UMAT Islam yang hidup dalam sesebuah negara yang mana majoriti penduduk negara itu dihuni oleh orang Islam itu sendiri ditegah daripada menjadikan kafir sebagai pemimpin mereka secara mereka merelakannya, dalam erti kata lain mereka meredhai kafir menjadi pemimpin mereka.
“O you who have believed, do not take the Jews and the Christians (kafeer) as allies. They are [in fact] allies of one another. And whoever is an ally to them among you - then indeed, he is [one] of them. Indeed, Allah guides not the wrongdoing people.” (Quran, Maeda: 51)
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani (kafir) sebagai sekutu (yang memimpin) kamu. Mereka (Yahudi dan Nasrani) (sebenarnya) adalah sekutu sesama mereka. Dan barangsiapa di kalangan kamu (yang beriman) menjadi sekutu bagi mereka, sesunggunya dia adalah sebahagian daripada mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim,” (Quran, al-Maidah: 51)
“Let not believers take disbelievers as allies rather than believers. And whoever [of you] does that has nothing with Allah , except when taking precaution against them in prudence. And Allah warns you of Himself, and to Allah is the [final] destination.” (Quran, Emran: 28)
“Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah.......” (Quran, Al-Imran: 28)
Sejarah mesej Tauhid terakhir sejak zaman kerasulan Nabi Muhammad (selawat dan salam setiap kali nama baginda disebut) menyaksikan Islam berkembang dalam persekitaran yang turut dihuni oleh orang Yahudi dan Nasrani di Madinah dan Makkah serta bumi Arab serta sekitar wilayah para nabi keturunan semitik (Land of the Semitic prophets) di Timur Tengah/Asia Barat.
Namun, kepimpinan Rasulullah adalah dominan mengatasi pengaruh pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani di bumi Madinah. Meskipun wujud kumpulan Yahudi dan Nasrani, ia tidak memberi ruang kepada mereka untuk menjadi lebih dominan daripada kepimpinan Islam yang diterajui Nabi Muhammad.
Piagam Madinah walaupun memberi ruang kepada Yahudi dan Nasrani serta orang bukan Islam untuk bebas mengamalkan cara hidup dan agama masing-masing, ia tidak bermakna agama selain Islam akan diberi sama taraf atau lebih dominan daripada Islam di sebuah negara yang dipimpin oleh orang Mukmin. Kepimpinan Rasulullah menjadikan Islam sebagai dominan dalam bentuk kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran dan urusan-urusan masyarakat melebihi segala-galanya.
Islam ketika zaman kenabian Muhammad adalah dominan. Walaupun baginda Rasulullah melayan baik para Yahudi dan Nasrani, keadaan itu bagaimanapun tidak pernah memberi ruang kepada golongan kafir untuk mendominasi pengaruh di Madinah dan Makkah (sesudah Kota Suci dimasuki semula). Hubungan dengan Yahudi dan Nasrani dijaga dengan harmoni, namun keindahan kepada hubungan baik itu tetap diperkemaskan dengan sikap berwaspada terhadap golongan kafir. Sikap waspada itu diletakkan kerana Allah memberi amaran melaui Kitab-Nya supaya berhati-hati dengan tipu helah golongan kafir. Walaupun hubungan dengan Yahudi dan Nasrani berkembang dengan baik, ia masih ada waspada, dan tidak diberi peluang kepada Yahudi dan Nasrani untuk menjadi lebih dominan daripada Islam.
Salah satu kunci kepada kejayaan pemerintahan Islam yang dipimpin Nabi Muhammad adalah dominan dan waspada dalam berhubungan baik dengan kafir. Islam pimpinan Rasulullah adalah dominan atau lebih berkuasa daripada pengaruh-pengaruh lain.
Kita harus belajar daripada sejarah kepimpinan Rasulullah dalam menjaga negara kita yang dihuni oleh orang Islam sebagai majoritinya. Persamaan Madinah dengan Malaysia bukan dari segi kehebatan kepimpinan Islam di Madinah, kepimpinan Islam di Madinah di bawah pimpinan Rasulullah adalah sangat hebat, kepimpinan Islam di Malaysia (di mana-mana negeri sekalipun) pula masih belum layak disamakan dengan Madinah atau Makkah, tetapi persamaan Madinah dengan Malaysia hanya dari segi umat Islam sebagai majoritinya (andai persamaan yang diberikan ini tidak silap). Umat Islam sebagai majoriti.
