Written by UT: 30 Jan 2012
MINDA yang terjerat dalam kekeliruan kompleks serta ketaksuban kompleks adalah seperti penyakit barah tahap empat (fasa akhir kritikal pesakit kanser) yang kebiasannya menunggu maut tanpa dapat diubati lagi. Itu perumpamaannya jika mahu dibandingkan dengan penyakit barah yang boleh kita lihat kesannya secara nyata.
Dalam situasi kompleks ini, minda gagal dalam memproses setiap kewarasan meskipun segala kewarasan itu hadir bersambung-sambung dari semua arah. Kewarasan itu walaupun ia hadir dengan keterangan-keterangan yang memperjelas serta mempertegaskan kewarasannya sekali pun, ia masih akan tetap gagal ‘dihadam’ oleh minda yang sudah terjerat secara kompleks yang kritikal.
Kewarasan yang hadir itu pula biasanya akan bertindihan dengan kekeliruan-kekeliruan baru yang sengaja dihadirkan bagi menenggelamkan semua keterangan yang ada kewarasan yang hadir sendiri atau dihadirkan sebelum itu.
Apabila timbul sesebuah isu yang memperlihatkan bahawa ada ketegasan dalam membuktikan keterangan itu ada kewarasannya, maka kekeliruan-kekeliruan tanpa keterangan berbalas dan tiada kewarasan (keterangan yang tidak membantu memperjelaskan keterangan terdahulu) akan segera dicampak di atas kewarasannya (keterangan yang ada kewarasan) itu sebagai tujuan untuk menenggelamkan kewarasan itu daripada dilihat oleh minda orang ramai.
Akhirnya, keterangan-keterangan yang ada kewarasan dan keterangan-keterangan berbalas yang tiada kewarasan (jangan salah tafsir istilah kedua ini, ia hanya istilah) akan menjadi bertimbun-timbun dalam satu set isu yang kelihatan sama tetapi sebenarnya terpecah-pecah (berbeza).
Kita ambil satu contoh, katakan, seorang itu menimbulkan pertanyaan mengenai kejatuhan golongan sunnah di Iran pada zaman revolusi dan kemaraan golongan syiah dalam politik Iran pada era itu akibat perubahan corak pemikiran sebilangan besar rakyat Iran, pokok pertanyaan itu ialah perubahan corak pemikiran berpolitik (pemikiran yang disuap) yang mendorong tindakan sekumpulan manusia untuk menjatuhkan sekumpulan manusia yang lain dengan mengambil Iran sebagai contoh.
Kenyataan yang diberi itu adalah berdasarkan keterangan yang mempunyai rekod. Namun, kenyataan yang mempunyai kewarasan itu bagaimanapun ditafsir secara salah dan ‘menghukum’ keterangan terdahulu bahawa ia tidak wajar dijadikan contoh kerana situasi Iran tidak sama seperti negara-negara Islam yang lain. Fakta itu akhirnya ditafsir secara sempit oleh minda yang tidak mampu menilai kewarasan yang dihadirkan dari arah itu. Adakah orang yang mentafsir secara salah itu sedang melakukan kesalahan? Tidak, orang itu hanya menjadi mangsa yang kemudian memangsakan orang lain.
Lalu, dipersoalkan pula dari mana datangnya istilah mazhab sunnah dan jamaah serta statusnya sedangkan maksud asal pertanyaan yang ditimbulkan ialah perubahan corak pemikiran berpolitik (pemikiran yang disuap) yang mendorong tindakan sekumpulan manusia untuk menjatuhkan sekumpulan manusia yang lain dengan mengambil Iran sebagai contoh.
Pertanyaan yang asal iaitu (diulangi) perubahan corak pemikiran berpolitik (pemikiran yang disuap) yang mendorong tindakan sekumpulan manusia untuk menjatuhkan sekumpulan manusia yang lain dengan mengambil Iran sebagai contoh itu tidak dijawab, tidak dijawab, lalu menimbulkan pula pertanyaan baru (yang langsung tidak membantu menjawab pertanyaan asal) yang tidak menjawab pertanyaan terdahulu. Dalam situasi itu, kekeliruan semakin bertimbunan sehingga menenggelamkan kewarasan yang cuba dihadirkan untuk mengajak berfikir.
