Written by UT: 29 May 2012
Nota pendek: Level - umum, biasa
“Masalah besar akan tercetus dan membawa manusia ke ambang revolusi global yang menjunjung hak-hak global, akan berlaku krisis besar, dan pada waktu itu bangsa-bangsa manusia mengharapkan satu penyelesaian kedamaian yang lebih bermakna, lebih adil. Kita sudah lama menyediakan jawapan kepada masalah itu sejak sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, jawapannya ialah New World Order yang mana manusia tidak lagi terkongkong atau bersengketa (apabila sekularisme dan liberalisme dijadikan pegangan baharu manusia demi kedamaian).” – David Rockefeller.
“Jabatan Setiausaha Pertahanan Amerika bersedia menawarkan pilihan ketenteraan kepada rakyat Syria dan lain-lain dunia Arab bagi menamatkan kekacauan di rantau itu yang semakin menjadi-jadi. Kita sedia berbuat demikian apabila mendapat persetujuan (persetujuan mandat dunia melalui kempen perang?).” – Pegawai Kanan Polisi Ketenteraan Amerika, General Martin Dempsey.
-----
SETIAP situasi tekanan atau krisis yang mendorong ke arah perang saudara di rantau Arab dan dunia Islam kebanyakannya (bukan semua) direncanakan oleh dalang-dalang yang bekerja untuk pihak gelap.
Dalang-dalang daripada pihak gelap itu pula melantik proksi-proksi daripada kalangan mereka sendiri bagi menjayakan pelan terbesar dalam sejarah manusia, ke arah New World Order yang lebih fizikal. Proksi-proksi itu pula kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang yang mempunyai darah Yahudi Zionis, sebahagian pula Yahadut Mizrah.
Matlamat asal ialah meletakkan semua negara yang tidak sekepala dengan hawa nafsu Zionis supaya berada di bawah tapak kaki Zionis yang menjanjikan kenikmati syurga dunia. Matlamat itu pula akan berusaha dicapai melalui apa jua cara sama ada dengan cara War Bucks Scheme (skim wang perang), Fire Sale, demokrasi liberal atau sebagainya yang dijalankan dengan pelbagai taktik sebusuk-busuknya melalui bantuan proksi-proksi untuk mencapai nikmat sekular.
Demokrasi memang satu senjata yang hebat bagi membolehkan Zionis mengheret umat manusia ke arah perpecahan, ia juga adalah antara senjata pilihan awal. Melalui demokrasi, proksi-proksi mengikut rentak demokrasi itu sendiri untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam sesebuah negara.
Apabila proksi gagal memperoleh kuasa melalui cara demokrasi, maka para pengikut proksi itu pula akan diheret ke kancah huru-hara untuk menggulingkan pemerintah sedia ada sebagaimana yang telah berlaku di Libya. Huru-hara pula adalah senjata berikutnya. Setelah pemerintah itu berjaya digulingkan oleh para pengikut yang dungu melalui episod huru-hara, keadaan sebaliknya berlaku apabila keamanan masih gagal dikembalikan. Kesannya, keadaan huru-hara berlarutan.
Dalam keadaan huru-hara, proksi masih tidak dapat menikmati kuasa pemerintahan di negaranya walaupun pada pengikutnya telah berjaya menggulingkan pemerintah terdahulu. Ia kerana kuasa pemerintahan di negara itu bukan milik proksi itu dan para dalang besar juga tidak pernah dijanjikan kuasa kepada proksi itu.
Dalam situasi huru-hara berlarutan juga, PBB semestinya memantau rapat terhadap negara yang bergolak itu melalui resolusi-resolusi yang mempunyai taring-taring tertentu. Tempoh pemantauan ini menyebabkan negara bergolak itu disekat hak mereka untuk menubuhkan kerajaan baharu buat beberapa tempoh sehingga keadaan diyakini sedikit pulih. Oleh sebab itu, proksi yang bekerja untuk pihak gelap itu masih belum dapat menikmati kuasa pemerintahan meskipun pemerintah terdahulu telah digulingkan oleh para pengikutnya yang menuntut apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka.
