Saturday, 6 July 2013

Sebelum Berakhir

Written by UT: 26 Nov 2012


SEBELUM BEREHAT

MASA sangat cepat berlalu. Antara sedar dan tidak sedar, sudah satu setengah tahun Edisi Ketiga ini diterbitkan di ruang maya. Sepanjang tempoh itu, anda yang kerap membaca di blog ini telah diberikan banyak input untuk memahami setiap inci yang berlaku di luar sana. Andai tidak berdaya memahami sampai ke dasar, sebilangan besar sudah pasti mampu memahami setiap ‘kocakan’ yang berlaku di permukaan air.

Input-input pemahaman seperti dalam siri Mind Game, memberi beberapa petunjuk asas mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh sebilangan manusia untuk melemahkan dan seterusnya menguasai minda anda. Minda anda sangat senang untuk diperlemahkan. Semudah memetik jari. Kecelaruan demi kecelaruan dipaksa masuk ke dalam minda anda dan akhirnya anda menjadi orang-orang yang mudah terpedaya.

Apabila anda diberikan beberapa atau sesuatu pernyataan, anda seterusnya akan diperdayakan dengan cara diberikan penerangan yang jauh menyimpang daripada konteks pernyataan asal yang dibuat. Kelekaan dalam menganalisa maksud asal pernyataan dan niat asal pernyataan itu dibuat menjadikan anda sebagai orang-orang yang sangat mudah diperdayakan.



Maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber. Orang yang bijak pula ialah orang yang kaya dengan maklumat. Kebijaksanaan itu bukan mengenai apa yang anda rasa, tetapi mengenai apa yang anda simpulkan dengan penuh kewajaran dan kewarasan selepas menganalisa setiap maklumat yang diperolehi daripada setiap sumber berbeza.

Ada yang selalu berkata: “Kami rasa, orang itu bukan proksi Zionis.” Walhal, itu adalah berdasarkan apa yang mereka rasa, bukan berdasarkan apa yang mereka tahu dan jauh sekali bukan berdasarkan apa yang mereka analisa dengan penuh waras dan wajar walaupun terdapat banyak sumber maklumat yang tidak mereka cuba untuk ketahui yang sebenarnya membantu dan boleh membawa mereka kepada sesuatu jawapan secara konkrit yang sukar untuk disangkal.

Sama juga kalau mereka berkata: “Kami rasa…itu..” atau “Kami rasa…ini…” ia masih berdasarkan apa yang mereka rasa, bukan berdasarkan apa yang mereka tahu dan bukan bersandarkan kewarasan dan kewajaran dalam menilai sesuatu berlandaskan setiap maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber secara 360 darjah.

Masalah orang-orang seperti itu ialah mereka tidak suka mencari maklumat daripada pelbagai sumber, mereka hanya bergantung kepada satu atau beberapa sumber maklumat tertentu sahaja. Mereka tidak kaya dengan maklumat, mereka hanya kaya dengan ‘rasa itu’ dan ‘rasa ini’. Boleh sahaja dikatakan mereka itu adalah mangsa ‘monopoli propaganda’ yang dikongkong oleh beberapa sumber yang dikhaskan untuk mereka percaya. Mereka tidak terdorong dan ada juga yang dihalang untuk mencari lebih banyak maklumat daripada pelbagai sumber lain.

Mereka dihalang untuk mendapatkan lebih banyak sumber maklumat berlainan. Namun, mereka tidak dihalang secara nyata. Mereka dihalang secara halus iaitu setelah (minda) mereka diarahkan supaya tidak merujuk kepada lain-lain sumber dan hanya bergantung kepada input-input maklumat yang dikhaskan kepada mereka sahaja. Kata lain, minda mereka dikawal supaya hanya merujuk kepada sumber-sumber terpilih. Apabila minda telah berjaya dikawal, maka tubuh juga akan lebih mudah diperkudakan.



Orang-orang yang dibelenggu akal memang mudah dipergunakan untuk menjayakan agenda sulit The Hidden Hand. Salah satu gerak kerja yang terkandung dalam workprint untuk menjayakan gelombang kedua New World Order (NWO) ialah dengan melancarkan huru-hara atau riot. Huru-hara ini tidak akan terlaksana sekiranya tiada penglibatan orang-orang yang sudah dibelenggu minda mereka. Maka, mereka itulah yang menjadi salah satu punca kepada tertegaknya NWO gelombang kedua.

