Written by UT: 2 Feb 2012
ZIONIS sanggup melakukan apa sahaja cara bagi menggagalkan sebarang usaha orang Arab Palestin untuk memerdekakan negara mereka daripada penjajahan. Terlalu banyak peristiwa berdarah yang menyaksikan kematian dan pembunuhan rakyat Palestin sejak tahun 1948, malah peristiwa berdarah pada sebelum 1948 juga sudah ada yang berlaku.
Benjamin Netanyahu pernah berkata, semua itu (serangan terhadap orang Palestin) dilakukan adalah untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan negara dan rakyat Israel kerana sering menjadi sasaran serangan orang Palestin yang dianggap sebagai pengganas.
Sebelum itu, Ariel Sharon juga pernah menyuarakan nada yang serupa iaitu Israel tidak akan teragak-agak untuk membedil rakyat Palestin tanpa sebarang belas kasihan sekiranya negara Yahudi itu berasa tidak selamat akibat perkembangan (gerakan pembebasan) yang dianggap sebagai meragukan di Palestin. Baru berasa (paranoid) seperti akan diserang oleh orang Palestin, tetapi Zionis telah menyerang terlebih dahulu hanya kerana sikap paranoia.
Nada-nada daripada lidah para pemimpin Zionis tidak pernah berubah, ia tetap konsisten dalam usaha meluaskan penguasaan secara haram terhadap tanah Palestin sejak 1948. Amerika dibonekakan dengan cara ditekan secara politik dan ekonomi oleh Zionis supaya sentiasa menyokong setiap usaha jahat Israel. Kuasa besar seperti Amerika juga senang-senang dibonekakan oleh Zionis Israel.
Ia ditambah lagi dengan peranan yang dimainkan oleh beberapa individu berdarah Yahudi yang berada dalam hal ehwal pentadbiran dan ekonomi Amerika. Nama-nama seperti Paul Wolfowitz, George Soros, Madelyn Albright serta beberapa nama lagi adalah antara individu berdarah Yahudi anggota Zionis dan berpengaruh di Amerika.
Kali ini, saya tidak mahu bercakap soal politik Malaysia walaupun saya akan memetik beberapa nama orang politik yang bercakap dengan alasan tidak masuk akal. Saya bercakap atas dasar isu Israel-Palestin, saya tidak bercakap soal politik sempit dalam periuk politik Malaysia yang mendidih bersama kahak-kahak dan muntah-muntah bercampur fitnah dari kedua-dua belah pihak.
Minggu ini, rakyat Malaysia didedahkan dengan laporan Wall Street Journal yang memetik pernyataan De Facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim mengenai isu Israel-Palestin. Baiklah, kita bercakap soal isu Israel-Palestin, bukan politik Malaysia.
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” – Anwar Ibrahim, seperti laporan Wall Street Journal.
Terjemahan: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
Saya tidak terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu, sungguh tidak terkejut. Malah, sudah lama saya menunggu kalau-kalau kenyataan itu keluar dari mulutnya dan akhirnya keluar juga dan dilaporkan media antarabangsa untuk kita semua baca dan fikir.
Pernyataan yang diucapkan itu adalah sangat selari dengan kata-kata yang pernah diucapkan Benjamin Netanyahu, Ariel Sharon, Ehud Barak dan beberapa lagi pemimpin Zionis. Saya tidak mahu mengaitkan isu ini dengan sebarang bentuk konspirasi Zionis, saya hanya mahu ia difikirkan dengan akal yang waras mengenai terma segala usaha melindungi keselamatan Israel. Terma yang sama maksud itu juga pernah diucapkan Netanyahu, Sharon, Barak dan lain-lain anggota Zionis. Media seluruh dunia telah merekodkan semua ucapan mereka.
Gambar bawah: Memo ringkas daripada kerajaan Amerika pada 1948 yang menyatakan sokongan kepada negara haram Israel untuk menjamin keselamatan rakyat haram Israel daripada sebarang ancaman termasuk 'ancaman' dari kalangan rakyat sah Palestin sendiri.
Israel adalah sebuah negara haram yang dibina di atas tanah rakyat Palestin. Darah orang Palestin menjadi baja yang menyuburkan tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis. Kesengsaraan dan tangisan kanak-kanak Palestin menjadi lagu paling merdu untuk didengari oleh Zionis. Tidak ada yang lebih membahagiakan sang Zionis melainkan penderitaan umat Islam.
Malaysia ialah salah sebuah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Brunei yang tidak mengiktiraf negara haram Israel sehingga hari ini. Dalam passport Malaysia, dinyatakan dengan jelas iaitu pemegang passport Malaysia tidak boleh menjejakkan kaki atau masuk ke Israel. Pendirian Malaysia dan seluruh majoriti rakyatnya yang beragama Islam memang tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah dari dahulu hingga hari ini. Dasar menutup sebarang usaha untuk mengadakan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara haram Israel tidak akan berubah selagi ada kekuatan orang Islam di negara ini yang tegas untuk tidak mahu dasar itu diubah, ia hanya akan diubah apabila umat Islam di Malaysia yang sedia ada kini berubah menjadi lembik akibat mengikut rentak tipu daya para proksi Zionis yang sentiasa menjanjikan dunia.
Kenyataan yang diucapkan kepada Wall Street Journal itu tidak dinafikan oleh Anwar. Apabila tidak dinafikan oleh individu responden yang bercakap, kadar kesahihannya adalah tinggi dan kenyataan itu sah dengan sendirinya (automatik) sebagaimana yang dilaporkan. Penilaian kesahihan itu adalah berdasarkan amalan penilaian organisasi-organisasi media antarabangsa terhadap sesebuah kenyataan yang dilaporkan. Jika tidak benar sebagaimana dilaporkan, maka buatlah penafian menggunakan media yang sama. Perlu diingat, setiap perbualan seseorang dengan wartawan media, ia akan direkodkan dan rekod percakapan itu disimpan sebagai rekod sejarah moden. Rekod tetap ada.
If there is no denial, then it is true as it reported.
Mengikut amalan kebebasan bersuara melalui media, seseorang boleh mengemukakan saman terhadap sesebuah organisasi media apabila sesuatu kenyataan diputar belit. Adakah Wall Street Journal akan disaman disebabkan kenyataan itu? Saya rasa tidak.