Namun, kita di Malaysia menghadapi dilema. Dilema dalam memperkukuhkan kepimpinan Islam supaya menjadi dominan sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah ketika memacu Madinah dan Makkah (sesudah Makkah dimasuki semula).
Dilema Kepimpinan Islam di Malaysia
Entah di mana silapnya, umat Islam di Malaysia terpecah kepada tiga kumpulan yang tidak bersungguh-sungguh bersatu hati. Terdapat perbezaan bagi tiga kumpulan ini.
Pertama, satu kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, tetapi tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah dengan kuasa mentadbir negara (dari segi demokrasi) yang diberikan kepada mereka. Namun, kumpulan ini lebih dominan dalam jaringan kumpulan lain yang dianggotainya bersama bukan Islam.
Kedua, satu lagi kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, tetapi tidak dominan dalam mendominasi menjadikan Islam sebagai dominan terhadap satu jaringan kumpulan lain yang dianggotainya bersama bukan Islam.
Ketiga, satu kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, mereka sebenarnya berkumpulan tetapi tidak berkumpulan secara nyata, terdorong mengikut kumpulan pertama atau kumpulan kedua yang seolah-olah memecahkan mereka. Kumpulan ketiga ini seolah-olah terpecah disebabkan kumpulan pertama dan kedua. Mereka sebenarnya tidak terpecah, tetapi hanya tidak berkumpulan dalam satu kumpulan yang nyata.
Kumpulan pertama dan kedua
Kedua-dua kumpulan yang awalnya bersatu ini mulanya berselisih kerana salah satu daripada mereka dikatakan tidak menjalankan Islam dengan cara yang sepatutnya. Ia dorong pula oleh krisis politik yang berlaku di sebuah negeri pada sekitar 1970-an. Akibatnya, dua kumpulan ini terpecah dan membawa haluan masing-masing dalam memperjuangkan prinsip masing-masing.
Kumpulan kedua itu bangkit dengan dasar membina sebuah Negara Islam, manakala kumpulan pertama kekal dengan prinsip membela nasib Melayu beragama Islam. Maka, bermulalah percaturan sengit dalam memenangi hati orang Melayu untuk membolehkan kedua-dua kumpulan ini merebut kuasa dalam politik negara.
Walaupun berlaku banyak pertelingkahan dalam ehwal politik sejak berpecah, namun kedua-dua kumpulan ini sebenarnya saling bertindak sebagai check and balance dalam hal ehwal orang Islam kerana kedua-duanya beragama Islam, dan bertindak demi kepentingan umat Islam.
Adapun muncul isu kafir mengkafir terhadap satu kumpulan di antara keduanya, namun kita tidak berkuasa dalam menentukan siapa yang kafir dan sesat kerana Islam berkeadaan rapi di negara ini meskipun dalam suasana pertelingkahan selama kira-kira lebih 30 tahun hingga hari ini. Hanya Allah lebih tahu mengenai jiwa-jiwa yang kafir terhadap perintah-Nya.
Walaupun berpecah, hal ehwal pendidikan orang Islam dijaga oleh kedua-dua kumpulan ini, hal kebajikan diberi perhatian oleh kumpulan pertama walaupun tumpuan terhadap kebajikan tidak begitu sempurna ketika awal, tetapi semakin diberi perhatian sejak 10 tahun lalu. Beratus masjid didirikan sebagai mimbar ilmu dan tempat orang Islam beribadat dengan bebas, bukan untuk tujuan lain selain mimbar ilmu dan ibadat.
Walaupun kedua-dua kumpulan yang bersaudara ini bertelingkah, Islam masih bebas menjalankan ibadat tanpa masalah. Islam tetap berkembang walaupun tidak sesempurna pemerintahan Rasulullah di Madinah lebih 1400 tahun lalu.
Namun, kumpulan pertama tidak sempurna, begitu juga dengan kumpulan kedua. Meskipun majoriti negara ini dihuni orang Islam, hiburan tetap beraja di hati sebilangan orang. Bukan semua, hanya sebilangan. Walaupun sebilangan, ia tetap masalah. Rakyat hidup diseri hitamkan dengan hiburan, ada yang menghampiri melampau, ada yang sederhana dan ada pula yang sudah tidak mengenali batas.