Mission Occupy dilaksanakan di banyak tempat di seluruh dunia berdasarkan sebab-sebab yang berbeza. Lokasi-lokasi tumpuan awam dijadikan tempat berkumpul sebelum tercetusnya huru-hara apabila peledak atau trigger diaktifkan. Ada mission occupy yang tercetus disebabkan motif politik, ada pula bermotifkan ekonomi yang turut diperisakan dengan sedikit sentimen politik yang simbah dengan api kemarahan.

Namun, walau apa pun sebab mission occupy itu diadakan, tujuannya adalah sama, iaitu untuk mencipta ketegangan yang terhasil apabila manusia-manusia minoriti yang sedang marah dikumpulkan di satu tempat yang sama, pada masa yang sama ia bagi mencipta majority wipe-out, iaitu mewujudkan keadaan di mana golongan minoriti akan menjatuhkan golongan majoriti melalui sikap agresif yang akan merebak menjadi huru-hara.

Mission Occupy adalah salah satu print orde baru yang sedang menjadi trend. Dalam perkara ini, manusia-manusia minoriti yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu dikumpulkan di satu tempat tumpuan awam, kumpulan minoriti itu pula cuba meyakinkan orang ramai bahawa kononnya mereka mewakili majoriti. Apabila majoriti tidak berpihak kepada mereka, maka majoriti itu akan disingkirkan melalui perlakuan yang tidak masuk akal mengikut modul majority wipe-out, kadang-kala pula melalui perlakuan agresif, subversif malah militan.

Kekeliruan adalah salah satu sebab mengapa orang-orang yang malas berfikir dengan waras boleh dijadikan mangsa dengan mudah. Kekeliruan pula wujud apabila orang-orang malas itu tidak berusaha mendapatkan maklumat yang pelbagai daripada sumber-sumber yang berbeza. Akibatnya, kekurangan maklumat menjadikan mereka lebih mudah diperdayakan.

Kekeliruan boleh tercipta apabila wujud dua atau lebih kenyataan yang tidak selari. Ia juga ditambah dengan pernyataan putar belit atau spin atau twist yang menyebabkan sesuatu kenyataan itu menjadi bersalahan antara satu sama lain. Jadi, komponen-komponen inilah yang menyebabkan minda seseorang itu mudah dikawal oleh orang yang bertindak licik dan bijak yang  mahu mengawalnya.

Edisi Ketiga blog ini menyediakan beberapa perkara asas dalam Mind Game untuk difahami oleh anda semua, ia supaya anda tidak menjadi orang yang mudah diperdayakan.  Anda perlu menjadi orang yang cermat dalam membuat pemerhatian dan penilaian. Cermat itu juga harus disulami dengan kebijaksanaan dalam mengesan setiap perbuatan yang bersalahan dengan pernyataan.

Akhir ini, gerakan politik dalam negara ini mempunyai begitu banyak kekeliruan. Kekeliruan itu pula semakin meracuni pemikiran orang-orang yang sangat malas untuk berfikir. Sesetengah gerakan politik berkata mereka tidak seperti itu atau tidak seperti ini, tetapi balik-balik mereka membuat perkara yang sama.

Dalam negara ini, sebenarnya, sudah ada golongan Yahadut Mizrah yang menyelinap masuk dalam gerakan politik. Susur galur bloodline Yahudi sekular dan sesat yang memasuki Asia Timur sejak hampir satu abad lalu, sedang galak mengembangkan generasi mereka ke merata Asia. Mereka bukan lagi menjadi penduduk Asia yang hidup dalam kitaran sesama masyarakat mereka sahaja, mereka telah keluar ke tengah-tengah masyarakat.

Berbeza dengan sekitar 500 tahun lalu, golongan Yahadut Asia ini hanya memberi tumpuan kepada kegiatan menjalankan perdagangan dan perniagaan untuk mengumpul kekayaan peribadi. Mereka langsung tidak mendedahkan identiti keyahudian mereka kepada umum disebabkan sudah banyak kali diusir keluar oleh bangsa-bangsa lain sebelum itu, banyak rekod sejarah mencatatkan pengusiran keturunan Yahudi di seluruh dunia.

Mereka hanya menjalankan perniagaan dengan menutup segala identiti, sambil mengumpul kekayaan. Apabila kekayaan itu sudah dicapai, mereka menyalurkan dana kepada gerakan Zionis untuk menjajah tanah orang Palestin.