Kemudian beberapa media lain (pro-pakatan) melaporkan kenyataan Anwar yang cuba menangkis kecaman yang diterima daripada banyak pihak di negara ini dengan mengatakan kenyataan yang menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel itu adalah selari dengan prinsip penyelesaian two states solution yang dikatakan turut dipersetujui Hamas dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Hakikatnya, Hamas dan seluruh rakyat Palestin tidak pernah mengiktiraf Israel. Hamas dan rakyat Palestin tidak pernah memilih untuk bersetuju kerana ia secara automatik menandakan bahawa Palestin mengiktiraf Israel jika ia bersetuju. Ia juga ada direkodkan. Carilah maklumat itu dan berfikirlah mengenai siapa yang sedang bercakap sumbang dalam hal Palestin-Israel.
Bagi rakyat Palestin, rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk menyerang rakyat Palestin demi kononnya menjaga keselamatannya, alasan tidak masuk akal daripada lidah Zionis itu tidak pernah dipersetujui Palestin dan seluruh isi dunia Islam. Hanya orang yang tidak ada akal sahaja akan bersetuju dengan alasan Zionis yang tidak masuk akal itu.
Sudah berapa banyak rundingan Palestin-Israel telah gagal? Bagaimana pula dikatakan Hamas bersetuju kalau rundingan telah beberapa kali gagal? Hamas dikatakan bersetuju berdasarkan ‘press statement’ daripada lidah rasmi Hamas sendiri atau dari lidah PBB? Jangan cuba kelentong dalam soal press statement dan press report. Ini pun ada rekod-rekodnya. Carilah maklumat dari semua arah, jangan jadi hilang akal disebabkan alasan-alasan yang tidak masuk akal.
Andai Palestin bersetuju dengan kononnya dikatakan PBB mensyaratkan Israel menjamin hak rakyat Palestin, ia bermakna Palestin telah mengiktiraf Israel. Hakikatnya Palestin tidak mengiktiraf pendudukan haram Zionis Israel di tanah mereka. Ia juga bermakna Palestin tidak bersetuju dengan syarat penuh muslihat dan tidak masuk akal itu. Orang Palestin yang hidup tertekan di tanah mereka sendiri akibat tindakan Israel yang tidak masuk akal pun dapat berfikir dengan waras menggunakan akal sihat mereka, tetapi mengapa orang yang dapat tidur nyenyak di Malaysia ini tidak dapat berfikir waras menggunakan akal untuk memahami tipu daya alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan Zionis kepada dunia.
Mengapa pernyataan itu dikeluarkan dan dilaporkan Wall Street Journal? Itu soalan terbaru. Soalan yang sudah agak basi pula ialah mengapa perlu bergegas tergesa-gesa ke Amerika (berjumpa siapa di sana?) selepas timbul isu menghentam slogan One Israel? Mengapa sampai begitu demi menjaga hati Yahudi Zionis? Tapi, saya tidak mahu mengaitkan konspirasi Zionis di sini. Artikel ini hanya mengenai terma menyokong sebarang usaha melindungi Israel sebagaimana pernah diucapkan pemimpin-pemimpin Zionis sebelum ini.
Setiap kali Israel menyerang Palestin, alasan yang diberikan ialah untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat negara Zionis itu yang kononnya sedang terancam oleh ‘pengganas’ Palestin. Serangan yang dibuat ke atas Palestin itu adalah untuk memusnahkan kumpulan ‘pengganas’ di Palestin. Itu alasan Zionis. Alasan yang tidak masuk akal. Alasan yang cuba memperbodohkan semua orang di seluruh dunia.
Jika anda adalah orang Islam yang waras dan sihat akalnya, perkara yang mana satu akan menjadi keutamaan anda apabila diberi dua pilihan ini; usaha membantu menamatkan penderitaan rakyat Palestin dengan sokongan mengusir Zionis atau secara liberal menyokong usaha melindungi keselamatan Zionis Israel?
Perkara mana yang menjadi keutamaan? Mengutamakan kesejahteraan saudara sama akidah atau kesejahteraan pihak yang menjadi penyembelih saudara-saudara Islam kita?
Mungkin akan ada di antara kita yang berkata, “walau apa pun usaha kita untuk bebaskan Palestin, kita tetap tidak boleh buat apa-apa.” Baiklah, saya hormat kata-kata itu, kerana hanya dengan pertolongan Allah sahaja kita akan dapat melakukannya, saya terima kata-kata itu kalau orang yang mengucapkan kata-kata itu menyerahkan segala-galanya kepada kehendak Allah. Tetapi, kalau kata-kata itu disulami dengan niat hati yang merelakan atau bersetuju perlakuan jahat Zionis terhadap rakyat Palestin hanya semata-mata untuk menjamin keselamatan Israel, maka ia tidak boleh diterima.
Haifa, Ramallah, Jenin dan Gaza serta beberapa wilayah lain, adalah kawasan-kawasan yang pernah menyaksikan pertumpahan darah rakyat Palestin pada setiap kali Israel menyerang bumi Palestin hanya dengan alasan untuk menjaga keselamatan Israel. Lubnan/Lebanon juga pernah diserang hanya kerana alasan Israel untuk menegaskan niatnya untuk menjaga keselamatan negara haram Israel. Bukan Palestin sahaja yang menjadi mangsa terhadap alasan Zionis mahu melindungi keselamatan negara haram Israel, tetapi negara-negara Islam yang lain juga turut menjadi mangsa kerakusan Zionis. Sudah banyak kita saksikan Zionis menyerang orang Islam hanya dengan alasan yang tidak masuk akal itu. Kalau kita ini orang Islam yang mempunyai akal yang waras, mahukah kita menerima alasan Zionis itu yang langsung tidak boleh diterima akal?
Apabila rumah kamu dimasuki perompak, kemudian perompak itu bertindak membunuh ibu bapa kamu kerana perompak itu berasa dirinya terancam apabila ibu bapa kamu melawan mempertahankan harta benda supaya tidak dirompak. Perompak itu membunuh ibu bapa kamu kerana perompak itu mahu melindungi keselamatan dirinya sendiri sedangkan sudah terang-terang perompak itu memang bersalah kerana menceroboh? Mahukah kita menerima baik alasan perompak itu di mahkamah yang terang-terang berniat menceroboh rumah kita dan melakukan kejahatan sehingga membunuh ibu bapa kita?
