Saturday, 6 July 2013

Di celah-celah kamu semua

Written by UT: 12 Jan 2012


MENGENAI Yahadut Mizrah di bumi Melayu moden hari ini, kita tinggalkan dahulu persoalan itu walaupun kenyataan-kenyataan mengenainya agak menarik untuk digolekkan kepada kamu semua.


Seperti telahan salah seorang pembaca (Muzaffar Mahawangsa) yang mengatakan bahawa terdapat sekumpulan pengembara Arab yang mengekori perjalanan darat Yahadut Mizrah sehingga ke Tanah Melayu, juga terdapat keterangan mengenai perkara itu.


Namun, kita perlu mencari lebih banyak rujukan silang (cross reference) daripada pelbagai sumber dari semua arah untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara itu. Malah, dalam kelompok pengembara Arab itu juga terdapat individu-individu yang mempunyai darah Arab-Yahudi, maka sebahagian daripada ahli pengembara Arab itu juga (walaupun tiada bukti kukuh) boleh dikatakan sebagai Yahadut Mizrah Semitik.


Mengatakan sebahagian daripada pengembara Arab itu sebagai Yahadut Mizrah adalah kurang tepat kerana bangsa Arab dan Yahudi adalah daripada jurai yang sama iaitu Semitik (daripada keturunan Shem bin Nuh). Jika darah benih mereka bercampur melalui ikatan perkahwinan yang melahirkan zuriat sekalipun, mereka tetap bangsa Semit.


Peristiwa Banjir Besar dan Bahtera Nabi Nuh menyaksikan banyak kelahiran peristiwa baru dalam sejarah manusia apabila selepas banjir besar surut dan bahtera terdampar di Urartu (Pergunungan Ararat di Turki). Walaupun al-Quran menyebut bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi (Cudi), pengertian terhadap Bukit Judi juga harus diperhalusi sama ada ia benar-benar merujuk kepada Urartu.


Pun begitu, terdapat struktur menyerupai bahtera besar di Pergunungan Ararat. Ia seolah-olah bahtera Nabi Nuh telah membatu seperti fosil (sebagai satu tanda) untuk disaksikan manusia sehingga Hari Kiamat.


"Maka dengan itu Kami selamatkan dia (Nabi Nuh) dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda kepada sekalian makhluk." - (Quran, al-Ankabut: 15)


Selepas bahtera terdampar, penumpang-penumpang bahtera mula membina penempatan dan tamadun. Malah, keturunan manusia pada hari ini juga adalah daripada keturunan Nabi Nuh yang taat kepada perintah Allah. Anak-anak Nabi Nuh terdiri daripada tiga orang iaitu Shem (Semite), Ham (Hamitte) dan Yafet (Japhite) yang melahirkan bangsa-bangsa manusia.


Mengikut rekod dalam skriptur Yahudi dan Arab, Shem bin Nuh melahirkan bangsa Arab, Yahudi dan beberapa bangsa yang menetap di Timur Tengah dan Asia Barat. Ham bin Nuh pula melahirkan bangsa Afrika dan bangsa-bangsa yang menetap sekitar benua itu. Yafet bin Nuh pula melahirkan bangsa-bangsa yang menetap di Padang Ragut Eurasia yang terbentang dari Eropah Timur hingga sebahagian Asia Timur.


Namun, terdapat keterangan dalam sumber Yahudi yang menjelaskan bahawa Yafet turut melahirkan anak bernama Magog. Keterangan tersebut kemudian bersambung kepada keterangan lain bahawa ia kemudian (keturunannya) menjadi raja di kerajaan Mesekh dan Tubal. Ia bersambung lagi dalam sumber Yahudi yang lain, keturunan itu kemudian hidup di sekitar Padang Ragut Eurasia dan dipanggil Scythia oleh orang Greek (Yunani).


Dari segi jurai, bangsa Scythia turut mempunyai pertalian dengan suku-suku Yahudi yang hilang (The Lost Tribes of Israel). Juga ada keterangan yang bersambung mengenai perkara itu. Mereka kemudian terus berkembang di Asia Timur sehingga Mongolia. Itulah bangsa-bangsa yang lahir dan berkembang di Padang Ragut Eurasia yang gemar berperang, ganas, pagan dan tidak menyembah Allah.