“Kita tidak perlu bertengkar dalam menentukan mazhab mana satu yang betul dan mana satu yang tidak betul, tanggungjawab kita ialah beribadat kepada Allah selepas mengucap pengakuan syahadah. Itu kerana hanya Allah yang mengetahui mana satu yang betul dan mana satu yang tidak betul. Kita hanya perlu taat seperti diperintahkan.” – Imam Shafie
Dalam contoh itu (hanya ambil situasi di atas sebagai contoh) dan untuk memahami kekeliruan minda yang disuapkan kepada tingkat pemikiran manusia secara teratur, kita dapati bahawa terdapat sejenis sikap yang mempengaruhi cara berfikir.
Sikap tersebut ialah melayan ego sendiri dalam konteks berbincang. Fokus terhadap pokok pertanyaan adalah kunci kepada pemanduan pemikiran terhadap meneliti keterangan-keterangan berketerangan yang layak dijadikan jawapan (atau sekurang-kurangnya boleh diterima sebagai jawapan) bagi menjawab pertanyaan asal.
Tindakan tidak menjawab soalan atau pertanyaan pula akan memperlihatkan cara kita berfikir. Ia juga menjadi penanda aras terhadap terma ‘kebebasan’ akal seseorang dalam mentafsir keterangan tanpa kongkongan minda yang condong ke arah nilai-nilai yang dipilih.
Nilai-nilai yang dipilih pula ialah barang kali boleh termasuk sebagai set penerimaan akal terhadap sekelompok manusia, pendapat yang tiada keterangan bersambungan dan disangka oleh seseorang individu sebagai pendirian yang dipersetujuinya, perlakuan atau perbuatan serta kata-kata yang diucapkan.
Minda akan memilih nilai-nilai itu untuk dijadikan pegangan yang disangka sebagai pendirian. Apabila minda dengan secara tegas mempertahankan nilai-nilai tersebut, ia akan kelihatan seperti pendirian, namun ia tidak sesuai ditafsirkan sebagai pendirian, ia sebenarnya lebih condong kepada andaian yang membawa kepada kecelaruan yang jauh daripada jalan-jalan yang menawarkan jawapan.
Dalam konteks berbincang, kita harus faham butir maksud yang diucapkan oleh pihak yang mengajak kita berbincang. Fahami butir maksud, tetapi bukan menghukum butir maksud itu. Ingat, adakah kita ini betul-betul baik? Adakah kita ini betul-betul adil? Siapa yang mengetahui diri kita yang sebenar betul-betul baik atau sebaliknya?
Walaupun pertanyaan itu dilontar tepat ke muka kita, kita sewajarnya memahami pertanyaan itu dan berfikir mengenai butir-butir maksudnya. Kita menggunakan konteks berbincang dalam hal ini. Jadi, cuba fahami mengapa saya memilih konteks berbincang untuk memahami maksud minda yang terjerat dalam kekeliruan kompleks serta ketaksuban kompleks adalah seperti penyakit barah.
Maksud yang rapat dengan minda ialah kemampuan berfikir. Apabila keterangan diberikan melalui satu arah, kita harus berfikir mengenai keterangan itu terlebih dahulu. Apabila keterangan itu tidak dipersetujui, ia harus diperjelaskan terlebih dahulu.
Namun, jika ada keterangan yang bersambung sebagai susulan kepada keterangan yang pertama tadi, ia juga memerlukan kita untuk berfikir sekali lagi. Kalau keterangan itu terus bersambung dan bersambung tanpa ada terputus-putus, maka kita harus berfikir dan terus berfikir. Andai mahu bertanya juga, maka tanyalah dengan soalan-soalan yang boleh membantu memperjelaskan lagi keterangan asal itu tadi. Tetapi bukan dengan cara bertanya soalan yang tidak membantu menjawab pertanyaan awal.
Kita ambil contoh lagi, Abu sekarang sudah kaya sebab menjual pasir sungai dan kayu balak. Kekayaan yang dimiliki Abu itu membuktikan bahawa Abu cekap memajukan syarikat berbanding Awang sebelum itu. Hasil kekayaan itu pula sebahagiannya didermakan kepada penduduk di sekitar. Itu adalah contoh dari beberapa arah, Abu kaya dan penduduk juga dapat manfaat. Adakah itu sebuah pendirian terhadap Abu atau hanya sekadar andaian?