Pada masa yang sama, mereka terus mengumpul kekayaan dan mencapai status yang tinggi dalam kalangan masyarakat di negara-negara Asia. Ketinggian status itu pula dicapai melalui pemilikan harta. Apabila status kemuliaan dalam masyarakat sudah diraih, maka mereka mula menyusun strategi seterusnya untuk mengemudi hala tuju Asia mengikut hawa nafsu mereka.

Ketinggian status dalam masyarakat itu juga menjadikan mereka lebih yakin untuk tampil di tengah-tengah masyarakat. Namun, identiti sebenar keyahudian mereka masih kekal dirahsiakan bagi mengelak daripada ditolak oleh orang Asia. Maka berbekalkan status kemuliaan darjat yang diukur daripada kekayaan material, golongan Yahadut Asia mula terlibat dalam politik di negara-negara Asia dalam keadaan identiti mereka tersimpan kemas daripada diketahui orang ramai.

Kekayaan material berjaya meletakkan mereka di tahap tinggi dalam susun lapis masyarakat materialistik. Kini, mereka sudah yakin untuk keluar ke khalayak. Mereka keluar beramai-ramai, bagai meluru turun dari tempat-tempat yang tinggi. Beramai-ramai bermain demokrasi, mereka terus kekal bermain dengan konsisten walaupun sebilangan daripada mereka sedar bahawa mereka tidak akan berjaya mendapat sebarang kuasa penuh melalui politik demokrasi di beberapa buah negara di Asia.

Namun, mereka sedar bahawa demokrasi adalah alat terbaik untuk mencipta perpecahan walaupun mereka tahu mereka tidak akan menang dalam demokrasi, tetapi mereka tahu mereka akan menang dalam permainan yang lain. Demokrasi, alat terbaik untuk menjadikan dua saudara bercakaran sesama sendiri, sehingga tercetusnya huru-hara apabila dua saudara bersengketa. Mereka menggunakan senjata itu sebaik mungkin dalam persekitaran yang sangat kompleks untuk difahami oleh orang-orang yang lemah minda dan cetek akal.

The Hidden Hand melalui alat mereka iaitu pertubuhan-pertubuhan jahat yang efektif bergerak dalam modus operandi yang bijak. Tahun 2013 pula padat dengan jadual-jadual perang dan kekecohan di hampir semua negara yang mempunyai kepentingan strategik.

Keganasan rejim Yahudi di Asia Barat dan Timur Tengah akan berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga sampai ke kemuncak yang sulit dan gerun untuk difahami. Di negara-negara Islam pula, umat menghadapi ancaman golongan munafik dan khawarij yang digembleng oleh proksi-proksi Zionis secara besar-besaran.




Golongan murtad pula semakin galak dengan slogan ‘proud to be kafir’ dan buat masa ini, slogan itu semakin kerap berkumandang di kalangan mereka sendiri dan hanya menunggu masa untuk mereka keluar menghadapi umat Islam yang masih setia dengan akidah. Mereka mahu menghadapi umat Islam dengan pengertian ‘menghadapi’ yang sebenar.

Umat Islam tidak hanya akan menghadapi Yahudi sekular Zionis semata-mata, umat Islam juga akan menghadapi kumpulan-kumpulan lain termasuk golongan murtad, munafik, lain-lain golongan sesat dan ajaran-ajaran sesat. Islam memanggil mereka itu sebagai kafir, dan mereka pula semakin hari semakin bangga dengan panggilan kafir. Iaitu satu terma yang membezakan mereka dengan umat Islam. Dalam keadaan itu, akan terpampang nisbah 999 Yakjuj Makjuj bagi setiap 1 orang Islam sebagaimana yang pernah disebut oleh baginda Nabi.

Disebabkan mereka bangga dengan panggilan kafir kerana hanya terma itu yang secara tegas dan jelas membezakan mereka dengan umat Islam, maka mereka secara terbuka akan mengisytiharkan kekafiran mereka dalam menghadapi umat Islam di penghujung zaman. Tidak mustahil jika susunan huruf kaf-fa-rho akan ditulis sendiri oleh mereka sendiri di dahi-dahi mereka sendiri kerana huruf-huruf itu sudah tentu dikenali oleh orang Islam yang tahu membaca huruf-huruf Arab (huruf-huruf yang terdapat dalam kitab suci al-Quran), ia juga sebagai memberi cabaran kepada umat Islam supaya menentang mereka secara terbuka.

Mungkin mereka yang munafik atau murtad atau sudah sesat akan berkata: “Nah, lihat. Kami orang kafir dan kami tulis perkataan kafir di dahi supaya kamu orang Islam dapat mengenal kami dengan mudah, kami tidak lagi berselindung. Sekarang, berlawanlah dengan kami atau kami akan membunuh kamu.”

