Sunday 29 December 2013

Tenaga: Belajarlah daripada hikmah kejadian

Written by UT: 23 Nov 2013





TOPIK tenaga selalu mendapat perhatian setiap kali disiar di blog ini. Kadang-kala, kita sampaikan subjek yang sukar diterima akal mengenai tenaga, namun ada juga sebilangan kamu yang mampu memahami kerana pernah melalui pengalaman berkaitan tenaga yang disebutkan dalam nota-nota berkenaan.

Apabila ada yang pernah merasai pengalaman itu, maka ia bukanlah sesuatu yang dongeng atau rekaan. Andai ia dongeng, maka sebilangan kamu tidak mungkin pernah merasai pengalaman ‘disinggahi’ tenaga sedemikian.

Seperti yang sudah banyak kali diberitahu, tenaga tidak musnah selagi Pencipta tidak berkehendak ia musnah. Disebabkan ia tidak musnah, maka ia berpindah daripada satu ‘bentuk’ kepada “bentuk” yang lain.

Atas sebab itu kita mengatakan “andai ia dongeng, maka sebilangan kamu tidak mungkin pernah merasai pengalaman ‘disinggahi’ tenaga sedemikian” sebagaimana dalam perenggan kedua di atas. Tenaga itu singgah kepada kamu.

“Aku mungkin akan mati di mata kamu semua wahai murid-muridku, tetapi percayalah aku tidak mati seluruhnya. Umpama air (roh)  yang ada di dalam tangki (jasad), apabila tangki itu pecah atau dipecahkan (mati atau dibunuh), airnya tidak musnah, ia sebaliknya mengalir ke laut, kepada kehidupan yang lain, mungkin lebih baik,” – Socrates.

Daripada petikan di atas, Socrates (ahli falsafah Athens) sudah memahami perkara itu.

Dia memahami dengan hikmah bahawa manusia itu tidak mati seluruhnya, melainkan hanya jasad yang beralih kaku tanpa nyawa. Sebaliknya, nyawa atau roh itu sebagaimana difahaminya, akan berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain.

 “Apa kamu mahu jadi bodoh seperti orang Athens yang lain yang mengatakan guruh petir itu kerja Zeus? Petir dan guruh itu wujud apabila awan-awan berat yang sarat dengan air bergeseran sesama mereka di atas sana (angkasa).

“Ambil contoh perut kamu yang kekenyangan, sudah tentu banyak angin di dalam perut kamu. Disebabkan isi dalam perut kamu itu bergelodak sesama mereka, kamu pun terkentut seperti guruh, kalau tak tertahan mungkin kamu akan tercirit.

“Itu cuma di dalam perut kamu, tidak bolehkah kamu bayangkan perkara yang sama berlaku di atas awan sana? Kalau perut kamu pun sudah boleh hasilkan kentut yang kuat, apatah lagi awan di atas langit yang luas itu?

“Sudah tentu pula guruh dan petir itu bukan sekali kentut atau cirit Zeus yang kekenyangan di atas langit (dialog Socrates menempelak seorang bapa di Athens mengenai kepercayaan karut pagan orang-orang Athens).” – Socrates, dipetik dari laporan Xenophanes (The Symposium). Xenophanes - penulis bebas yang gemar menulis biografi Socrates dalam genre komedi, hidup sezaman dengan Socrates.

Apa pula yang kamu faham mengenai petikan kedua di atas ini?

--

Baiklah, topik tenaga kali ini bukanlah seperti topik tenaga sebagaimana yang terdahulu yang pernah disiarkan sebelum ini. Kita tidak mahu kamu semua terbuai dengan topik tenaga sebagaimana yang dahulu sedangkan sebilangan kamu tidak mampu memahaminya dengan baik.

Seperti kitab-kitab (buku) ilmu hisab karangan al-Khawarizmi, tiada terdapat langsung topik pengiraan matematik di dalamnya. Sebaliknya, al-Khawarizmi menceritakan bagaimana sesuatu nombor itu berganda atau bertukar nilai mengikut prinsip-prinsip hisab. Namun, walaupun tiada apa-apa contoh pengiraan, ia tetap menjadi rujukan para ahli matematik moden dalam membincangkan masalah linear, algebra dan alogaritma.

