Written by UT: FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010
Tha-Djel ialah Dajjal?
"FOR THE LOVE OF THE KING"
Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Ta,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirit,
reborn Ta by earth stop,
be sole king, be everything.
- SYAIR CELT
---
Bahan artikel kali ini diperoleh secara lisan melalui seorang rakan berbangsa Inggeris (Adam, kini Muslim) di United Kingdom, kita ikuti dahulu kisah saudara baru kita ini. Kisah ini telah dialih dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan diringkaskan untuk memudahkan penceritaan. Kemudian kita akan cuba buat penilaian. Kami tidak memaksa anda percaya, ini hanya untuk berkongsi pengetahuan.
Kesahihan kisah seperti diceritakan Sermont kepada Adam tidak dapat dipastikan kerana kekurangan sumber. Sambungan tajuk ini akan cuba dipadankan dengan sumber-sumber lain dengan hanya menjadikan kisah ini sebagai klue awal. Topik ini tidaklah pelik atau sangat sukar.
--
Julai 2004,
AKU selalu menunggu hari Ahad, hari aku tidak bekerja. Selesai mandi dan sarapan roti bawang putih, aku terus memandu ke pinggir kota London, menuju ke rumah Sermont.
Sebaik sampai, Sermont menjemput aku dengan senyuman dan mempelawa aku duduk di atas sofa yang baru dibelinya.
“Mahu tahu lagi mengenai perkara yang aku beritahu kamu pada minggu lepas?” tanya Sermont kepada aku.
“Oh, silakan…aku memang suka dengar kisah mistik” balas aku.
Aku telah lama mengenali Sermont sejak mula bekerja dengan majikan aku sekarang kerana dia pernah menjadi jiran aku di kota London. Sermont seorang Kristian, tetapi pada masa yang sama mempunyai pengetahuan mengenai Wicca dan perkara-perkara mistik mengikut pemahamannya.
“Mengikut tradisi yang kami anggap mitos, ada seorang lelaki dari tanah putih datang ke Eropah pada satu zaman yang terlalu lama, kira-kira beberapa ratus tahun sebelum kewujudan Merlin” kata Sermont.
“Siapa lelaki itu? Apa pula maksud tanah putih itu?” aku menyampuk.
“Sabar dulu…biar aku cerita lagi..” balas Sermont membuat aku terdiam.
Sermont menyambung: “Lelaki itu datang mengajar ilmu kepada bangsa Eropah yang masih mundur pada zaman itu. Dia bijak dalam banyak perkara, semakin lama semakin cerdik akalnya.
“Pada zaman itu juga orang Eropah masih bodoh walaupun sudah lama berpindah ke benua ini untuk memulakan hidup baru selepas nenek moyang mereka kalah teruk dalam peperangan di daerah tanah putih. Lelaki itu mengekori perjalanan mereka hingga ke Eropah bagi memenuhi perjanjiannya dengan nenek moyang mereka.
“Lalu orang Eropah diajar untuk membina tamadun, dia memilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan raja dan menetapkan syarat. Syaratnya, raja itu mesti mengikut segala petunjuk yang diberikannya bagi memakmurkan Eropah dan mengekalkan kuasa raja.
“Lama-kelamaan, orang Eropah semakin ke hadapan dan lelaki itu menghilang. Beberapa ratus tahun selepas itu, Merlin pun muncul. Orang Eropah yakin bahawa Merlin itu adalah lelaki sama yang pernah diceritakan orang-orang terdahulu berdasarkan karekter mereka yang hampir sama.
“Itulah kisah mengenai seorang lelaki yang lebih dahulu muncul di tengah-tengah orang Eropah sebelum Merlin. Orang-orang Eropah terutama Celt mengarang syair bagi memperingati lelaki itu, aku tak tahu apa nama syair itu kerana ia hanya disampaikan melalui lisan. Tapi aku namakan syair itu sebagai For the Love of the King kerana ia menggambarkan bahawa lelaki itu dipuja seperti seorang raja yang disayangi rakyat” cerita Sermont agak panjang lebar.
“Lelaki itu namanya Tha-Djel?” soal aku kepada Sermont.
“Ya. Jangan tanya lagi…aku pun kurang faham syair itu” balas Sermont dengan nada yang kurang meyakinkan.
Ogos 2006,
AKU bersama seorang rakan setugas berbangsa Arab ditugaskan oleh majikan untuk menyempurnakan tugasan perkembangan di Iraq. Tiba saja di Iraq, aku jadi sedikit takut kerana umat Islam dikatakan ganas dan akan membunuh setiap orang asing terutama yang berwajah Eropah. Mujur rakan setugas aku itu berketurunan Arab, aku berasa sedikit selamat.
Ketika berjalan-jalan sekitar sebuah pekan yang musnah akibat peperangan, tiba-tiba datang seorang wanita Arab menjerit-jerit ke muka aku dalam bahasa Arab. Aku bertanya kepada rakan setugas mengenai maksud percakapan wnaita itu.