Pada penghujung zaman, nisbah 999:1 akan jadi nyata. Tidak mustahil umat Islam akan dicabar sehingga sedemikian secara terang-terangan dan orang-orang kafir dengan penuh berani meminta umat Islam berlawan dengan mereka. Mereka juga tidak mustahil menulis perkataan kafir di dahi mereka sendiri supaya mereka dapat dikenali oleh orang Islam. Itu adalah sesuatu yang tidak mustahil memandangkan slogan ‘proud to be kafir’ sudah menjadi ucapan yang sering dilaungkan oleh golongan murtad ketika bercakap sesama mereka.

Golongan murtad yang keluar dari Islam memang wujud di negara ini. Kewujudan mereka adalah secara senyap. Malah, golongan itu membina jaringan komuniti mereka sendiri melalui pertubuhan-pertubuhan yang mereka tubuhkan untuk kepentingan akidah baru mereka.

Kita tidak bercakap mengenai hukuman yang wajib dikenakan ke atas orang yang telah murtad. Namun, (dalam surah al-Baqarah) Islam menggariskan bahawa orang-orang murtad yang keluar Islam secara senyap-senyap tanpa mengisytiharkan kemurtadannya itu serta tidak pula mengajak orang Islam yang lain turut murtad sama sepertinya, adalah tidak dikenakan hukuman di dunia. Walaupun demikian, Allah menjanjikan balasan neraka kepada golongan itu sekiranya mereka mati dalam kekafiran tanpa sempat kembali kepada Islam.

Orang murtad yang dikenakan hukuman mati di dunia ialah orang yang telah keluar Islam dan mengisytiharkan pula kemurtadannya secara terang-terangan, dan juga orang murtad yang mengajak orang Islam yang lain turut sama murtad sepertinya. Kita tidak mahu bercakap soal hukum, tetapi perlu diketahui dan disedari (walaupun ada pihak dalam kalangan orang Islam sendiri yang menafikan) bahawa golongan murtad dan kegiatan memurtadkan orang Islam di negara ini memang wujud.

Saya sendiri pernah bertemu dengan sebuah keluarga yang menyatakan hasrat untuk menukar agama. Melalui pertemuan itu, saya dimaklumkan bahawa mereka didekati golongan penyampai agama lain dan diberikan penerangan mengenai agama mereka. Pada masa yang sama, keluarga itu dihimpit masalah bebanan hidup yang semakin menekan. Malah, keluarga itu turut kecewa apabila tiada saudara sesama Islam yang sudi membantu mereka yang sedang kesusahan, sedangkan penyampai agama lain begitu bersungguh-sungguh membantu mereka sehingga menawarkan akidah lain kepada mereka.

Golongan penyampai agama itu kemudian mengajak keluarga itu masuk ke dalam agama mereka pada ketika para penyampai agama itu semakin kerap bertandang ke rumah keluarga itu bersama beberapa orang Melayu yang telah murtad. Selepas mendapat maklumat, saya kemudian bertemu dengan keluarga itu untuk mendapatkan kisah sebenar dan  meminta jabatan agama Islam mendekati keluarga itu untuk memurnikan akidah mereka semula dan memindahkan mereka ke tempat lain yang tidak diketahui oleh kumpulan yang mahu memurtadkan mereka.

Melalui kes yang pernah saya hadapi dengan mata kepala saya sendiri pada tahun lalu itu, terang lagi jelas komuniti Melayu murtad dan gerakan memurtadkan orang Melayu itu memang ada. Saya juga pernah bersua muka dengan komuniti Melayu yang telah murtad ketika mereka bertandang ke rumah keluarga miskin itu. Namun, setelah kes itu menerima campur tangan jabatan agama Islam, golongan Melayu murtad yang cuba memurtadkan keluarga miskin itu terus menghilang tanpa dikesan lagi.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, golongan Melayu murtad itu hidup bersama dalam komuniti Melayu Islam. Mereka pada waktu tertentu berlagak seperti orang Islam, memasuki masjid, kadang-kala bersolat jemaah bersama, menghadiri kenduri kendara, nama mereka juga seperti orang Islam, tercatat perkataan ISLAM pada kad pengenalan, dan tiada sesiapa akan mengetahui agama sebenar mereka yang bukan lagi Islam itu. Cara hidup mereka adalah munafik yang memusuhi Islam secara senyap-senyap.