Kemasukan suku Scythia ke Asia Timur juga melibatkan asimilasi yang bertindak memperkembangkan susur darah suku bangsa itu. Ia lalu melahirkan suku Scythia yang bermata sepet dan sedikit rendah (orang Mongolia) berbanding suku Scythia yang hidup nomad di sekitar Eurasia dan Eropah Timur.


Sumber Yahudi daripada Flavius Yosephus mengatakan, suku Scythia itulah Gog Magog yang dimaksudkan dalam Kitab Perjanjian Lama (Bible Old Testament). Orang Yahudi mempunyai pengetahuan mengenai suku Gog Magog yang pernah memporak perandakan dunia melalui siri-siri peperangan dan kemusnahan seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama.


Orang Yahudi pergi bertemu baginda Rasulullah (Muhammad bin Abdullah) untuk bertanya mengenai Zulkarnain dan mereka terkejut besar apabila mengetahui sejarah Zulkarnain sebenarnya mempunyai kaitan dengan Gog Magog. Tidak seperti yang mereka ketahui sebelum itu dalam kitab-kitab lama mereka. Kitab-kitab lama mereka tidak pernah menjelaskan mengenai pertemuan Zulkarnain dengan Gog Magog.

Pada kali pertama pertemuan, Nabi tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak menerima wahyu Allah untuk menjawab pertanyaan itu. Setelah beberapa lama kumpulan Yahudi itu berulang alik setiap hari untuk menuntut jawapan daripada Nabi, wahyu akhirnya diturunkan dan Allah menceritakan ‘sedikit’ mengenai pemerintah agung Zulkarnain serta pertemuannya dengan Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog).


Dalam konteks artikel ini, kita tidak fokus kepada keterangan al-Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj. Tetapi fokus kita ialah orang Yahudi sudah lama tahu mengenai Yakjuj dan Makjuj, pertanyaan mengenai Zulkarnain kepada Nabi juga hanya sebagai mahu menguji kenabian Rasulullah kerana hanya dengan wahyu sahaja akan membuka jawapan-jawapan baru mengenai Zulkarnain dan Gog Magog kepada mereka. Jawapan baru yang tidak pernah terdapat dalam kitab-kitab mereka selama ini.


Orang Yahudi sudah lama tahu mengenai Yakjuj dan Makjuj kerana juga sudah lama mengesyaki bahawa suku Gog Magog mempunyai kaitan dengan suku-suku mereka yang telah lama hilang.


Perjalanan sejarah Gog Magog dalam pelbagai catatan Yahudi dan Greek menunjukkan suku barbar dan nomad itu mendiami sekitar Eurasia. Suku yang pada masa tertentu menjadi askar upahan itu juga suka menyerang dan memusnahkan bangsa-bangsa lain serta merosakkan alam sekeliling di sepanjang laluan mereka untuk mencari tempat menetap.


Beberapa ratus tahun sebelum bermulanya kalendar Masehi, suku-suku itu akhirnya tiba di Asia Timur, sebahagian mereka memilih untuk berkubu senyap di Mongolia, bebas daripada penglihatan orang-orang yang mencatat pergerakan mereka. Zuriat-zuriat yang lahir di Asia pula berkembang di sekitar tanah besar paling Timur di Asia.


Sebahagian yang lain pula terus bergerak di padang ragut Eurasia untuk berperang dan melakukan kezaliman sehingga tiba detik kekalahan dan kemudian bergerak ke Eropah Timur sebelum keturunan mereka berkembang ke seluruh Eropah pula. Semua itu terjadi selepas laluan masuk ke Asia Barat di lereng-lereng bukit dan kaki-kaki gunung sudah ditutup.


Selepas laluan ke Asia Barat ditutup, suku yang menetap di Mongolia terus berkembang di Timur Asia.


Malah, suku Asia yang terlahir daripada Scythia juga digolongkan oleh orang Yahudi sebagai Yahadut Mizrah. Selain itu ditambah pula dengan catatan-catatan moden di Timur Asia juga merekodkan kemasukan bangsa Yahudi di Timur Asia seawal tahun 960 Masehi. Bahkan, suku di Timur Asia itu juga menyimpan rekod tersebut yang merekodkan permulaan kisah suku mereka di sana pada sekitar kurun yang sama.