Dengan algebra, tentera Islam mampu membina teknologi balistik yang tepat dalam membuat sasaran balingan batu kepada musuh semasa era panglima Salahuddin al-Ayoubi. Melalui pengiraan yang tepat dalam pembinaan teknologi balistik, alat senjata yang digunakan mampu memberikan tenaga yang cukup untuk balingan batu, tepat dan mengena sasaran.

Ia kerana, kapasiti tenaga yang digunakan adalah secocok dengan beban (batu) yang mahu dilontar pada jarak tertentu menggunakan alat balistik. Kata lainnya, tenaga yang digunakan itu perlu cukup untuk menampung berat batu, melontar, tujahan daripada lentikan balistik pada paksi darjah tertentu pula mampu menghasilkan lontaran pada jarak tertentu.

Tentera musuh yang pada masa itu masih tiada ‘pengetahuan’ mengenai algebra, menerima akibatnya kerana tidak mampu membina senjata yang boleh membuat bidikan tepat (accurate shots). Jadi, apa pula yang kamu faham mengenai semua ini?  Tenaga fizikal itu berbeza mengikut kemampuan yang digunakan.
--


Untuk memahami tenaga, ia wajar dimengerti dengan hikmah. Wajar juga dimengerti akan fitrah tenaga itu. Bagaimana ia berpindah dan kepada bentuk apa ia bertukar apabila ia berpindah atau bersinggah.

Katakan, terdapat satu kemalangan besar pada masa lalu di sebuah lokasi kira-kira 10 batu dari tempat kamu duduk atau berdiri sekarang. Dalam kemalangan itu, sudah tentu ia melibatkan tenaga yang banyak. Ia boleh sekali menjadi bangunan runtuh, kemalangan ngeri atau sebagainya yang dahsyat.

Akibat kejadian itu, ia menghasilkan tenaga yang kuat, terhasil daripada runtuhan bangunan atau rempuhan sesama kenderaan dalam kemalangan. Tenaga yang terbebas itu pula tidak habis di situ kerana ia tidak musnah. Ia sebaliknya bergerak bebas di udara yang bercampur-campur dengan pelbagai gas, helium, oksigen, hidrogen dan juga karbon.

Di sini, kamu wajar melihat secebis kejadian itu dari sudut metafizik. Namun begitu, metafizik itu juga sebenarnya wajar dilihat dari sudut hikmah. Manakala hikmah itu pula perlu dicari di pelbagai sudut yang boleh memberi keterangan berlandaskan kepercayaan (faith to religion) dan logik.

Mari kita fahami di sudut logik terlebih dahulu.

Unsur karbon dikenali sebagai mampu memerangkap rekod bunyi dan visual. Ia seperti piring hitam (vinyl disc) yang ‘memerangkap’ bunyi atau pita filem (filming tape) yang boleh ‘memerangkap’ visual. Kedua-dua material itu (piring hitam dan pita filem) juga mengandungi unsur karbon di dalamnya. Ia kerana karbon berupaya ‘memerangkap’ mesej audio dan visual.

Namun, karbon mempunyai sifat tersendiri iaitu lebih berat berbanding gas-gas lain. Ia tidak mudah terapung seperti hidrogen atau helium dan nitrogen. Jika kamu meniup belon dengan mulut, belon itu tidak akan berada lama di udara, belon itu akan jatuh ke lantai selepas beberapa saat ia dilepas ke udara. Ia kerana belon itu ditiup dengan karbon dioksida.

Malah, dalam teknologi pembuatan kenderaan berprestasi tinggi (Brabus contohnya), material karbon digunakan bagi memberi kesan pemberat kepada kenderaan itu. Apabila Brabus melakukan upgrade terhadap model-model tertentu Mercedes di bahagian enjin, sesebuah enjin itu mampu memberi tujahan berkali ganda daripada kapasiti tujahan asal.

Katakan, Brabus melakukan upgrade terhadap model W126 300SEL. Bahagian enjin diubah suai sehingga mampu memberi kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding kekuatan asal. Kalau dalam bahasa mudah, daripada kuasa 3000cc enjin V8 (W126 300SEL menggunakan enjin V8), ia akan memberi perubahan kepada 5200cc dengan enjin yang sama.

