Written by UT: 25 Dec 2011
Yahadut Mizrah
BARANGKALI tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan bangsa Yahudi ke dalam kelompok masyarakat Asia melalui proses asimilasi. Tetapi ada juga yang sudah lama tahu mengenai perkara ini.
Asimilasi merujuk kepada proses perkembangan sesebuah bangsa yang berkembang melalui perkahwinan (hubungan seksual) sesuatu bangsa itu dengan bangsa asal di sesebuah wilayah yang mereka duduki atau menumpang. Hasil daripada asimilasi, budaya dan sikap bangsa yang berasimilasi dengan bangsa asal di sesebuah wilayah itu akan diwariskan kepada anak-anak mereka yang lahir daripada perkahwinan campur itu. Contohnya ialah bangsa Eropah (Portugis) yang berasimilasi dengan bangsa Melayu yang seterusnya melahirkan bangsa Serani (Eurasia) seperti yang terdapat di Melaka hari ini.
Sejarah perjalanan bangsa Yahudi telah direkodkan dalam banyak jenis rekod termasuk teks. Ia termasuk rekod dalam kitab-kitab suci mereka sendiri dan juga rekod-rekod sejarah moden yang ada pada hari ini. Perjalanan bangsa Yahudi adalah satu catatan sejarah yang panjang dan kompleks, sebahagiannya pula adalah sejarah yang terahsia.
Di Ethopia sebagai contoh (sekitar sebelum tahun 500 Masehi), bangsa Yahudi telah berasimilasi dengan bangsa Ethopia dan melahirkan anak-anak kacukan yang menjadi bangsa Yahudi berkulit hitam (Black Jews). Kemudian selepas era moden, bangsa Black Jews itu pula berhijrah ke Eropah serta Amerika dan berasimilasi pula dengan orang kulit putih di sana dan melahirkan Mulatto Jewish. Malah di Jamaica, bilangan Black Jewish di sana sangat ramai dan mereka mula menyesatkan orang kulit hitam Jamaica dengan munculnya agama Rastafarian yang berkiblatkan Bukit Zion.
Cukup dengan memandang asimilasi Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di dunia bahagian sebelah sana. Ia hanya sekadar untuk memperlihatkan kepada anda mengenai kewujudan bangsa-bangsa yang terlahir daripada darah Yahudi yang dikesankan daripada perkahwinan antara bangsa Yahudi dengan bangsa lain.
Orang Yahudi memberi banyak gelaran kepada ‘bangsa-bangsa baru’ yang lahir daripada darah mereka. Mereka juga telah lama hadir ke daerah Asia untuk melahirkan bangsa-bangsa baru ini. Bangsa-bangsa baru berdarah Yahudi itu pula mewarisi sikap mereka yang mengejar keuntungan dunia dan sebagai musuh kepada Islam. Antara bangsa baru berdarah Yahudi di Asia yang mereka beri nama ialah bangsa Yahadut Mizrah. Mereka menamakan keturunan campuran mereka di salah sebuah wilayah di Asia sebagai Yahadut Mizrah.
Malah, bangsa Yahadut Mizrah ini menggelar diri mereka sebagai Youtai yang bermaksud ‘dari Judah’ iaitu dari sebuah nama wilayah bersejarah bagi bangsa Yahudi di Asia Barat. Resam dan sikap Yahudi sangat menebal dalam diri bangsa Yahadut Mizrah, seluruh jiwa dan raga mereka seluruhnya tertumpu kepada bangsa teras mereka iaitu Yahudi.
Dalam meniti pengertian Yahudi, kita harus merujuk kepada faktor. Bukan semua Yahudi itu Zionis. Wujud dua golongan Yahudi iaitu Yahudi Lama dan Yahudi Baru. Walaupun diberi nama Yahudi Baru, mereka sebenarnya adalah Yahudi yang tidak bercampur darah dengan bangsa-bangsa lain. Mereka masih berdarah teras yang tidak bercampur genetik dengan bangsa-bangsa lain.
Yahudi Lama merujuk kepada Yahudi yang berpegang kepada ajaran agama asal mereka dan menolak Zionisme, manakala Yahudi Baru pula merujuk kepada Yahudi yang sekular di bawah idea Zionis (sila rujuk keterangan Rabbai Aaron Cohen).
[Anda boleh merujuk keterangan ini dengan meneliti sumber-sumber tambahan seperti Rabbai Aaron Cohen dengan sendiri. Saya sengaja mengeja dengan menyusun huruf R.A.B.B.A.I berbanding mengeja dengan ejaan asal iaitu R.A.B.B.I bagi mengelak kekeliruan antara sebutan rabbai (pendeta Yahudi) dengan rabb (bermaksud Tuhan).]
Meskipun berpegang kepada ajaran asal agama mereka, golongan Yahudi Lama bagaimanapun masih tebal terhadap sikap ‘etno-centrism’ yang mahu bangsa mereka terpusat sekitar sesama mereka sahaja. Ia juga bermaksud mereka masih setia dalam menjunjung ketinggian bangsa mereka melebihi bangsa-bangsa lain meskipun mereka berpegang kepada ajaran lama.