Kalau Malaysia pula diserang mana-mana kuasa asing yang mengatakan mereka menyerang Malaysia adalah untuk menjaga keselamatan negara mereka sedangkan kita tidak pernah mengacu senapang atau meriam kepada mereka, adakah alasan seperti itu boleh diterima? Bermaruahkan kita kalau menerima alasan tidak masuk akal itu yang akhirnya memusnahkan diri kita sendiri? Kalau mati pun, mati lah dengan cara bermaruah.
“Kami tidak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.” - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush.
Israel negara (berstatus haram) keempat dunia yang memiliki senjata canggih dan fasiliti ketenteraan yang canggih setanding Amerika. Palestin pula antara negara yang sangat mundur dan miskin. Dalam konteks kemiskinan dan ketenteraan, apa yang ada pada Palestin sehingga boleh dikatakan sebagai berbahaya kepada Israel? Masuk akal kah kalau dikatakan Israel mengebom dan menembak mati rakyat Palestin hanya kerana berasa keselamatan dirinya terancam? Siapa sebenarnya yang perlu dilindungi? Adakah yang kuat lagi jahat itu perlu dilindungi termasuk dengan cara memberi sokongan terhadap mereka?
Ada juga beberapa pemimpin dalam pakatan turut terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan bagi pihak Anwar. Tidak perlu ada orang (orang politik, blogger atau sebagainya) yang tolong menjawab bagi pihak Anwar kerana itu adalah pernyataannya sendiri . Biarlah Anwar menjelaskannya sendiri dengan alasan yang lebih masuk akal. Tidak perlu terhegeh-hegeh menawarkan jawapan dan alasan, andai tuan badan sendiri tidak memberi penjelasan dengan alasan yang lebih waras dan masuk akal. Daripada terhegeh-hegeh menjadi seperti tikus membaiki labu, adalah lebih baik meminta tuan punya lidah memberi penjelasan.
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.” – Terjemahan ucapan daripada laporan Wall Street Journal.
Wall Street Journal adalah sebuah agensi media milik Yahudi Amerika. Agensi berita itu sentiasa bersikap terbuka terhadap sesiapa sahaja menyatakan sokongan terhadap dasar Amerika yang pro-Israel. Ia termasuk dengan berani tanpa sebarang rasa takut melaporkan kenyataan-kenyataan para pemimpin negara haram Israel yang mengancam mahu membunuh Presiden Obama kerana semakin dilihat mengabaikan kepentingan Israel seperti dilaporkan pada awal Januari baru-baru ini. Ia juga secara berani menyebarkan spekulasi dan bad rumours untuk menjatuhkan karier politik Obama supaya tidak menyambung tugas dalam penggal akan datang kerana mengabaikan kepentingan Israel.
Pada masa yang sama, agensi berita itu juga akan melindungi sesiapa sahaja yang pro-Israel dengan cara melaporkan ‘statements’ bertaraf ‘play safe’ jika sesuatu laporan sebelum itu menimbulkan ketegangan di mana-mana sudut dunia. Laporan playsafe itu biasanya akan memanipulasi statements sebelum ini dengan penggunaan terma bahasa yang mengelirukan dan mempunyai dua maksud. Saya orang media, saya tahu semua itu. Tetapi saya bukan hamba politik yang sanggup menjaga hati Zionis demi mencapai cita-cita politik peribadi.
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.” Mengapa tidak berani terang-terang menyebut sebagai negara haram Israel supaya didengari oleh seluruh dunia dan orang-orang Zionis bahawa itulah pendirian seorang pemimpin Islam dari Malaysia yang sentiasa menganggap Israel sebagai sebuah penempatan haram. Tetapi, mengapa disebut negara Israel seolah-olah sudah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara? Apabila ada peluang untuk bercakap melalui media antarabangsa, maka tunjukkanlah ketegasan sebagai seorang pemimpin Islam, yang akan mengundi kamu bukanlah Yahudi-Yahudi Zionis dari seluruh dunia, tetapi yang akan mengundi kamu ialah rakyat Malaysia yang tentunya akan bangga kalau kamu menghentam Zionis melalui media milik mereka sendiri. Malangnya, Zionis diberikan berita gembira melalui statement: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” Zionis cukup gembira dengan khabar itu, orang Palestin hanya mampu mencebik kecewa apabila ada pemimpin Islam berkata seperti itu seolah-olah mereka langsung tidak mempunyai keutamaan walaupun di pandangan sesama Islam jika dibandingkan dengan kepentingan negara haram Isarel.
Tidak perlu juga melakukan spin untuk memutar isu bagi membela sebuah pernyataan yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara haram Israel. Lebih menepati keperluan ialah menjelaskan maksud sebenar pernyataan itu diucapkan. Pernyataan itu juga menawarkan maksud bahawa individu yang mengucapkannya juga mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara walhal Zionis dengan rakus membina penempatan haram di tanah milik orang Palestin yang dibunuh dan ditindas selama lebih 60 tahun.
Segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel itu sudah banyak kali Zionis terjemahkan secara nyata melalui siri-siri serangan terhadap rakyat Palestin, alasannya ialah sama dengan alasan yang tidak masuk akal itu, iaitu melindungi keselamatan Israel.
Ia termasuk menyekat segala cubaan membawa masuk bekalan makanan kepada rakyat Palestin. Israel sudah lama mengidam mahu semua rakyat Palestin mati, termasuk dengan cara mati perlahan-lahan dalam keadaan kebuluran tanpa makanan sehingga kematian mereka itu tidak diketahui penduduk dunia.
Segala usaha melindungi keselamatan negara Israel itu juga termasuk dengan cara menembak kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua Palestin. Mengebom kawasan yang ada penduduk dengan menggunakan jet pejuang yang berisi bom peledak. Menembak mati sesiapa sahaja yang mereka curiga asalkan orang yang mahu ditembak itu tidak mewarisi wajah Yahudi.