Dengan kekuatan baharu iaitu 5200cc, chasis (bahasa mudah; body kereta) menghadapi risiko untuk terapung di udara jika dipandu terlalu laju. Kalau dipasang sayap sebagaimana sayap kapal terbang, chasis W126 itu akan boleh terbang seperti pesawat. Bagi menyelesaikan masalah risiko terbang atau melayang ketika dipandu terlalu laju, Brabus tampil dengan penyelesaian.

Penyelesaian itu ialah memasang gentian karbon pada chasis W126 itu tadi. Karbon itu akan bertindak seperti pemberat yang akan memastikan kenderaan itu sentiasa berada di atas jalan, bukan terbang atau terangkat ketika terlalu laju. Kalau ada kereta Proton Wira atau Proton Saga yang berlagak seperti Evo, atau Honda Legend 3.0 atau Ferrari F288 mengajak W126 Brabus yang ‘nampak old school’ itu berlumba, memang tiada masalah kerana ia sangat laju. Pemasangan karbon itu pula menjadikan chasis itu kelihatan seperti muscle car dan lebih cantik daripada chasis asal. Saya suka model Mercedes ‘old school’ yang diberi sentuhan Brabus, my W126 Brabus for sale, no way!! : )

Daripada contoh itu, kamu dapat faham bahawa karbon mempunyai sifat pemberat, sifat merekod bunyi dan sifat merekod visual. Namun, ketiga-tiga sifat itu belum cukup untuk menyimpan mesej dalam kadar waktu yang lama, kita memerlukan satu sifat lagi untuk meneruskan maksud itu.

Sifat itu ialah kemampuan untuk menjadi beku dalam tempoh yang lama. Beberapa jenis gas boleh menjadi beku. Kawasan yang paling banyak terdapat pembekuan gas ialah Kutub Selatan. Karbon juga termasuk dalam gas yang berupaya membeku di kawasan kutub.

Gas karbon dioksida yang beku dipanggil ‘dry ice’. Ia membeku pada takat (negative) -78.5 darjah Celsius. Ia boleh digunakan untuk mengawet makanan dalam keadaan sejuk beku. Sebelum membeku, sudah tentulah gas itu mengembara ke sana dan ke sini sebelum ia membeku di sesuatu tempat.

Baiklah, kita sudah jumpa empat sifat karbon. Kemampuan merekod audio dan visual, kemampuan menjadi pemberat dan kemampuan membeku bagi tempoh yang lama.

Sekarang, kita masuk ke sudut metafizik.

Masih ingat lagi dengan kejadian dahsyat yang disebutkan dalam perenggan atas-atas tadi? Kejadian itu menghasilkan tenaga yang kuat. Lihat susun atur proses contoh ini mengikut nombor:

1.      Sebuah kilang meletup.
2.      Tenaga daripada letupan dibebaskan.
3.      Tenaga itu terperangkap dalam ikatan molekul zarah karbon, sama ada terperangkap dalam bentuk audio atau visual.
4.      Karbon itu kemudian bebas bergerak mengikut peredaran udara.
5.      Sampai satu tempat yang sesuai dengan suhu, ia membeku.
6.      Walaupun membeku, ia masih boleh diterbangkan angin kerana sifatnya seperti debu yang ringan apabila dihembus angin.
7.      Ia terbang atau diterbangkan angin selama bertahun-tahun di udara, mengikut perjalanan taufan (sesetengah taufan juga membawa ais seperti hujan batu-hujan ais) dan sebagainya.
8.      Kamu pula berdiri atau duduk di sebuah tempat pada beberapa tahun selepas itu, kemudian karbon beku yang mempunyai mesej itu menyentuh tubuh kamu.
9.      Mesej yang terkandung dalam karbon itu menerjah ke pemikiran kamu, menyebabkan kamu seperti menerima mesej secara paranormal.
10.  Kamu merasakan ia satu pengalaman yang aneh kerana dapat membayangi dengan jelas mengenai kejadian letupan kilang di sebuah lokasi pada beberapa tahun lalu.

Sama ada kamu berupaya mentafsir mesej daripada karbon beku yang menyentuh badan kamu atau tidak, ia adalah satu sudut yang lain. Kamu dapat mentafsirnya kerana Pencipta mengizinkan kamu mengalami sedemikian. Tanpa keizinan Pencipta, kamu tidak berdaya apa-apa.