Gelombang terus berputar dan akhirnya suku Scythia dari jurai orang Mongolia bangkit sekali lagi melakukan keganasan dan kemusnahan yang seterusnya pada permulaan 1100 Masehi. Wilayah-wilayah Islam dihancurkan oleh tangan-tangan suku Mongolia. Sejarah mencatatkan itu semua.


Perkara penting di sini ialah, suku Yakjuj dan Makjuj sudah lama berkembang di Asia, terutama di sebelah tanah besar yang paling timur. Serangan orang Mongolia di kerajaan-kerajaan Islam di Tanah Arab juga menyaksikan golongan pemerintah dan para ilmuan Islam melarikan diri ke sebelah Timur juga. Ada yang melarikan diri melalui jalan laut dan ada juga melalui jalan darat, semua itu ada keterangan dan catatan-catatannya.


Golongan pemerintah dan ilmuan Islam itu pula diburu oleh orang Mongolia untuk dihapuskan. Namun, golongan pemerintah dan ilmuan Islam itu berhijrah untuk meneguhkan agama Allah di sebelah Timur di sudut satah kompas yang agak jauh daripada arah Timur di tanah besar yang paling timur.


Datangnya Islam ke Timur ini bukan sahaja diterangi oleh niat untuk berdakwah di kalangan mereka yang melarikan diri sebagai pedagang. Tetapi ia disulami air mata dan tangisan, keinsafan untuk menegakkan agama Allah di sudut bumi sebelah timur. Mereka sampai ke timur dengan cara mengekori dan diekori. Semua itu bersulam air mata dan percikan darah sebelum sampai ke ‘destinasi yang tersorok’. Juga ada catatan mengenainya yang disimpan kemas.


Sekali lagi ingat, Yahadut Mizrah itu juga dari suku Scythia dan Mongol. Ia dikuatkan lagi dengan rekod kemasukan orang Yahudi ke Timur Asia sejak 960 Masehi. Juga ingat amaran ini, Yakjuj dan Makjuj akan sekali lagi memusnahkan dunia dengan menjadikan penganut agama monotheism (Tauhid) sebagai mangsa terpilih. Ingat, mangsa terpilih.


Sumber sejarah lama Yahudi juga merekodkan penempatan golongan beriman sering diserang oleh golongan barbar dan nomad. Barbar dan nomad itu pula adalah cara hidup suku Gog Magog (Yakjuj dan Makjuj) pada satu masa dahulu. Semua keterangan akan membawa kepada jawapan (follow the evidence).


Soalan baru yang muncul, adakah kamu sungguh-sungguh mengenali musuh-musuh yang telah dijanjikan kepada kamu? Apa yang kamu sedang buat bersama musuh-musuh kamu?


Mahu tahu lebih? Catatan yang disimpan sejak beberapa generasi keturunan sedia dibuka satu persatu, kita tidak berjanji untuk membuka sehelai demi sehelai kepada semua, tetapi insya-Allah andai ditakdirkan untuk membuka helaian-helaian itu.


Kita jadikan catatan sejarah sebagai kompas untuk kita melihat ke hadapan, supaya kita tidak tersesat memilih jalan dan akhirnya terjunam ke dalam gaung kemusnahan paling dalam.


Kita akan bercerita mengenai masa depan dengan sesekali melihat ke belakang supaya kita sentiasa tahu dan sedar bahawa kita sedang mengikut jalan yang betul berdasarkan petunjuk-petunjuk jalan yang kita temui di belakang.


Sentiasa sedar bahawa mereka ada bersama kita, hidup bersama kita di benua ini, rantau ini, mahupun di tanah ini. Apabila tiba masa yang dijanjikan, kita akan dimusnahkan tanpa belas kasihan sepertimana yang sejarah-sejarah lampau mereka telah menceritakan. Peringatan terhadap janji yang mendatang pada masa hadapan itu yang lebih penting.













Ingat


MEREKA ADA BERSAMA KITA.







Nota pendek dari saya,








-STALKER-



No comments:

Post a Comment