Saya tidak bercakap mengenai politik Malaysia. Saya bercakap mengenai sebuah pernyataan yang sangat tidak masuk akal apabila menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel biarpun Zionis terang-terang membunuh dan mengebom rakyat Palestin. Tidak perlu spin-spin melibatkan hal ehwal ekonomi Malaysia yang direncanakan Pakatan Rakyat. Ini bukan soal ekonomi Malaysia yang menjadi bahan kempen pakatan, sebaliknya ia adalah soal menghalalkan kekejaman Zionis yang kononnya melindungi keselamatan negara haramnya sendiri seperti yang dilafazkan de facto pakatan.
Saya tahu seorang penyokong tegar yang tidak habis-habis mengatakan orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel itu sebagai pemimpin terbaik yang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia, tidak pernah saya melihat si penyokong terhadap orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel itu benar-benar fokus dalam setiap perkataannya walaupun kerap bersembur air liur mencanang bahawa dia itu kononnya sangat fokus. Terlebih dahulu, biar saya tegaskan sekali lagi, saya bukan orang UMNO, saya juga bukan orang PAS atau PKR di Malaysia, saya bukan ahli dalam mana-mana parti politik.
“TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” Sekadar memetik ayat pemula sebuah entri yang dimuatkan di dalam blog yang suka menggunakan HURUF BESAR milik seorang penyokong yang sentiasa menyokong orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel.
Jika ayat pemula itu benar-benar dimaksudkan sedemikian sehingga diterima oleh hati nurani blogger itu sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun, adakah perbuatan menyokong Israel itu juga boleh dianggap sebagai tidak salah hanya kerana ia diucapkan oleh Anwar yang disokongnya? Adakah pula pula perbuatan Zionis Israel itu tidak salah hanya kerana Anwar menyokong segala usaha untuk keselamatan Israel? Adakah pula perjuangan rakyat Palestin memperjuangkan kemerdekaan mereka sejak 60 tahun lalu itu dianggap sebagai satu kesalahan hanya kerana Anwar menyokong segala usaha untuk keselamatan Israel termasuklah dengan cara membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam?
Sudah terang lagi nyata, perbuatan Zionis Israel itu terang-terang sebuah kesalahan. Semua orang Islam dan majoriti penduduk dunia bersetuju dengan perkara yang tidak masuk akal ini, ia cuma tidak dipersetujui oleh penyokong-penyokong Zionis yang sentiasa mahu menyesatkan akal kita semua Kalau mahu mempertahankan orang yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel, maka teruskanlah secara terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan bagi menjawab pernyataan Anwar yang menyokong Israel. Anwar pun tidak terhegeh-hegeh menjawab dalam setiap isu yang memerangkap dirinya, kenapa orang lain pula yang mesti dua kali ganda lebih terhegeh-hegeh menawarkan jawapan?
Bukan isu ini sahaja Anwar berdiam diri, banyak lagi isu lain yang tidak diberikan penjelasan. Oleh itu, mengapa mesti ada orang yang terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan sedangkan Anwar sendiri tidak memberikan penjelasan yang masuk akal lebih-lebih lagi dalam hal keselamatan negara haram Yahudi.
Perkara yang benar itu akan tetap menjadi benar, perkara yang salah itu akan tetap menjadi salah selama-lamanya. Perkara haq itu akan tetap menjadi haq, perkara bathil akan tetap menjadi bathil selama-lamanya. Memahami baris ayat kedua dalam perenggan ini adalah jauh lebih penting daripada ayat pertama. Kalau tidak berpuas hati, eloklah kita berbicara di ruang komen di blog ini kalau takut untuk membuka ruang komen dan dihentam di blog kamu sendiri.
Kalau daging babi itu haram (salah/berdosa kalau dimakan), maka selama-lamanya ia kekal haram. Tetapi kalau kita tersesat di dalam hutan dan tiada makanan selain menjamah babi yang banyak berkeliaran di dalam hutan, maka daging babi dihalalkan kerana ia menjadi perkara haq pada waktu itu, tetapi ia tidak selama-lamanya menjadi haq. Itulah peri pentingnya mengenali perkara haq. Ia soal haq, bukan soal tidak semua perkara salah adalah salah. Itu pun kalau pernyataan “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” itu diguna pakai dalam semua perkara sehingga menjadi pegangan hidup. Fokusnya ialah haq, bukannya “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...”.
Memang pernyataan “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” tidak dimaksudkan dalam isu penyataan sokongan Anwar terhadap segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel, tetapi ia akan menjadi masalah sekiranya penyataan “TIDAK SEMUA PERKARA BETUL ADALAH BETUL.. TIDAK SEMUA PERKARA SALAH ADALAH SALAH...” dijadikan panduan dalam semua perkara sehingga mengenepikan pengertian haq yang mengatasi pengertian perkara betul dan salah. Saya hanya perlu tahu pendirian blogger itu dalam isu “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” selepas pernyataan itu diucapkan oleh Anwar, iaitu pemimpin yang dikagumi blogger itu dalam segenap hal sebagaimana yang saya faham tingkah katanya.
Kalau mahu mempertahankan dengan menawarkan penjelasan sedangkan Anwar sendiri belum menawarkan penjelasan dengan alasan yang lebih waras daripada penjelasan sebelum ini, maka tidak perlu terhegeh-hegeh berbuat demikian. Itu perkataan Anwar, biar dia sendiri yang menjelaskan. Kalau Anwar mahu berpolitik, itu hak dia. Tapi kalau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel, ia menjadi hak saya pula untuk bersuara. Ada orang yang lantang membicarakan hak rakyat, tetapi biarlah adil iaitu biarlah hak orang lain untuk mempersoalkan tingkah laku kamu juga tidak dipersoalkan kerana itu juga hak rakyat.
Isu Palestin dan Israel adalah isu yang sensitif bagi umat Islam. Allah juga memberi penjelasan mengenai bahaya Yahudi dan memerintahkan supaya umat Islam supaya berwaspada.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)
Jika seseorang umat Islam mengkhianati agama dengan menurut kehendak Yahudi dan Nasrani, Allah telah memberi amaran-Nya untuk tidak memberi pertolongan kepada pengkhianat itu melalui baris ayat: “Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
Andai pernyataan “saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” itu benar-benar bermaksud seperti yang dinyatakan, maka amaran-Nya itu bukan satu gurauan kepada para hamba-Nya. Dalam sesetengah tafsir pula menjelaskan pengertian ‘maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu’ itu bermaksud terputus hubungan iman dengan Allah.