Jadi, bukankah air sebagaimana dikatakan Socrates itu mengalir ke laut? Bukankah tenaga itu juga berpindah dari satu sifat kepada sifat yang lain?

Karbon beku juga boleh ada dalam peti sejuk di rumah kamu. Kamu menyimpan makanan di dalam ruang beku (aiskrim contohnya), kemudian semasa makan aiskrim yang diambil daripada peti sejuk, minda kamu diterjah oleh sesuatu mesej yang kamu tidak fahami, mungkin kerana mesej yang direkod oleh karbon itu tidak jelas. Ia boleh berlaku.

Katakan pula kamu sedang berjalan di taman, kemudian kamu berasa seperti seram sejuk kerana cuaca yang dingin. Dalam kedinginan itu, kamu secara tidak semena-mena diterjah bayangan mengenai perkara yang akan berlaku kepada orang yang kamu kenali. Bagaimana pula kamu mendapat mesej mengenai masa depan?


Cukuplah setakat ini.

Harap nota sekerat ini dapat mengubat kerinduan sebilangan kamu terhadap topik tenaga di blog ini.

Karbon itu sifat asasnya hitam.

Belajarlah daripada hikmah kejadian.

-CLOVER-









5 comments:

ctmy23 November 2013 03:37
It happened to me and still. But still couldnot understand it.


Anonymous23 November 2013 05:08
Clover,

Saya salah seorang pembaca tenaga-tenaga artikel yang lalu. Pada masa itu, saya tidak memahami. Kini saya telah mengalami beberapa pengalaman berkaitan dengan tenaga... Benar... apa yang UT sampaikan.

Bagi seorang yang cetek ilmu secara amnya dan tidak berguru... saya mengucapkan berbanyak terima kasih... kerana menolong perjalanan ini. Setakat ini, tiada siapa yang boleh menjawap pertanyaan saya...dulu....apa, mengapa, kenapa dan bagaimana....

Sekarang saya masih lagi mencari jawapan yang lebih.. harapan saya teruskan lah penulisan yang menjadi salah satu sumber ilmu bagi saya

Benarlah... mereka merancang... tapi perancangan Allah lagi hebat....

Salah satu pengajaran yang saya pegang dari pengalaman saya... Allah lah tempat saya mengadu, Allah lah tempat saya meminta pertolongan... Allah sajalah tempat saya berlindung

neu



Space Dude23 November 2013 20:58
Assalamualaikum,

Hurmm, ada jumpa artikel2 lama pasal tenaga oleh UT kat link ni.
http://asalmelayu.blogspot.com/2013/09/tenaga.html
Tak pernah baca plak artikel2 tenaga dari UT sebelum ni.

Saya faham tenaga dari sudut lain. Dan dari sudut yang saya lihat, saya mampu selesaikan teori2 tenaga asas yang ada dalam fizik seperti magnet, elektrik, graviti dan radiasi. Saya juga mampu selesaikan masalah cahaya yang bersifat duality(wave dan partikel). Soalan cahaya ni, hatta Einstein pun mengatakan dia tak faham walaupun dah lihat selama 50 tahun.

Dengan pendekatan saya, kita(Malaysia) mampu untuk membina mesin2 terbang dan membuat alkimia untuk mendapat besi2 dan kristal2 bernilai. Radiasi yang terkawal juga mampu untuk menyuburkan pepohon dan menyembuhkan segala penyakit. Segala krisis tenaga dan penyakit mampu ditangani.

Dah tengok klip video Pressure by Ylvis?
"Put the right amount of pressure{energy} on it".

- Space Dude B-)



Anonymous23 November 2013 22:53
Space Dude ,

Bila masa cahaya menjadi pertikel dan bila masa pula ia menjadi wave.?? Particles of various colours moving like speckled of even sized dust and when does it turns into waves of various colours????










Tuesday 24 December 2013

Nota: Harap faham maksud nota ini

Written by UT:   19 Sept 2013





PADA sejak sekitar 1960-an dan masih sehingga sekarang, para pengiklan di Eropah dan Amerika menggunakan wanita seksi untuk menarik minat orang ramai supaya memberi seminit dua untuk melihat atau menjeling-jeling ke arah poster barangan yang mahu dijual.