Jika kita meneliti kebanyakan kes di negara-negara yang pernah bergolak atau berperang saudara (sila rujuk perkembangan), kita akan dapat melihat dengan jelas lagi terang bahawa pihak yang memberontak itu masih gagal melantik pemerintah dari kalangan pemimpin mereka sendiri. Dalam keadaan itu juga, terselit alasan-alasan yang dikeluarkan oleh PBB (akibat campur tangan Amerika) terhadap keengganan mereka mengiktiraf para pemimpin kumpulan memberontak itu daripada diangkat menjadi pemerintah.
Perkara yang dapat dilihat di sini ialah, proksi yang menjalankan pemberontakan itu tidak akan diangkat menjadi pemerintah, ia kerana PBB dan Amerika akan sentiasa memberi alasan-alasan untuk tidak membenarkan keadaan itu terjadi. Proksi tidak akan mendapat apa-apa habuan pun. Ia kerana kuasa membuat keputusan itu bukan milik proksi, ia juga kerana proksi itu sudah dijerat lebih awal supaya tunduk kepada tangan-tangan dalang dan tuan-tuan mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah, akan ada individu lain yang diangkat menjadi pemimpin berlandaskan alasan-alasan PBB dan Amerika juga (sila rujuk kes krisis pentadbiran di Afghanistan yang sentiasa ada kontradiksi dengan syarat-syarat Amerika).
Punca huru-hara ialah satu sudut yang tidak wajar ditenung rapat. Sebaliknya, matlamat huru-hara itu lebih wajar dilihat dengan sangat halus teliti. Huru-hara akan menyebabkan rakyat jelata terkapai-kapai mengharapkan keadaan kembali pulih, ia juga menyebabkan rakyat jelata tercungap-cungap mengharapkan ketua pemberontak mereka diangkat menjadi pemerintah, namun keadaan yang berlaku adalah tidak seperti yang diharapkan. Keadaan seperti itu memang terjadi dalam banyak kes.
Setiap negara (kebanyakannya melibatkan negara-negara Islam dan negara Arab) yang tidak sekepala dengan kehendak hawa nafsu Zionis dan Amerika terpaksa melalui saat huru-hara, rakyat jelata di negara-negara terbabit akan diheret ke arah huru-hara. Ia adalah untuk menjayakan dua pelan besar iaitu The Greater Israel State dan The Greater World State yang berpaksikan nafsu-nafsi sekularisme. Kedua-dua pelan besar itu perlu dijayakan walau dengan apa cara sekali pun.
Tidak ada sebuah negara orang Islam pun yang akan terselamat daripada angkara kerja jahat kaum kafir, ia kerana Rasulullah telah mengkhabarkan semua itu pada lebih 1,400 tahun yang lalu.
“Dari Anas bin Malik, beliau mendengar Rasulullah bersabda : Tidak ada satu negeri pun (tempat-tempat orang Islam) yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah (diperintahkan Allah untuk) menggoncang penghuninya tiga kali (seperti gempa bumi), sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik (yang menyusup di kedua-dua kota suci itu pada waktu pembersihan dan pembezaan).” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam memahami maksud hadis itu, kita selalunya lebih memberi penekanan terhadap ayat pertama yang memberi jaminan keselamatan umat Islam yang berada di Mekah dan Madinah, namun kebanyakan kita gagal memahami maksud ayat kedua yang ditandakan merah sebagaimana petikan hadis di atas.
Ayat kedua dalam hadis itu menyebut: “Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik.” Ayat kedua ini memberi maksud supaya kita berhati-hati dengan dua golongan itu (kafir dan munafik) yang hidup di celah-celah kamu semua (umat Islam). Ayat kedua dalam hadis ini juga memberi pengetahuan ilmu perang dan pertahanan yang sangat berguna.
Kita ambil ayat itu sebagai panduan untuk memahami keadaan yang berlaku di seluruh dunia Islam. Musuh tidak akan dapat menembusi kekuatan benteng pertahanan mana-mana negara sekalipun sekiranya mereka tidak mempunyai maklumat risikan pihak dalaman di kubu pihak yang hendak diserang. Musuh melalui rangka strategi semestinya melantik beberapa perisik untuk mendapatkan maklumat yang cukup sebelum melakukan serangan terhadap kubu.
Jadi, perisik yang dilantik itu adalah dari kalangan pihak musuh itu sendiri yang hidup bersama di celah-celah masyarakat yang hendak di serang. Jika musuh itu kafir, maka perisik itu juga dari kalangan mereka yang kafir. Perisik itu hidup seolah-olah seorang Islam di celah-celah umat Islam supaya mendapat kepercayaan orang Islam, walhal dia tidak Islam, malah munafik. Oleh itu, perisik itu boleh dikatakan sebagai proksi yang dilantik musuh dalam konteks ini.