Rejim Zionis Israel seboleh-bolehnya mahu seluruh isi dunia ini tunduk kepada kemahuan mereka. Keselamatan mereka tergugat oleh tingkah laku rakyat Palestin yang memusuhi mereka adalah alasan yang sangat tidak masuk akal. Orang yang bersetuju untuk memberi sokongan terhadap segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel juga adalah sangat tidak masuk akal.
Ia soal pendirian Anwar yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel. Seorang pemimpin parti dalam pakatan di Selangor dengan terhegeh-hegeh memberi penjelasan kononnya itu adalah pernyataan yang tidak mewakili pakatan. Namun andai si penyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel itu diangkat menjadi ketua kerajaan, maka ia menjadi penyataan daripada seorang ketua kerajaan pakatan atas kapasiti iaitu penyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel itu akan dilantik menjadi ketua kerajaan yang dipersetujui perlantikannya oleh rakan-rakan pakatan. Tidak perlu terhegeh-hegeh menawarkan penjelasan, ia masih tidak masuk akal.
Lebih baik orang-orang Islam dalam pakatan berpakat mendesak minta Anwar beri penjelasan daripada mulutnya sendiri. Mendesak Anwar memberi penjelasan juga sebagai jalan terbaik mengelak fitnah, bukankah siang malam pakatan berjuang ‘melawan fitnah’ daripada musuh politik? Maka berilah penjelasan untuk elakkan fitnah. Ini bukan soal politik Malaysia yang sangat-sangat diperjuang dan diguling-guling oleh para dungu-dungu, ini soal pendirian seseorang yang diangkat sebagai pemimpin Islam terhadap pandangannya mengenai negara haram Israel.
Kalau membunuh rakyat Palestin dan mengebom penempatan Arab Palestin itu menjadi langkah utama dalam melindungi keselamatan Israel, maka tinggalkan satu peluru untuk saya juga. Saya lebih sanggup mati ditembak peluru Zionis andai ditakdir kembali berjuang bersama rakyat Palestin daripada mati sia-sia bersama orang yang menyokong segala usaha untuk melindungi Israel. Saya sanggup mati demi agama Islam dan saudara-saudara Islam saya di Palestin andai saya juga dikatakan sebagai orang yang menggugat keselamatan Israel.
Saya langsung tidak berminat dengan politik Malaysia. Saya juga langsung tidak berminat dengan slogan-slogan ke arah dunia yang liberal mengikut acuan Zionis dan American dream. Sebaliknya, isu Palestin yang dijajah Israel telah memanggil saya untuk menulis artikel ini.
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
Adakah pernyatan sokongan di atas itu selari dengan maksud ayat perintah Allah di bawah ini:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)
Berfikirlah menggunakan akal supaya tidak diperbodohkan oleh alasan-alasan yang tidak masuk akal. Juga berfikirlah menggunakan akal supaya tidak mengatakan artikel ini sebagai sebuah artikel politik dengan alasan-alasan yang juga tidak masuk akal.
Kalau tidak mahu menawarkan penjelasan yang masuk akal di atas dunia ini, maka saya bersama rakyat Palestin akan tetap menunggu penjelasan itu walaupun terpaksa menunggu lama dengan menuntutnya di Akhirat.
"Tinggalkan satu peluru Zionis untuk aku supaya dapat kamu gunakan untuk menembak aku andai aku juga dikatakan menggugat keselamatan negara haram Israel."
-DRIFTER-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
23 comments:
Anonymous2 February 2012 20:17
Assalamualaikum W.B.T Saudara,
Masih ramai lagi yang keliru dan gagal membezakan diantara musuh dan kawan. Semoga mereka2 ini sedar sebelum terlambat dan saya juga inginkan satu peluru tersebut..
Pemburu Syahid,Pulau Pinang.
Reply
ZR-CoManDo3 February 2012 06:39
Salam Drifter,
Padat dan sekaligus membangunkan semangat juang yang tinggi. Dari mati sebagai dayus bersma manusia hipokrit/mementingkan diri, lebih baik mati berjuang dengan hati yang kental menjaga Islam.
Apa pula kata saudara dengan pendedahan beberapa blogger yang mengatakan ia semata2 muslihat untuk mendapat dana PRU dari pelobi2 Yahudi? Kebocoran maklumat dari masyuarat khas PR, Anwar memaklumkan "apa guna berjuang jika poket kosong?"
Reply
DRIFTER3 February 2012 20:03
salam kepada kedua-dua saudara yang menulis komen di atas.
ada pula yang mengatakan Perjanjian Persempadanan 1967 adalah method penubuhan negara haram Zionis Israel yang diiktiraf. Itu kata mereka (PBB dan dunia barat) bahawa Israel diiktiraf melalui method itu.
kalau mahu mengikut (bersetuju) kata-kata PBB dan dunia barat dalam soal pengiktirafan terhadap negara haram Zionis Israel, maka orang Islam tidak bersetuju.
sama la juga kalau orang kafir kata babi itu halal bagi mereka, adakah kita juga mahu mengatakan babi itu halal kepada kita? kita tidak boleh mengikut kehendak nafsu mereka. noktah. ini baru noktahnya yang jelas noktah.
kalau penyokong Zionis itu jadi PM, saya secara sinis yakin ramai di kalangan kita yang pro-Palestin akan 'ditembak' mati oleh Zionis apabila mendapat lampu hijau kerana mengeluarkan kata-kata atau melakukan perbuatan yang 'mengancam keselamatan negara haram Israel.'
kerana apa? kerana dia sendiri berkata: "Saya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel."
rakyat Palestin pernah berkata kepada saya, mereka akan beramai-ramai meludah ke atas mana-mana orang Islam yang khianat dan menyebelahi Zionis, mereka akan ludah sehingga pengkhianat itu mati lemas dalam air ludah mereka sendiri.
Reply
Anonymous3 February 2012 21:47
assalam,
didalam forum carigold, ada seorg forumer yg bernama azlanhusin,dia membuka thread dan membuat pool di thread itu,pool itu bertajuk adakah anda akan menyokong pemimpin itu jika dia menyokong untuk menjaga keselamatan negara israel.ramai yang membantah tetapi selepas direveal siapa pemimpin itu.penyokong fanatiknya meroyan dan mengatakan itu fitnah terhadap dsai,mereka berkata spin sana,spin sini...
banyak sungguh penyokong fanatik dsai..