Walaupun, katakan, pengiklan mahu menjual motosikal, tetapi imej wanita seksi itu sebenarnya lebih menonjol daripada imej motosikal. Begitu juga dengan poster iklan kereta ataupun minyak pelincir kenderaan sekalipun, imej wanita seksi seringkali digunakan untuk menarik perhatian.

Walhal, langsung tiada kaitan antara minyak pelincir enjin dengan wanita seksi. Begitu juga langsung tiada kaitan antara tayar kenderaan dengan wanita berbikini.

Namun begitu, taktik iklan sedemikian seringkali digunakan sehingga kepada autoshow sekalipun wanita-wanita berpakaian dan bertubuh seksi kerap digunakan untuk menarik kehadiran orang ramai.

Bagaimanapun, kamu tentu sekali langsung tidak sedar bahawa taktik iklan sedemikian juga menjadi salah satu ‘classic touch’ dalam rangka kerja ‘art of con’.
--

Itu kalau kita lihat iklan-iklan yang menampilkan wanita seksi. Dalam keadaan yang lain pula, kita boleh lihat cara orang ‘jual ubat’ di pasar malam. Ia menggunakan cara yang hampir sama.

Katakan, ada orang membuat pertunjukan bermain ular di pasar malam. Pemain ular mengeluarkan ular telung selar (king cobra) dan bermain-main sebelum mencium kepala ular itu. Kemudian dia keluarkan pula ular kapak (viper) dan melakukan perkara yang sama.

Di akhir pertunjukan, dia kata, sesiapa yang mahu beli ubat sakit urat dan minyak angin boleh bayar $10 sebotol atau $15 untuk dua botol.

Pernah saya usik dan ‘jentik’ seorang pemain ular di sebuah pasar malam, saya tanya: “eh, ubat sakit urat? ubat tahan bisa ular atau penawar bisa ular tak ada jual ke? Ular tu tak jual ke?”

Pemain ular itu jawab: “tak ada, biasanya kalau kena patuk ular kena hantar hospital, takkan itu pun tak tahu? Ular ni saya tak jual bang, kalau abang nak, saya boleh tolong tangkap, berani ke nak pegang tedung selar ni?”.

Sempat pula dia mengherdik saya. Tapi tak mengapa, itu tandanya dia dah terasa kena ‘jentik’.

Apa yang saya maksudkan dan cuba buat pengunjung di pasar malam itu faham ialah, pemain ular itu sebenarnya menjual barang yang langsung tidak ada kaitan dengan ular berbisa yang dia tunjukkan kepada orang ramai di pasar malam. Dia menjual minyak sakit urat dan minyak angin, dia tidak jual ubat tahan sakit atau penawar bagi merawat bisa ular.

Kalau dia menjadikan ular sebagai bahan ‘iklan’ maka sudah tentu secara tegasnya dia mahu menjual barangan yang berkaitan dengan ular. Tapi, dia menjual minyak sakit urat.

Dalam keadaan ini, tujuan ular itu digunakan adalah sama sahaja dengan pengiklan tadi menggunakan wanita seksi sebagai tarikan.

Pengiklan itu pun tidak jual barangan wanita, tidak, pengiklan itu tidak jual bikini, tetapi sebenarnya mahu jual tayar kereta atau minyak pelincir enjin kenderaan. Nampak? Apa yang kamu semua nampak?
--

Eye & Ear Catching

Apa yang dimaksudkan dengan eye catching dan ear catching? Ia membawa maksud, kamu teringin untuk melihatnya dan teringin untuk mendengarnya.

Imej wanita seksi digunakan dalam poster iklan supaya kamu membazirkan seminit dua untuk melihat imej itu. Malah, ada pula yang hanya melihat imej yang seksi itu dan langsung tidak lihat kepada gambar tayar yang ingin dijual oleh pengiklan.



Tapi sekurang-kurangnya kamu menjeling sedikit dan nampak jenama tayar di dalam poster iklan, itu pun sudah memadai kepada pengiklan. Walhal, kalau kamu pergi ke kedai tayar, memang tidak ada pun wanita berbikini yang membantu kamu memilih tayar yang sesuai dengan kereta kamu, melainkan kamu hanya akan dibantu oleh tyreman yang penuh kesan minyak hitam di tangannya. Tiada kaitan pun antara imej wanita seksi itu dengan tayar.

