
Anonymous12 March 2012 09:09
salam...tak hairan kalau ada yahudi yang berpura2 jadi penasihat british di negeri2 tanah melayu...dan tak hairan juga kalau sehingga sekarang pengaruh yahudi + nasrani tu ada...dan tak hairan kalau ada Melayu, Cina, India yang berdarah yahudi...campuran daripada perkahwinan berbilang bangsa dengan orang Caucasian...terbaca di satu laman web...seorang pembangkang, Teresa Kok dikatakan Chinese-Jewish...STALKER mungkin boleh siasat...adiosss
Reply
Melayu Sarawak15 March 2012 03:52
Assalamualaikum Saudara,
Saudara ada Orang Yahudi Memasuki tanah borneo ini?.
Kesultanan Brunei juga amat termasyhur di serata dunia seperti di Melaka cuma dlm sejarah Melayu hanya Melaka sahaja merupakan Sejarah Melayu yang paling Unggul.
Manakala Sriwijaya, Kesultanan Melayu Brunei, Kesultanan Melayu Sambas, Dan Byk Lagi tidak kelihatan. Supaya org Melayu hanya percaya hanya Melaka sahaja yangmenunjukkan Org Melayu hebat. Macam ada udang di sebalik batu juga.
Bagaimana dgn Org Melayu Sulu/Suluk di Selatan Filipina yang amat kuat ugama islamnya, mereka sekarang masih ditindas dgn kafir filipina dgn pertolongan amerika. Mereka (org2 Sulu) bertutur Yahudi lama. Adakah tanah kepulauan filipina hingga ke kepulauan Borneo ini merupakan tanah Kerajaan Nabi Sulaiman AS.
Sebab Pulau Kami terlalu banyak bangsa hingga beratus bilangnya. Setaip bangsa, adat,pakaian,pertuturan dan bahasa mereka tidak sama. Bahkan penduduk Dinasti Ming (kesultanan Islam China) mediami salah satu kawasan di borneo. Disitu Org China Tionghua beragama Islam tinggal Di Borneo. Mungkin para Cina Islam melarikan diri disini sbb kehancuran Dinasti Islam Ming mungkin. Sbb itulah catatan dalam salah silah Kesultanan Brunei, ada menyebutkan Laksamana Cheng Ho kerap melakukan kunjungan dan berdagang dgn org Melayu Disini.
Saya berharap saudara dapat mengulas tentang perkara ini. Sbb di Borneo juga banyak org Melayu. Tetapi org hanya ingat org Melayu ada di semenanjung dan sumatera sahaja. Tetapi bangsa Melayu kami ini yang hidup beratus bangsa hanya tidak diketahui org.
Sekian, Terima Kasih
Reply
STALKER16 March 2012 00:06
Salam
Emi Nizam,
insya-Allah.. akan diteruskan sehingga semuanya tampak jelas bagi orang-orang yang mahu berfikir.
---
Anonymous Mar 12, 2012 09:09 AM,
Teruskan memerhati. Yahadut Mizrah sentiasa menjunjung cita-cita yang mereka kongsi sesama mereka. Setiap tingkah laku mereka adalah untuk melemahkan pegangan orang Islam dan memperkukuh sekularisme yang mereka junjung.
---
Melayu Sarawak,
Boleh sahaja kalau saudara mahu berkongsi pengetahuan mengenai sejarah silam di Borneo. Mungkin ada di antara yang dikongsi itu menjadi sesuatu yang baru untuk kami di sini ketahui dan membantu semua pembaca menyusun benang-benang yang tidak begitu jelas.
Saya tertarik dengan kenyataan saudara mengenai sebilangan orang Sulu yang bertutur bahasa Yahudi lama. Adakah ia bahasa Aramik atau lain-lain bahasa lama di kalangan Yahudi.
Mungkin maklumat baru yang saudara dapat melalui penceritaan sejarah secara lisan dari orang-orang di sana dapat membantu lain-lain pembaca.
Maklumat itu mungkin berguna sebelum kita padankan dengan maklumat yang disimpan Umat Terakhir.
Reply
amat_said27 March 2012 05:58
bagos la,harap bleh baca lg benda2 baru camni..troskan ek!*sambil memerhati gelagat rakan2 kos bermata sepet..(not being racism..=P)
Reply
No comments:
Post a Comment