“Dia minta kamu suruh semua orang Amerika pulang. Dia kata kamu dan bangsa kamu pengikut seorang penipu besar,” jelas rakan setugas aku itu dalam nada yang kekok seperti enggan berterus terang sepenuhnya.
“Siapa penipu besar itu? George Bush?” aku tanya semula dan pada masa yang sama wanita itu terus menjerit-jerit mungkin memberitahu kesengsaraan yang dihadapi keluarganya akibat peperangan.
“Kamu betul mahu tahu? Kamu janji jangan prejudis dengan apa yang akan aku beritahu? Jom kita pulang, akan aku beritahu nanti,” kata rakan aku itu dan kemudian menenangkan wanita itu sebelum berlalu.
Di hotel, aku bertanya semula kepada rakan aku itu: “Ceritalah….aku mahu dengar” kata aku.
“Dia maksudkan penipu itu ialah ad-Dajjal, dia maksudkan Amerika dan sekutunya itu adalah pengikut Dajjal, si penipu besar yang mahu melihat kehancuran manusia,” balas rakan itu dengan wajahnya yang masih sedikit basah selepas solat.
“Dajjal? Rasanya pernah dengar nama itu tapi dalam sebutan lain yang hampir sama. Ceritakan lagi mengenai Dajjal itu.. aku pernah dengar nama itu dari seorang rakan, tapi dia tidak lagi menemui aku sehingga hari ini,” kata aku.
Rakan aku itu terus bercerita mengenai Dajjal mengikut perspektif Islam dan kaitannya dengan kedatangan semula Dajjal bersama segolongan manusia yang dinamakan Gog Magog (Yakjuj Makjuj). Rakan aku itu ternyata berpengetahuan tinggi mengenai agamanya, Islam.
Kemudian aku berfikir semula mengaitkan sebutan Tha-Djel dengan Dajjal.
“Tha-Djel=Thadjel=Dadjel=Dajjel=Dajjal=Dajal” itulah namanya mengikut kaedah sebutan homofon kerana suku huruf 'Th' kadang-kala berfungsi sebagai 'D' seperti The, That dan sebagainya.
Aku tersentak, mungkin benar ada kaitan antara Dajjal ini dengan bangsa Eropah. Bangsa Eropah mungkin dari gugusan Caucasia dan pecahan bangsa Scythia selepas kalah besar dalam peperangan satu masa dahulu. Orang Eropah yang sama darahnya dengan aku mungkin keturunan Gog Magog (Gog Magog Bloodlines).
Askar Yakjuj Makjuj Scythia
Selepas enam bulan sekembali ke London, aku berusaha menidakkannya dengan meneliti rekod-rekod sejarah mengenai perjalanan bangsa Scythia namun yang benar itu tetap benar. Aku gagal menidakkannya. Mengikut perspektif Islam, Dajjal itu akan keluar bersama Gog Magog ketika akhir waktu. Maka, perspektif Islam itu sangat jelas.
Aku mula menyelidik teori-teori mengenai Dajjal yang ditulis orang Islam, aku membelek karya Muhammad Isa Dawud yang diterjemah dalam bahasa Inggeris yang aku beli di sebuah kedai buku milik seorang lelaki India Muslim. Teorinya janggal, tapi bukan kejanggalan teori yang aku tumpukan. Aku mencari maksud Dajjal melalui perspektif Islam dan menemui sedikit jawapannya.
Aku juga meneliti teori-teori konspirasi Dajjal yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang bercambah di internet. Walaupun sekadar teori, ia tampak boleh diterima kerana dapat melihat serba sedikit pertalian antara Dajjal dan Gog Magog serta permainan busuk pengikut Dajjal dalam mempergunakan beberapa agama bagi menutup kerja mereka. Ada satu sisi yang boleh diterima akal. Aku mula mampu melihat bahawa Tuhan itu SATU iaitu yang disembah oleh umat Islam.
Aku teliti pula al-Quran yang diterjemah dalam bahasa Inggeris. Aku membelek surah Kahfi, disebut tentang Gog Magog. Aku membelek pula Hadis Muhammad, banyak diceritakan tentang Dajjal dan pertaliannya dengan Gog Magog. Islam telah lama ada jawapannya. Aku sudah tidak dapat menidakkan atau menegakkan benang basah.
Kemudian aku berfikir secara waras untuk mengubat jiwa, tidak salah jika lahir dari darah keturunan Gog Magog selagi kita mencintai kebenaran dan menuju ke jalan kebenaran. Aku menelefon rakan setugas aku itu, aku menyatakan sesuatu kepadanya. Dia membawa aku ke sebuah pusat Islam di London, dan aku mengucapkan kalimah iman. Jiwaku tidak lagi terasa kosong. Aku sudah menemui pengisian jiwa yang sewajibnya, aku sudah sedar tujuan aku diciptakan sebaik aku mengenali Tuhan yang sebenar-benarnya.
Demikian kisah dari Adam, saudara baru yang menemui jawapan yang tidak pernah disangkanya.
No comments:
Post a Comment