Dalam rangka kerja con artist, mereka akan menggunakan kaedah ini untuk menarik perhatian kamu semua. Bukanlah bermaksud mereka menggunakan wanita seksi atau ular untuk menjadikan anda berminat terhadap perkataan-perkataan mereka, bukan begitu.

Sebagaimana yang sudah diberitahu sebelum ini, con artist tidak mencuri dengan cara mengambil gula-gula dan memasukkan ke dalam poket sebelum melarikan diri. Con artist mencuri melalui cara yang penuh berseni.

Bagai orang menjual ubat, mereka (con-artist) akan mengkhabarkan perkara yang baik-baik mengenai ubat itu. Penjual ubat yang tidak jujur akan sentiasa mengelak daripada menceritakan mengenai kesan sampingan (side effects) daripada pengambilan ubat itu tadi.

Bahkan, ubat daripada herba semula jadi juga akan mendatangkan kesan sampingan sekiranya ia tidak sesuai dengan kondisi tubuh. Pengambilan ubatan herba yang tidak sesuai juga akan mengakibatkan cirit-birit atau demam kalau tidak sesuai dengan kondisi tubuh.

Namun, penjual ubat yang tidak jujur akan selalu berkata bahawa pengambilan ubatan herba tidak akan mendatangkan kesan sampingan kerana ia adalah bahan semulajadi. Itu adalah satu pembohongan.

Jadi, con artist juga sama sahaja seperti penjual ubat dalam keadaan tertentu. Ubat yang bagaimana? Kamu harus faham mengenai ubat yang bagaimana dan untuk jenis penyakit yang bagaimana.
--

Kita mengambil topik ini kerana kamu harus sedar bahawa musuh kamu telah bermain con play sejak sekian lama. Malang sekali ialah kamu langsung tidak pernah berusaha untuk sedar atau sekurang-kurangnya mengupas sendiri setiap perkara yang berlaku melalui kaca mata seorang penjenayah. Akibat itu, kamu sentiasa menjadi mangsa jenayah.

Penjenayah lebih mengenali mangsa-mangsanya pada ketika mangsa-mangsanya berada dalam keadaan naif (boleh dikatakan sebagai lurus bendul dan malas memeriksa dengan teliti) sehingga lalai serta tidak mengenali profil sang penjenayah.

Juga, kamu harus sedar bahawa penjenayah itu tampil dalam pelbagai rupa. Lebih buruk, con artist mampu tampil dalam keadaan rupa yang lebih banyak. Mereka sentiasa mencipta peluang. Malah berupaya mencipta masalah untuk menjadikan para mangsa tertekan sebelum menawarkan jalan penyelesaian, ia juga biasa dilakukan scammers.

“Make them believe that candy is the only remedy.”

Selepas kamu tidak mampu lagi memikirkan jalan keluar terhadap masalah yang mereka gembar-gemburkan, maka mereka akan menawarkan jalan keluar atau ‘ubat’ kepada kamu.

Kamu tanpa usul periksa kerana malas serta mahu kepada penyelesaian mudah yang segera, maka kamu dengan rela hati akan mengatakan gula-gula yang mereka berikan itu sebagai penawar kepada masalah sehingga akhirnya menganggung derita ‘diabetis’ dan seterusnya terpaksa ‘potong kaki’.
--

The Con Men of The Pillars

Seorang sahabat sejak lama dulu telah membuat tekaan, Amerika tidak akan menyerang pihak ketenteraan Syria mahupun menangkap Basyar al-Assad. Samalah juga tidak pernah menarik picu (pull the trigger) pun untuk menyerang Iran. Andai Basyar dan bala tenteranya diserang secara ‘betul-betul’ iaitu bukan olok-olok, sudah pasti Iran tidak akan duduk diam. Maka sudah pasti golongan Sunni di Syria akan dibantai lebih teruk.

Amerika menawarkan jalan keluar kepada rakyat Syria yang sedang hidup tertekan akibat sengketa dalaman dengan cara mahu menyerang ketenteraan Basyar. Itulah jalan keluar yang ditawarkan, itulah ‘ubat’ yang cuba ditawarkan.