Perisik dan proksi itu adalah taktik yang biasa diguna pakai oleh setiap kerajaan atau tamadun dalam usaha meruntuhkan negara-negara musuh demi mengukuhkan kedudukan masing-masing. Ia adalah ilmu perang dan pertahanan yang telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu.
Jika dilihat dalam kekacauan yang berlaku di negara-negara Islam, maka ia sememangnya ada proksi yang bertindak mencetuskan huru-hara selepas mendapat arahan tuan-tuan mereka. Proksi-proksi itu juga bersepah wujud di setiap negara Islam yang mahu diruntuhkan, ia termasuk di kota Mekah dan Madinah.
Dalam konteks huru-hara yang tercetus atau yang bakal tercetus, kewujudan proksi yang bekerja untuk tuan-tuan mereka adalah suatu perkara yang tidak dapat ditolak. Huru-hara atau pertelingkahan ideologi adalah perkara terpenting bagi mewujudkan kelemahan sesuatu pihak. Sama juga seperti golongan munafik yang mencipta Syiah bertopengkan kecintaan terhadap Ahlul Bait untuk memecahkan perpaduan umat Islam.
Tugas-tugas proksi antaranya ialah untuk mencipta peluang kepada tuan-tuan mereka supaya dapat menyusun langkah seterusnya. Peluang kedua selepas gagal mendapatkan kuasa melalui demokrasi pula ialah huru-hara untuk menggulingkan pemerintah yang dijayakan melalui jalan yang tidak demokratik. Proksi-proksi pula mengasuh minda para pengikut supaya menuntut apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka yang dicanang melalui pelbagai slogan rakyat yang menyemarakkan semangat radikal yang penuh jiwa rebel ke arah kehancuran, slogan-slogan yang menyemarakkan fight for your rights.
Pada masa yang sama apabila semua pihak mula menuntut hak-hak mereka, maka perlahan-lahan manusia menuju ke arah liberalisme dan kemudian sekularisme. Untuk menjayakan sekularisme, maka liberalisme harus dijayakan terlebih dahulu.
Apabila semua pihak menuntut hak-hak mereka, maka golongan yang tidak sepatutnya juga akan bersama-sama menuntut hak-hak mereka walaupun bertentangan dengan agama. Jika hak itu tidak dipenuhi, maka mereka akan mempersoalkan pula mengapa mereka tidak mendapat hak-hak mereka sedangkan setiap orang djanjikan hak sama rata. Demi hak yang dituntut, maka perintah agama akan ditolak ke tepi atas nama hak sama rata, perlahan-lahan terjadilah sekularisme. Dengan sendirinya, dunia menuju ke arah Novus Ordo Seclorum tanpa perlu dipaksa-paksa lagi.
-----
Rangka kerja Zionis untuk mendirikan The Greater Israel State semakin menampakkan hasil. Pertama langkah yang diambil di dunia Islam, mereka bersama golongan munafik (proksi) telah mencipta Syiah sejak lebih seribu tahun lalu. Kesannya, wujudlah golongan Syiah di dunia Arab. Akibatnya, umat Islam berselisih dengan golongan Syiah dan terjadilah huru-hara di dunia Arab dan beberapa tempat lain di dunia Islam. Apabila berlaku huru-hara, mereka menawarkan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian. Sebaliknya, ada taring yang tersembunyi dalam senyuman yang diberikan semasa penyelesaian itu ditawarkan.
Maka tidak hairanlah jika Martin Dempsey menawarkan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku di Syria. Jerat yang dipasang sejak lebih seribu tahun lalu sudah mula membuahkan hasil, menjadi mangsa ialah umat Islam yang bersengketa dengan golongan Syiah. Dalam suara garang Iran beraksi wira menyembur Israel, tidak pernah sebutir bom pun dihantar Iran ke bumi haram Israel. Permusuhan yang diwayangkan dengan skrip-skrip dan plot-plot mendebarkan melibatkan Mossad dan sebagainya untuk membiarkan kamu semua terbuai dalam kelekaan minda sintetik.