Banyak aspek yang mendorong dua kumpulan ini terus bertelingkah. Gagal menemui persamaan, gagal memperbaiki perbezaan dalam perpisahan.
“O you who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result.” (Quran, ann-Neesa: 59)
“Hai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan pemimpin di kalangan kamu (orang Islam seperti kamu). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Quran, an-Nisa: 59)
Kumpulan pertama harus kerap duduk semeja untuk mendalami hal ehwal orang Islam bagi mencari penyelesaian yang tidak memudaratkan umat. Allah telah memerintahkan supaya memimpin sesama Islam dan bukan mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin. Setiap perbezaan itu membawa kelebihan, ia membawa kepada perundingan yang sewajarnya dan mengeratkan hubungan. Biar berbeza pendapat dari segi keduniaan, tetapi wujud persamaan dari segi menjaga kepentingan agama.
Sesudah 30 tahun, kumpulan kedua ini menjalin hubungan dengan kafir sebagaimana kumpulan pertama. Bezanya di sini ialah kumpulan pertama itu lebih dominan terhadap rakan-rakan kafirnya. Manakala kumpulan kedua lebih terikut-ikut kehendak rakan kafirnya yang lebih dominan daripadanya. Tidak ada masalah untuk menjalin hubungan dengan kafir, tetapi harus waspada dan perlu menjadi dominan andai kalau kita berada di sebuah negara yang majoritinya adalah umat Islam.
Kita orang Islam berada di sebuah negara yang majoritinya adalah orang Islam seharusnya menjadi dominan dalam menetapkan sesuatu dasar dalam jaringan kerjasama bersama orang bukan Islam. Kita orang Islam tidak sewajarnya mengikut rentak orang bukan Islam yang mahu memimpin kita. Kita yang perlu mahu memimpin orang bukan Islam kerana kita adalah majoritinya, maka kitalah yang perlu dominan.
Negara pernah dikejutkan dengan isu kalimah Allah di gereja dan Bible. Satu kumpulan menentang kerana penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan gereja adalah sama seperti membenarkan Allah disekutukan dengan perkara syirik. Allah tidak sesekali membenarkan Diri-Nya disyirikkan dan disekutukan dengan sesuatu yang lain. Maka, satu kumpulan itu menentang penggunaan kalimah Allah di gereja dan dalam Bible.
Andai ada orang Islam yang redha Allah disyirikkan, maka carilah di dalam al-Quran mengenai kemurkaan Allah terhadap perbuatan itu. Allah dengan keras tidak membenarkan Diri-Nya disekutukan dengan sesuatu yang lain. Apatah lagi dalam soal membenarkan Diri-Nya disekutukan dengan triniti.
Kumpulan kedua terus terikut dengan kehendak kafir yang bersahabat dengan mereka dalam soal kalimah Allah. Tidak difahami apakah alasan kumpulan kedua ini untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh kafir bagi tujuan akidah triniti mereka yang syirik. Umat Islam yang percaya Allah itu Maha Esa dan tiada sekutu bagi –Nya tidak patut membenarkan syirik dan tidak patut membenarkan kalimah Allah disyirikkan.
Banyak kenyataan daripada kumpulan pertama yang menentang dan boleh dirujuk kenyataan mereka daripada pelbagai sumber, dan banyak kenyataan daripada kumpulan kedua yang menyokong dan boleh dirujuk daripada pelbagai sumber mereka sendiri.
Kita tidak membuat penilaian terhadap mana-mana kumpulan ini. Kita hanya mahu orang Islam bersungguh-sungguh menjaga agama mereka dan mencari pemimpin yang dominan hanya dari kalangan mereka sendiri yang kenal dan patuh akan segala perintah-Nya.
Umat Islam tidak wajar mengikut telunjuk orang bukan Islam yang mahu memimpinnya. Walaupun tiada dalam Perlembagaan Negara yang menentang seorang bukan Islam menjadi ketua kerajaan, tetapi Allah melarang umat Islam menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Andai mengikut perlembagaan, maka ikutlah. Andai mengikut al-Quran, maka ikutlah semua.
-
Nota: Penulis hanya menumpang siar di blog Abatasa dan penulisan atas dasar sebagai orang Islam dan BUKAN atas dasar kepentingan mana-mana parti politik atau mempunyai kaitan dengan mana-mana individu politik. Aku adalah orang Islam yang sedih melihat kegusaran saudara-saudara yang sama akidah denganku.
No comments:
Post a Comment