Melalui maklumat yang diterima sejak sengketa di Syria bermula, Amerika dan sekutu (bukan arahan secara langsung dari kerajaan Amerika, tetapi daripada agenda The Pillars yang berpangkalan di Amerika) telah menjalankan gerakan kebangkitan dalam kalangan rakyat Syria untuk menentang pemerintahan Basyar yang melampau. Dalam keadaan ini, sesiapa sahaja akan beranggapan pihak-pihak tertentu dari Amerika dan sekutu sebagai pihak yang mahu membantu.

Pada waktu yang sama, rakan kita dari London secara senyap berangkat ke Syria untuk menyekat agenda pihak luar yang cuba meniup semangat rakyat Syria supaya memberontak terhadap Basyar. Apabila rakan kita berbuat demikian, sudah tentulah rakan kita itu akan dituduh sebagai orang yang menyokong Basyar, walhal ia tidak seperti itu.

Akibatnya, rakan kita itu diusir selepas diugut untuk dicederakan, malah diugut bunuh. Dalam keadaan seperti itu, memang sudah pasti pihak dari Amerika itu dianggap sebagai pihak baik yang mahu membantu rakyat Syria menentang Basyar. Mereka (pihak The Pillars) menawarkan jalan keluar daripada cengkaman Basyar, jalan keluar atau ‘ubat’ itu ialah revolusi kebangkitan.

Rakyat Syria yang tertekan itu sebenarnya tidak bersalah meskipun mereka mengugut untuk membunuh rakan kita. Mereka sebenarnya telah dikelirukan oleh perkataan-perkataan manis yang diucapkan daripada mulut anggota The Pillars. Kononnya, kegemilangan akan dirasai rakyat Syria selepas menggulingkan al-Assad dengan tangan mereka sendiri.

Peluang yang dicipta oleh The Pillars di Syria adalah ‘classic’. Pillars berjaya mencipta imej yang bersih dan pro-rakyat Syria. Tetapi dalam keadaan lain, mereka sebenarnya mencipta ‘tali gantung’ untuk rakyat Syria. Pillars tahu, rakyat Syria tidak akan mampu menggulingkan Assad sebagaimana rakyat Libya menangkap dan menembak mati Gaddafi menggunakan pistol yang Pillars berikan.

Apabila rakyat Syria mula tertekan kerana peluang untuk berjaya sudah semakin tipis dan ramai pula yang terkorban - atau dalam konteks ini ‘ubat yang diberikan tidak mujarab’- maka sudah pasti ia akan memaksa kuasa dunia (siapa lagi kalau bukan Amerika) untuk masuk campur. Ini semua orang tahu.

Perlu difahami ialah The Pillars juga adalah pihak yang mempunyai kuasa penentu dalam setiap pilihanraya presiden di Amerika. Setiap parti politik di Amerika akan sentiasa cuba melobi sokongan The Pillars. Namun, The Pillars tidak begitu gembira dengan Obama kerana masih teragak-agak mahu menyerang Basyar. Pun begitu, itu bukan masalah besar.

Bukan masalah besar kerana lagi lama waktu yang diambil oleh Amerika untuk membuat keputusan sama ada mahu menyerang Assad atau tidak, ia sebenarnya memberi lebih banyak masa untuk Assad memusnahkan golongan Sunni di Syria.

Head or tail, The Pillars will always win.

Dan apabila tempoh mandat ke-presiden-an Obama telah tamat bagi penggal kedua ini, sudah pasti The Pillars mempunyai rancangan teliti untuk memastikan kemenangan bagi calon presiden seterusnya yang lebih mesra Israel dan Yahudi Sekular Zionis. Sesudah presiden baharu itu nanti menggantikan Obama pada penggal berikutnya, Syria akan tetap digempur, namun adakah Assad yang menjadi sasaran atau sekadar alasan?

Sudah nampak sikit? Assad itu umpama wanita seksi dalam poster iklan Syria ini. Siapa yang akan dilanyak Amerika nanti?

Tidak pernah seorang pun presiden Amerika yang mampu mengawal tindak tanduk tentera Amerika yang menjalankan misi ketenteraan di negara lain.