“Daripada Abi Bakr al-Siddiq, beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Dajjal (bersama 70,000 pengikut) akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan (Parsi, Iran).” – (Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Itu dari segi huru-hara antara golongan Syiah dengan umat Islam di rantau sebelah sana. Di lain-lain negara Islam pula, huru-hara tetap direncanakan melalui senjata yang lain pula, senjata yang menjanjikan hak sama rata, senjata yang menjanjikan kesenangan hidup (bagaikan hidup di syurga) tanpa perlu lagi untuk bersusah payah, senjata yang menjanjikan kekuasaan melalui hak-hak yang berorientasikan kemanusiaan, semua itu adalah senjata yang bertujuan bagi mewujudkan perselisihan.
Apabila ada yang tidak bersetuju dengan hak-hak yang diperjuangkan sebilangan orang itu, maka wujudlah persengketaan. Kesannya, huru-hara tercipta sehingga keamanan tumbang bagi mendirikan pemerintahan baharu yang menyokong hak-hak itu semua.
Jika semua tidak bersengketa atas sebab semua bersetuju untuk menjalankan hak-hak itu semua, maka lebih cepatlah manusia itu memeluk agama orde baharu dunia iaitu agama sekularisme. Dalam apa keadaan sekalipun, sekularisme akan mencapai matlamatnya di bawah panji hawa nafsu para sekularis Yahudi dan Nasrani. Matlamat itu boleh diranapkan sekiranya umat Islam bersatu hati menolak perpecahan dalam pengertian bersatu padu yang sebenar-benarnya.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)
Jadi, sudah fahamkah kamu semua mengenai kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani? Sudah fahamkah mengenai apa yang mereka inginkan? Sudah fahamkah mengenai apa yang bersembunyi di sebalik slogan-slogan yang diperjuangkan? Slogan itu semua adalah bahan-bahan sintetik yang disuntik ke dalam minda manusia. Maka, perjuangan itu pula menjadi perjuangan yang sintetik penuh tipu daya dan sebagai hiburan untuk sekularis Yahudi dan Nasrani semata-mata.
Manusia yang dungu akalnya dijadikan zombie-zombie dalam filem fiksyen rekaan yang diwayangkan untuk hiburan mereka. Mereka bertepuk tangan apabila melihat ‘zombie’ dan manusia bersengketa, terhibur mereka apabila melihat lebih ramai bertukar menjadi zombie akibat digigit oleh zombie-zombie yang lain. Apabila semua zombie terpinga-pinga kerana semua manusia sudah menjadi zombie, maka keluarlah mereka iaitu para sekularis Yahudi dan Nasrani untuk menjadi orang paling cerdik untuk memimpin sekalian zombie yang sudah dungu kehilangan akalnya.
-----
Dalam pelan besar The Greater Israel State, sebahagian Arab Saudi (yang mana sempadannya tidak begitu jauh daripada kota Mekah) adalah termasuk dalam tanah ‘rizab’ The Greater Israel State.
Kota Madinah termasuk dalam pelan rizab itu. Sempadan pelan itu pula itu sangat hampir dengan kota Mekah.
Fahamkan kembali hadis ini:
“Dari Anas bin Malik, beliau mendengar Rasulullah bersabda : Tidak ada satu negeri pun (tempat-tempat orang Islam) yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah (diperintahkan Allah untuk) menggoncang penghuninya tiga kali (seperti gempa bumi), sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik (yang menyusup di kedua-dua kota suci itu pada waktu pembersihan dan pembezaan).” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika ada manusia di dua buah kota itu yang melaungkan slogan dan motif demokrasi yang menjadi senjata perpecahan umat manusia serta menggalakkan pemberontakan (bughah) terhadap pemerintah atas nama demokrasi liberal, maka wajarlah Arab Saudi berasa curiga dan mengambil apa sahaja tindakan.
Dan jika bumi Madinah bergoncang pada ketika slogan bermotif demokrasi hak sama rata itu dilaungkan, sudah pasti para pendukung demokrasi itu bertempiaran lari meninggalkan Madinah kerana ketakutan.
----
Sesungguhnya, akhir zaman itu adalah zaman yang penuh dengan kejadian huru-hara.
Janganlah kamu menjadi orang-orang yang mencipta, memulakan dan melakukan huru-hara.
Their mission is to occupy Islamic states
[ Nota ADMIN: Nota ini tidak lengkap dan terlalu umum, untuk memahami maksud nota ini, sila follow the evidence.]
-UMAT TERAKHIR-
.
No comments:
Post a Comment