Kes yang saya hadapi dengan mata kepala sendiri itu adalah sebahagian daripada sekian banyak kes. Itu belum lagi dipetik beberapa kes lain yang pernah dilaporkan dalam akhbar pada setahun lalu.

Menjadi aneh ialah apabila terdapat (segolongan) di kalangan orang Islam sendiri yang menafikan kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Segolongan yang begitu lantang menafikan itu itu mungkin tidak pernah bertemu dengan gerakan-gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini dan juga tidak pernah bersua dengan mangsa-mangsa gerakan-gerakan ini. Mungkin segolongan itu terlalu sibuk dengan ‘matlamat kuasa keduniaan’ sehingga lalai daripada mengambil tahu perkara ini. Tidak guna jika hanya tahu menafikan kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam sekiranya tidak pernah cuba untuk mendekati gerakan-gerakan memurtadkan orang Islam yang majoriti Melayu di negara ini.

Jadi, ancaman terhadap umat Islam di negara ini bukan sedikit. Jika kita memahami maksud nisbah 999:1 (999 berbanding 1), maka kita akan sentiasa sedar bahawa di pelosok dunia mana sekalipun, setiap seorang daripada kita akan berhadapan dengan 999 orang musuh.

Golongan 999 itu juga termasuk golongan kafir, murtad, munafik, Yakjuj Makjuj, golongan Yahuda dan Nasara serta golongan-golongan yang sentiasa mendendami Islam. Angka 999 itu kalau diterbalikkan, ia menjadi 666 (huruf kaf-fa-rho juga dalam jenis font tertentu akan membentuk formasi angka 666). Tetapi angka 1 itu kalau diterbalikkan, ia tetap angka yang sama nilai walaupun kepala dan ekor sahaja yang terbalik. Jadi, 1 tetap 1 walau dalam apa jenis keadaan sekali pun.



Ancaman itu baru sahaja memasuki fasa baharu, dan akan diperhebatkan lagi menjelang tahun 2013. Bagi menyambut ‘keghairahan dan kegilaan’ pada tahun 2013, negara haram Israel sekular Zionis memulakan bedilan dengan kegilaan mereka mengebom penempatan orang Arab Palestin sebagaimana yang kita ketahui baru-baru ini (November).

Itu adalah ‘buah’ awal sebelum kita memasuki tahun 2013. Apa yang perlu diketahui ialah, tahun hadapan ialah tahun yang sibuk. Segala perancangan the hidden hand untuk menghuru-harakan beberapa negara lokasi strategik akan memasuki fasa kemuncak pada tahun hadapan. Ia adalah kemuncak kepada perancangan sulit mereka sejak tahun 2001 dan bagi mengetahui sama ada segala rancangan itu berjaya atau tidak berjaya dalam tempoh 300 hari sepanjang 2013.

Berpesan-pesanlah kepada yang masih leka tidur supaya segera bangkit dan mengikuti perkembangan dunia melalui pelbagai sumber maklumat supaya sentiasa berwaspada. Edisi Ketiga ini sedikit sebanyak telah memberi beberapa maklumat kepada anda supaya sedar dengan keadaan yang sedang dihadapi, anda juga sewajarnya sudah maklum mengenai siapa sebenarnya kawan walaupun tidak begitu sempurna dan siapa sebenarnya musuh. (Terpulang kepada anda untuk menganggap Edisi Ketiga ini sebagai pemberi khabar atau sebagai sampah).

Untuk tahun 2013 (tidak pasti akan bermula semula pada bulan berapa), Edisi Ketiga Umat Terakhir sedang menyusun bahan-bahan yang sesuai untuk anda. Perkara yang wajar dikhabarkan akan tetap dikhabarkan, dan perkara yang wajar dirahsiakan akan kekal dirahsiakan.

Paling utama ialah minda anda wajar bebas daripada kongkongan orang-orang yang mahu mengongkong pemikiran anda. Anda hanya akan benar-benar faham segala maksud Umat Terakhir sekiranya minda anda bebas mengikut landasan pemikiran yang waras dan wajar.

Saya juga pernah berjumpa di beberapa laman maya, ada yang berkata: “Selepas membaca beberapa blog (termasuk) Umat Terakhir, barulah saya faham dengan keadaan sebenar yang sulit untuk kita semua fahami.”

Kami tidak meminta wang daripada anda, tidak pula meminta anda membayar kepada kami. Kami tidak pula meminta anda menghulurkan derma kepada kami pada ketika kami menyampaikan khabar kepada anda. Kami hanya mahu anda faham dan menjadi orang-orang yang faham dan tidak menjadi orang-orang yang dikongkong mindanya.