Amerika (The State Government) juga akan menawarkan ubat kepada rakyat Syria sebagaimana mereka pernah menawarkan ubat kepada rakyat Iraq. Kemudian akhirnya, rakyat Iraq pula yang diseksa oleh puak Syiah yang dimanja-manja oleh Amerika. Kejadian di Iraq adalah bahan kes yang cukup baik untuk kita mempelajari keadaan ini.

Ubat yang ditawarkan oleh kerajaan Amerika itu hanya sebagai trigger yang kedengaran seperti appetizer, akan tetapi langkah seterusnya adalah atas kehendak hawa nafsu pihak ketenteraan Amerika sendiri.

Berapa biji ubat yang harus ditelan? The Pillars pernah beri ubat dan rakyat Syria menelan ubat itu, kemudian tidak mujarab. Amerika pula akan menawarkan sebiji lagi ubat kepada rakyat Syria. Apabila dua jenis ubat yang tidak diketahui bercampur, mungkin secara chemistry akan berlaku tindak balas yang memungkinkan dua bahan berbeza itu bertukar menjadi racun.
--

Kalau kamu betul-betul faham, nota ini bukan mengenai sengketa di Syria. Tetapi ia mengenai perkara yang boleh menjadikan kamu terpedaya dan seterusnya dijadikan alat oleh The Pillars yang menggunakan 'wanita' cantik dan seksi untuk menjayakan The Greater World dan The Greater Israel sebagai hadiah untuk warga dunia.

Dua hadiah itu juga untuk kamu.




Master’s Chamber



-STALKER-





8 comments:

Anonymous20 September 2013 01:59
salam, selamat kembali saudara stalker dan UT.



Ameni-amenna20 September 2013 04:02
salam admin...finally lamenye tgu blog ni dibuka kembali.... :)



nadzallihoo20 September 2013 20:36
slam...untuk admin....anda membiaskan apakah disebalik perkara yg terjadi di vanua timur tengah. Israillah punca segala terbitnya cahaya Jahat ini. Dan kita@islam adalah sasaran pemantulan cahaya@gelombang jahat@laknattullah.
Syabas artekal amat baik...



Anonymous21 September 2013 16:20
Menarik.....boleh juga di sesuaikan dalam politik tanah air kita juga...Di dalam banyak kes con artist benar2 memainkan peranan sedangkan ramai masih lena dan terbuaii...



Anonymous22 September 2013 23:22
fitnah akhir zaman.. kadang yang kelihatan benar jangan disangka benar.. hamba masih tercari2 puak nasrani yang akan bekerjasama dengan puak Islam.. jika dikatakan AS itu jahat maka apakah Rusia.. tetapi jika dikatakan Rusia itu dipihak benar maka apakah kita sanggup mengatakan syiah itu benar kerana Rusia sedang bekerjasama dengan puak syiah.. mahu tidak mahu pilihan yang ada ialah AS adalah Nasrani yang dikatakan Nabi S.A.W..



Anonymous22 September 2013 23:29
sambungan..

apakah Israel sekarang ini adalah Yahudi sebenar.. apakah fitnah Dajjal semudah ini untuk difahami.. tentulah tidak.. tentu ada "penjahat" sebenar.. bak babak filem apakah kita mudah untuk meneka "penjahat".. tentulah ada penjahat sebenar di sebalik penjahat yang muncul awal di dalam filem..



Ape-ape daa26 September 2013 18:05
Kalau yg kuarnye gambar nenen..bontot dan cip#$..
jantan mana yg tak kecur beb.Imam ..bebudak pejabat agama pon penuh gambar bluu kat dalam pc dia org.cit!!
Tegak lurus kesasaran utama punya serangan..boll..yahudi..yahudi..sampai kiamat kerja pedajjal org.



Anonymous3 October 2013 08:15
.. setiap kaum ada jenis malam dan jenis siang.. cuma darjah terang dan gelap sahaja berbeza mengikut keinginan dan kebiasaan.. Dalam Bani Israel ada yang pernah jadi Nabi dan Rasul dan ada juga yang kena laknat akibat dari kesombongan mereka ... dalam kita sibuk melihat yang jauh jangan lupa kepada kaum yang dekat dimata.. yang dibenci oleh kaum mereka sendiri... itu sebabnya mereka lari kemari...