Reply
Anonymous3 February 2012 22:03
tu la kalau jadi penyokong taksub yg tak ikut perkembangan semasa. bila dah reveal yg ckp tu DSAI, mula la tak boleh terima kenyataan. DSAI pun tak nafikan yg dia ckp mcm tu dlm wall street jurnal, dia cuba bagi keterangan yg tak masuk akal utk tutup kesalahan dia, tu ada la dlm berita susulan dlm wall street jurnal.
mmg jenis dasar pengikut yg tak pakai otak. tak ikut perkembangan semasa. mmg kena tipu bulat2 la puak2 bodoh tu.
Reply
Anonymous3 February 2012 23:31
kalau kita semua kena tembak pun DSAI takkan kecam zionis. mungkin dia akan kata 'sape suruh engkorang gugat keselamatan Israel? ambik la korang mampus kena tembak sbb gatal sgt nak gugat Israel.'
Reply
Anonymous4 February 2012 00:58
Dari mana datangnya sumber pendapatan Anwar Ibrahim? anwar hidup mewah, banyak duit utk support belanja jentera parti, program2 parti pkr pun guna duit banyak, tapi dari mana semua sumber duit tu datang?
pengikut2 taksub tak pernah pikir ke semua tu?
pengikut2 pakatan jgn la asyik nak persoal isu NFC shahrizat jalil je, persoal la pak sheikh anwar tu sama, tanya pak sheikh tu dari mana dia dapat duit.
@putra
Reply
Anonymous4 February 2012 09:27
Masa depan dia dia dah jual kepada Yahudi USA tu, dia kena la tunjukkan sikap memihak, jika tidak semua dana dihentikan, kebulurlah dia. Dia pergi Turkey tu sebagai helah sahaja takut ada yang kesan dapat duit Soros kot....... fitnah, firnah, fitnah......... kata mamat tegar.
Reply
dean5 February 2012 19:13
salam....
bnyak komen menunjukkan ada unsur-unsur fitnah.....
sy bkn nk menyokong DSAI, tp jngn fitnah tnpa bukti kukuh.....besar dosanya lebih dr membunuh tau...niat asal suci tp bila dh taksub sngt dgn kajian sendiri hngga jurus kearah fitnah dh jd keji....brhati--hati kawan2...
klau nk tau sngt betulke DSAI ini munafik, mntk petunjuk ALLAH bangun tngh malam solat, rajinkan diri bangkit tngh malam, InsyAllah Allah bg petunjuk.....dlm masa sama bleh dkatkan diri dgn Allah......
Buat kajian tentng isu semasa tak salah, tp kena ingt ilmu yg kita duk pikir ni Allah bg, ilmu yg baik apabila kita tawakal kpd Allah, ilmu yg xbaik sebab duk rasa diri kita bagus sehngga kita lupa kpd yg haq....
lama kelamaan sifat-sifat xelok kita yg terbuku dlm hati terzahir kluar tnpa kita sedari tp orng lain perasan....
nasihat ini adalah dr sy yg jahil utk semua orng dan diri sy sendiri...
Reply
DRIFTER5 February 2012 20:16
salam,
dean, apa pula bukti yang anda ada untuk buktikan yang kata-kata "saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel" itu tidak bermaksud seperti yang diucapkan?
saya menunggu jawapan.
Reply
Anonymous5 February 2012 20:51
dean,
bukti yang macam mana lagi yang dimahukan?
dari apa yg aku faham, entri ni brcakap pasal ayat yg DSAI cakap kat wall street journal. tak ada perkara lain selain dari bercakap pasal ayat tu.
apa yg ko paham pasal term "usaha melindungi keselamatan israel"?
@putra
Reply
dean6 February 2012 02:39
ini tiada kaitan dgn DSAI
apa yg sy nk bgtau....
jgn prcaya dgn musuh Islam....
wall street juga yahudi...
prcaya hanya kpd Allah...
kita xkan tau isi hati manusia kecuali orng yg sentiasa brmunajat dgn Alah
akhir zaman ni(sbnarnya spnjang zaman) hanya Allah saja yg tau...
mntaklah ptunjuk dari Dia, Dia akan tunjuk yg mana hak yg mana batil.....
xpercaya tryla....
barulah kita tak meraba-raba dan konfius....
dlm dunia internet tnpa sempadan ini...brhati-hatilah stiap ayat yg kita taip...jika ia betul mengandungi fitnah, maka kita telah memasang bom berangkai yg amat dasyat.....dosanya Allah saja yg tau...secara xsedar kita telahh menanam sifat kbencian dlm diri orng yg membaca entri kita.....dan pnyebaran fitnah ini akan jd mcm MLM
konfius, xtau yg mana betul dan salah akhirnya ikut kata orang.... semua ini adalah lumrah akhir zaman....
apa perlu kita buat ialah jngn pisahkan kalimah sahadah kita dlm kehidupan seharian.....
pg mengaji ilmu tauhid, hunjamkan betul2 kalimah ini dlm hati kita dulu.....
gigit kuat2 smpai akhir hayat kita....
minta maaf banyak2....
Reply
Anonymous6 February 2012 19:47
dean,
mmg wall street jurnal tu milik yahudi. tapi agak-agaknye... kenapa anwar tak nafikan kenyataan tu dgn penjelasan yg masuk akal ye... hmm..kenapa dia tak nafikan ye... kalau dia berani, apesal dia tak nafikan & kata dia kena fitnah dgn wall street jurnal... hmm... pikir la ye..
@putra
Reply
Anonymous7 February 2012 01:45
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” – Anwar Ibrahim, seperti laporan Wall Street Journal.
Terjemahan: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”
** secara genetiknya, sejarahnya, biologinya dan secara amnya orang melayu islam elergik dgn perkataan yahudi dan isreal. walaupun mungkin setiap hari kita beli dan minum starbuck coffee, makan mcdonald lunch set, tapi nun jauh disudut hati kecil masih ada rasa tidak menyetujui negara haram zionis israel dan ada masih sedikit rasa simpati terhadap penderitaan rakyat palestine.
tetapi tiba2 bila ada orang "melayu islam" dari malaysia secara terbuka dan bersahaja dipentas antarabangsa menyokong negara haram zionis israel...apa ke halnya..??