Blog ini bukan blog ilmu agama, bukan juga blog politik.


Izinkan Umat Terakhir berehat sebelum kembali bila-bila masa pada 2013.








Get ready to get even

-STALKER-
I’m stalking you



-------------------------------------------------------------------------------------------------

14 comments:

Anonymous26 November 2012 22:40
Salam,
Terima kasih buat tuan rumah.
Berpesan walau sepotong ayat.
Jiwa-jiwa yang bebas merdeka.

Reply

enrike27 November 2012 17:48
Analisa akhir tahun yang amat menarik dan perlu difikirkan secara mendalam. Terimaksih

Reply

Anonymous27 November 2012 19:27
terima kasih untuk semua ilmu yang dibagikan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun lepas.

Reply

OrgOrg27 November 2012 20:36
berehat...

rajin tgk leverage yea..
cite2 omputih ni byk pengajaranya

get ready after GE (april)
tapi sebelum GE banyak isu akan muncul
amat berharap Allah celikkan matahati org islam

mereka memerhati...




Reply

MMA27 November 2012 22:45
Assalamualaikum,

Tertarik dengan cara penulisan saudara.Sangat membuka minda yang masih tercari-cari akan kebenaran di dalam kehidupan ini.
Boleh beri keizinan untuk saya link blog saudara?

Terima kasih.

Reply

puteramariam28 November 2012 01:08
Salam. Kita hanya memerlukan mereka-mereka yang 'jiwanya' tidak boleh di beli. Bagi mereka yang 'terjual jiwanya @ murtad' itu ketentuan Allah SWT. Perjalanan dan arah kita sama , terima kasih. Layari :
Cahaya Al Majid Perjalanan Ke Dua

Reply

AFTERDARK28 November 2012 08:20
Congratulation on job well done in 2012 (From all of us in the Watchers Group)

Reply

STALKER30 November 2012 22:08
Assalamualaikum

Maaf, agak lambat beri respon kepada komen-komen anda semua.

Terima kasih semua.

---

Terima kasih juga kepada Afterdark : )

---

Saudara/saudari MMA, silakan.

---

Saudara OrgOrg, get ready to get even. Leverage itu siri con-men yang 'pandai guna akal'. Tidak semacam con-men di Malaysia yang kurang bijak & banyak berangan-angan. : )

-

Reply

Anonymous30 November 2012 22:51
a`kum tuan admin..

sebelum berehat ana nk tuan komen tentang pengisytiharan palestin sebagai sebuah negara di PBB..adakah ia 1 perangkap muslihat atau kemenangan bg umat islam?

Reply

Anonymous3 December 2012 08:54
salam,wah,,stalker tgk leverage yea,,feveret saya 2,,huhu,xsangka :),
the art of deception

>will of D<

Reply

Anonymous6 December 2012 20:47
Get Ready 2 Get Even...

Peka pada Tarikh 21/12/12...

Masanya sudah tiba jgn leka lagi... Mereka menggunakan landasan Politik untuk memecahbelahkan kita, awas!

Reply

Anonymous30 December 2012 16:04
Pemimpin Freemason sudsah berjaya diletakkan di persada kepimpinana negara Malaysia sejak bermulanya pemerintahan Tunku Abdurahman. Ketika itu inggeris tidak pernah membina kilang arak, membuka pusat judi terbesar di negara Tanah suci Melayu ini. Belum ada kuil kuil hindu dibina di Tanah suci Melayu ini. Hukum hudud diketepikan oleh Parti Umno yang memerintah sedangkan inggeris sendiri tidak berani menghapuskan hukum Alloh itu. Jadi siapakah golongan yahudi itu yang sebenarnya? Buka lah hati kalian. Jangan ragu ragu lagi untuk berjuang bersama sama golongan yang bersungguh mahu menegakkan kembali Hak Hak umat islam di Tanah Suci Melayu ini. Masih tidak faham lagi?

Reply
Replies

Anonymous30 December 2012 22:30
...juga telah muncul dan tertegak patung2 gergasi di negeri Serambi Mekah sejak beberapa dekad ini....

Reply

Anonymous22 March 2013 18:22
Juga sanggup bersekongkol parti yg rasa terlebih Islamik dgn bersama mngguna kalimah Allah dgn kristian.. parti Islamik yg x mahu bersatu padu dgn sedaranya UMNO yg dirasakan yahudi..
Islamik apa kebendanyaaa tu?

Reply



No comments:

Post a Comment