Kita ambil pula dari arah lain iaitu memang benar Abu sudah kaya sebab jual pasir dan kayu balak. Tetapi bentuk muka bumi sudah jadi tidak seimbang kerana banyak hutan ditebang dan pasir dikorek sehingga menjadikan bentuk muka bumi jadi berlubang-lubang, kalau Abu makin kaya ia juga bermaksud makin banyaklah hutan yang habis ditebang, habislah juga kawasan tadahan hujan, banyaklah tanah runtuh selepas ini, sungai-sungai pun jadi keruh sebab hakisan, ikan pun boleh mati, ekosistem terjejas, kalau hutan ditebang nanti banyaklah haiwan liar seperti gajah dan harimau mula masuk kampung dan membahayakan orang ramai. Penduduk memang dapat manfaat apabila Abu beri wang kepada mereka, tetapi penduduk sudah hidup tidak tenteram kerana alam sekitar sudah tidak seimbang dan banyak haiwan liar berkeliaran di kampung. Bagaimana pula dengan keterangan-keterangan yang bersambungan dari arah itu? Kalau mahu sambung pun kita boleh sambung ringkas dua muka surat lagi.
Ego diletakkan kepada keupayaan Abu memperkayakan syarikat. Jadi, ego berasa bangga dengan pencapaian Abu yang pada masa sama menderma kepada penduduk sekitar. Namun kesan rumah hijau, skala kawasan tadahan hujan yang semakin mengecil, ketidak seimbangan ekosistem, kehilangan habitat hidupan liar dan sebagainya menjadi kos yang lebih besar. Kos itu pula akan ditanggung oleh peradaban manusia yang berada di sekitar kemusnahan yang dicipta Abu demi membuktikan keupayaannya dalam mencipta wang dan kekayaan.
Minda memilih nilai. Nilai itu pula tidak semestinya ‘bernilai’ atau langsung tiada nilai. Nilai yang dipilih itu pula biasanya diyakini oleh minda yang dianggap sebagai pendirian yang memutikkan kepercayaan. Tetapi, kepercayaan itu hanyalah sintetik. Minda sintetik yang dicipta dalam acuan bentuk pemikiran atau keyakinan palsu yang tersusun sehingga ditafsir sebagai kepercayaan terhadap sesuatu perkara sehingga mencapai tingkat taksub.
Walaupun terlihat seolah-olah keterangan asal ialah Abu lebih cekap daripada Awang dalam mencipta kekayaan syarikat, namun fokus terhadap menghalakan pemikiran ialah bukan keterangan itu.
Keterangan yang hadir selepas itu (kemusnahan ekosistem) pula adalah keterangan yang wajar diberikan perhatian kerana keterangan-keterangan yang menyokongnya adalah daripada kelompok keterangan-keterangan yang bersambung-sambung.
Kekeliruan tanpa sedar dalam tingkat minda akan tercipta apabila minda gagal meneliti butir-butir yang bertindak membuka pintu-pintu pemikiran yang waras. Keengganan berfikir seperti yang dicadangkan oleh pihak lain pula akan membawa lebih banyak kekeliruan yang akhirnya buntu kepada jawapan.
Apabila buntu, minda akan tersekat dan tersedak kerana mula memikirkan perkara-perkara yang tidak membantu kepada pencarian jawapan bagi menemui kewarasan terhadap keterangan yang dimaksudkan. Minda hanya berfikir bahawa Abu menyerahkan sebahagian kekayaan yang diciptanya kepada penduduk sekitar dan penduduk mendapat manfaat, itu betul.
Tetapi minda tidak berfikir mengenai masalah lebih besar yang akan diterima semua orang sebagai bonus tidak terhitung akibat daripada cara Abu mencipta kekayaan itu. Minda ketika ia digunakan semasa berfikir perlu diletakkan pada landasan yang wajar dan waras.
Setiap pertanyaan atau persoalan yang timbul harus difikirkan dengan sebaik mungkin, atau dalam kata lain ialah berfikir dari semua arah serta cuba memahami maksud terhadap keterangan-keterangan yang dihadirkan dari semua arah.
Menentang keterangan yang bersambungan adalah satu tindakan yang memperlihatkan kelemahan kita sendiri andai kita sendiri gagal memberikan keterangan balas yang juga bersambung-sambung sebagaimana keterangan bersambungan yang kita tentang sebelum itu.
Andai nota ini berguna untuk memahami rencah periuk politik mendidih yang berkutub keras di dalam minda, maka berfikirlah mengenai maksud-maksud yang telah disampaikan.
Mahu sambung lagi? Nanti kita sambung..
-STALKER-
No comments:
Post a Comment