"oohh..bukan...ia merupakan suatu konspirasi. kerajaan malaysia, najib dan umno telah mengupah wall streat journal supaya menyiarkan artikel sedemikian rupa utk memburukkkan reputasi orang itu....." benarkah begitu..??
artikel ditulis dan dikeluarkan setelah meneliti PELBAGAI SUMBER SAHIH yang saling berkaitan, ia ditulis dgn penuh yakin tanpa rasa keliru dan bingung. ia ditulis dgn penuh rasa tanggungjawab dan rasa kesedaran bahawa orang itu sgt berbahaya. dgn pelbagai wajah yg ada adanya, ramai khalayak yg masih tertipu dgn lakonannya walaupun sedikit demi sedikit sekarang orang itu sudah mula menunjukkan wajahnya yang sebenar. tetapi ada khalayak yg masih rasa sayang utk melepaskannya dek kerana imej islamik yg masih terpakai pd dirinya.
kaji semua organisasi yg berkaitan dgnnya, kaji siapa georgetown university tempat orang itu menjadi fellow jemputan, kaji siapa hopkins universiti tempat anak sulungnya mendapat master...rajinkan diri mengkaji semua tentetan peristiwa dari 'kesudian' pemimpin amerika turun ke malaysia semata2 utk menyokong orang itu bila dia berdemo reformasi pd tahun 1998
rajin-rajinkan mengkaji dan lihat perkaitan diantara satu peristiwa dgn peristiwa yg lain disamping berdoa di 1/3 malam memohon supaya negara kita selamat dari kena jual kepada zionis oleh orang itu....kaji dan kaji....
ini bukan lagi soal fitnah atau gossip tingkap makcik gayah dan rakan2nya di flat sri wangi terhadap orang itu, tetapi ia melibatakan keselamatan negara dan rakyat seluruhnya.
malam nanti kita mungkin masih boleh bangun malam dan berdoa, tetapi adakah malam2 seterusnya kita masih boleh bangun malam jika tentera israel masuk kerumah kita, mengikat tangan dan mulut org2 lelaki, merogol ibu,isteri dan anak2 perempuan didepan mata dan menembak mati anak2 kecil zuriat kita?? dan tentera israel berkata dgn selamba bahawa mereka terpaksa melakukan semua itu demi keselamatan diri mereka yg terancam oleh kita?? adakah kita pernah terfikir bhw perkara seumpama itu tidak akan terjadi disini?? adakah kita yakin negara ini akan aman selama2nya??
bangunlah malam dan teruskan berdoa memohon petunjuk dari Tuhan demi keselamatan negara dan rakyat seluruhnya, dan bukannya semata2 utk orang itu sahaja....
p/s....ambil sedikit masa utk rajin mengkaji disamping terus berdoa.....yg pahit itulah ubat sebelum semuanya terlewat bila zionis sudah mula masuk ke rumah kita dan berbuat sesuka hati (demi keselamatan negara haram israel??)
Reply
Anonymous7 February 2012 02:08
wall street journal itu yahudi, nokia itu yahudi, facebook yg setiap waktu kita log on dan bergossip itu pun yahudi, hampir keseluruhan sistem hidup kita ada pengaruh yahudi....kfc malaysia yg dipunyai jcorp itupun lesennya dari yahudi...
tetapi sematkan dihati bahawa orang melayu islam itu adalah satu, kita sayangkan semua mereka, termasuk juga 'sayangkan' orang itu kerana dia telah termakan racun zionis yahudi. lihat orang islam itu sbg satu..dan hanya satu...tidak terpisah-pisah. label2 pas, umno, pkr mahupun melayu dap itu hanyalah ciptaan yahudi juga. jgn pakai label2 yahudi keatas saudara2 kesayangan kita.
jikapun terpaksa memberi label, maka kita sayangkan orang melayu islam berlabel 'pas', label 'umno', label 'pkr' dan label 'dap' dan label2 yg lain...sayangkan semuanya dan berdoa utk semua label2 tadi. begitulah seharusnya yg perlu kita lakukan....
Reply
Sricandy's Hubby10 February 2012 00:23
di ambang fisabillilah...
Reply
Anonymous10 February 2012 18:38
Salam sejahtera kepada sahabat2 yg bernafas atas kurniaan Allah...
kupasan yg bagus..entry seperti ini yg ditunggu2...kalau boleh...di printscreenkan sekali artikel di wall street sbagai tatapan dan bahan bukti...so kita tunggu DSAI brani saman atau tak wall street sbub buat fitnah kat dia *kononnya la* stiap pemimpin wajib mengelakkn sebarang keraguan yg boleh mengakibatkn fitnah keatasnya...sebab mewujudkan punca orang dapat dosa melalui fitnah...wajib setakat yg mampu...yg lain bertawakal kepada Allah...
saya stuju dengan pendapat anon feb 7 2:08 AM... berjuang demi agama Islam..bukannya demi kepentingan Individu ataupun utk membalas dendam diatas penganiayaan yg diterima...kerana Allah tidak suka kepada orang yg berdendam..tak kira apa pun...semperna Maulidur Rasul ni...sama2 kita hayati sikap Rasul junjungan kita...tidak berdendam terhadap saidina Umar walaupun saidina umar pernah menyeksa umat Islam ketika beliau belum memeluk Islam...apa guna kita membenci manusia...kerana manusia itu makhluk Allah...benci manusia= benci makhluk ciptaan Allah...cuma kita perlu berhati2 dengan bangsa Yahudi Zionis sebagaimana yg telah Allah khabarkn di dalam Al-QUran NurKarim...kerana sifat mereka yg sentiasa tidak senang dengan Umat Islam.
dari pemerhatian saya..skripnya hampir sama seperti di Mesir,Palestin,Afghanistan dan Lubnan:) cara menjatuhkn Negara Islam...adalah dengan memburukkn kepimpinan negara.negara tak stabil...kuasa luar mudah campur tangan..
kuasa orang Muda Islam amat digeruni oleh Yahudi Zionis...Zionis tidak akan duduk diam melihat perkembangan muda mudi di negara ini yg kembali dekat dgn Islam dan Alim ulama...masanya hampir tiba...bersedialah kawan-kawan :)
Reply
Anonymous13 February 2012 04:34
assalamualaikum...
kenapa wartawan WSJ menyoal anwar berkenaan israel?? kenape soalan itu timbul? adakah untuk menjerat anwar? atau sekadar berkongsi pendapat dengan anwar? sekiranya anda ditempat anwar, disoal soalan yang sama, di tempat yg sama (bkn di malaysia) , walaupun kamu org umno ke pas ke pkr ke.. x kisah la kan.. so ape jawapan yg paling sesuai dan bahase paling ideal boleh kamu jawab mengikut kebijaksanaan kamu? adakah jawapan yg bakal kamu berikan akan menggugat keselamatan dan keamanan negara kamu? atau hanya diri kamu shj yg tergugat?? adakah kamu mahu negara malaysia tercinta ini dianggap pengganas? adakah kamu mahu?? fikir-fikirkn la.....
Reply
Anonymous13 February 2012 06:21
salam..
wah..anon di atas tu dah mula bunyi membela anwar.
anon, cuba ingat semula apa yang tun mahathir cakap kepada dunia mengenai israel? tun mahathir berani keluarkan kenyataan yang menghentam israel dan dilaporkan dalam akhbar2 dunia masa tu. kalau tun mahathir berani hentam israel dengan tegas dan selamba, kenapa anwar mesti kecut telur?
fikir-fikirkan la...
-Anon jugak
Reply
Anonymous13 February 2012 06:27
tambah sikit lagi....
anwar boleh nafikan, tapi kenapa dia tak nafikan kenyataan tu & saman wartawan WSJ yang tanya soalan yang 'bukan-bukan' tu...
oh ye ke.. nak selamatkan malaysia dari kena label pengganas, so kena ikut keluar kenyataan sokong israel la ye... bijak bijak... respek la lu bro.. lu memang bijak...
Reply
Anonymous13 February 2012 07:08
hahaha.....temuramah dan jawapannya boleh di'preset mengikut kehendak dan tujuan tuan punya syarikat penerbitan
wsj akan panggil orang2 yg berkepentingan saja.
jawapan yg diberikan mewakili pemikiran kamu. jika sokong israel maka kamu adalah sekutu israel dan sebelah kaki israel sudah ada di negara ini. bila tun m menentang israel bermakna dia tidak redha dgn negara haram israel dan jalan zionis utk menguasai malaysia menjadi sedikit payah.
setiap pemikiran dan jawapan seseorang pemimpin definitely mempengaruhi kesejahteraan rakyat dlm negara nya...
kecuali kalau makcik gayah yg memberi jawapan, mungkin hanya rakan2 gossip tingkapnya di flat sri wangi sahaja yg akan terjejas.
jgn berangan nak berada di tempat orang tu....minta dijauhkan Tuhan...cukuplah satu melayu islam je yg menjadi proksi zionis (itu pun sudah cukup menyeksakan...)
tak perlu tunggu malaysia ni dianggap negara pengganas.
telah byk percubaan dilakukan oleh barat utk menyabitkan malaysia dgn rangkaian dan aktiviti pengganas...seperti pengeboman di india disuatu waktu dahulu, mereka cuba menyabitkan pengebom berani mati itu dgn negara malaysia - konon dia ada akaun bank di malaysia, memegang passport malaysia dan menerima sejumlah wang dari malaysia.
bukankah seberapa banyak demonstrasi jalanan yg telah dipelopori oleh orang itu adalah dgn tujuan utk memberi gambaran buruk ttg malaysia?? mereka amat mengimpikan setiap demo itu berakhir dgn peristiwa berdarah dan kematian serta huru-hara. kemudian diikuti dgn pengebom berani mati dan ia akan dianggap sebagai pejuang militan. contohnya jika negara tidak bertindak terhadap pejuang militan, maka kita sudah dianggap menyokong pengganas
apa punya fikiran??....orang dok sebuk promosi kebaikan dan potensi pelaburan dlm negara. tapi ada pulak manusia yg sebok dok canang negara yg dia juga duduki ni teruk dan huru-hara dgn harapan nanti usa/pbb/nato datang dan tolong rakyat utk dptkan pembelaan....
anyway...bagi rakyat malaysia yang faham ....pengganas ialah pengganas komunis...(sorry topik lari pulak)
always think for the worst that could happen kalau masuk bab2 zionis israel ni....
ingat....israel amat mengimpikan negara malaysia...mereka akan cuba sedaya upaya at all cost utk menguasai negara.....adakah kamu tidak percaya???...lebih baik kamu percaya sebelum ianya terlambat....sebelum askar zionis masuk ke rumah kamu, mengikat tangan kamu, merogol warga perempuan didepan mata kamu dan membunuh warga kanak2 juga didepan mata kamu...adakah ini yg kamu mahu?? fikir-fikirkn la.....dan adakah ini yg kamu mahu?? fikir-fikirkn la.....
lihat dari sudut yg berbeza....lihat dari sudut yg lagi satu....
Reply
Anonymous1 April 2012 11:35
Assalamualaikum....
Sy bersetuju dengan pandangan dean ( dean Feb 5, 2012 07:13 PM ).
sekiranya anda baca semula comment2 dlm post ini...jujur dan ikhlas saya katakan, alhamdulillah, kebanyakannya berpandukan bukti yg jelas dan penerangan yang meyakinkan...cuma, terdapat segelintir yg mengeluarkan penyataan dikhuatiri lebih kepada pendapat personal serta bukti yg kurang jelas..ini akan membawa kepada fitnah...
Saya suka mengambil sedikit petikan dari dean:
"dlm dunia internet tnpa sempadan ini...brhati-hatilah stiap ayat yg kita taip...jika ia betul mengandungi fitnah, maka kita telah memasang bom berangkai yg amat dasyat.....dosanya Allah saja yg tau...secara xsedar kita telahh menanam sifat kbencian dlm diri orng yg membaca entri kita"
Terima Kasih.
Reply
Anonymous15 April 2012 17:33
salam semua,,
anda boleh tengok video kt youtube pasal persidangan parlimen berkaitan isu ini,,vid ini tidak diedit suara dan perjalanan persidangan,cuma di"+" sedikit teks..
>jinbei<
Reply
No comments:
Post a Comment