Golongan Yahudi Baru yang menganut fahaman Zionism bagaimanapun menjunjung cita-cita untuk memperluaskan fahaman mereka ke serata dunia dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa bertegang urat dengan golongan Yahudi Lama dalam soal prinsip kebangsaan mereka.
Ia termasuk dengan berasimilasi bersama bangsa-bangsa lain di seluruh dunia supaya dapat membantu mereka menjayakan cita-cita besar gagasan Zionis di Asia Barat dan seluruh dunia. Golongan ini adalah golongan Yahudi yang sekular dan amat serius dalam memastikan cita-cita besar mereka itu tercapai.
Dalam lipatan sejarah di Asia, golongan Yahudi dikesan masuk secara besar-besaran ke wilayah timur Asia bermula pada sekitar tahun 960 Masehi iaitu beberapa ratus tahun selepas sejarah perselerakan bangsa Yahudi akibat berperang dengan Rom. Mereka kemudian hidup di wilayah-wilayah asing dan berasimilasi dengan bangsa-bangsa lain.
Bangsa baru hasil asimilasi (Yahadut Mizrahi) itu kemudian berterusan berkembang di seluruh pelosok Asia dan menyusup masuk ke dalam bangsa-bangsa Asia sehingga ke zaman gemilang mereka menguasai dunia pada sekitar tahun 1100 Masehi dan permulaan tahun 1162 hingga 1127 Masehi pula menyaksikan bangsa campuran Yahudi itu menguasai sebahagian besar dunia. Ia ada tercatat dalam sejarah.
Melalui kajian sejarah yang dilakukan secara kritikal oleh Wisnu Sasongko (pengkaji dari Indonesia), bangsa Scythia dikenalpasti sebagai bangsa Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) yang disebut dalam al-Quran. Bangsa Scythia yang dikenalpasti sebagai Yakjuj dan Makjuj itu juga dibuktikan oleh Wisnu melalui banyak keterangan teks sejarah serta keterangan-keterangan yang membawa bukti itu kepada jawapan bahawa Scythia itu adalah bangsa Yakjuj dan Makjuj. Malah, Wisnu juga berjaya mengaitkan perkaitan perjalanan bangsa Yahudi yang mempunyai pertalian dengan bangsa Scythia serta Yakjuj Makjuj Asiatic.
Keterangan-keterangan itu membawa kita kepada jawapan (follow the evidence) bahawa bangsa Scythia adalah bangsa pecahan daripada Yahudi. Ketika keterangan sejarah merekodkan kekalahan Scythia dalam satu episod serang balas, keterangan itu juga membawa kita kepada keterangan lain bahawa bangsa Scythia yang merupakan bangsa pecahan daripada Yahudi itu telah berhijrah ke Eropah dan sebahagian Asia. Ia juga ada direkodkan dalam sejarah.
Maka dengan itu, bangsa terbitan Yahudi yang disebut oleh orang Yahudi sendiri sebagai Yahadut Mizrah memang wujud di Asia sejak bangsa Yakjuj dan Makjuj melarikan diri ke Asia. Teras genetik Yahudi dari kalangan Scythia berasimilasi dengan bangsa Asia, lalu menghasilkan anak-anak bangsa baru yang disebut Yahadut Mizrah sehingga mencipta gelombang kedua keganasan Yakjuj dan Makjuj di muka bumi.
Persamaan yang terdapat di kalangan sikap Yahudi (golongan Yahudi Baru) sehingga hari ini ialah suka bergerak ke seluruh dunia, ada yang memanggil gelagat itu sebagai nomad yang merujuk kepada cara hidup berpindah-randah mengikut resam kuno.
Sama juga seperti bangsa Scythia yang hidup secara nomad, sama juga seperti Yahadut Mizrah yang suka bergerak ke serata dunia untuk mencari peluang mencipta kekayaan bagi keuntungan teras bangsa mereka. Gelagat hidup berpindah randah adalah salah satu daripada sikap bangsa Yahudi yang sentiasa wujud di setiap pelosok dunia.
Warisan bangsa teras itu bukan hanya dari segi ideologi ‘etno-centrism’ yang berkiblatkan sanjungan tinggi kepada bangsa mereka, malah meliputi cara hidup berpindah-randah untuk membina komuniti mereka di serata dunia demi menjunjung cita-cita dan ideologi bahawa bangsa mereka akan menguasai dunia apabila masa sudah tiba.
Komuniti-komuniti mereka wujud di serata dunia, menjadi satu kelompok masyarakat yang mempunyai kuasa ekonomi. Apabila komuniti-komuniti itu dihitung dari seluruh pelosok dunia, maka akan terbentuk satu gambaran jelas bahawa golongan mereka sebenarnya sudah besar di dunia ini. Mereka adalah golongan bangsa yang kelihatan seperti bangsa yang tidak mempunyai rupa seorang Yahudi, tetapi sebenarnya mereka mempunyai darah Yahudi serta menjunjung tinggi cita-cita Yahudi secara bersungguh-sungguh dan mereka wujud di setiap pelosok dunia.
Adakah wujud Yahadut Mizrah di Malaysia ini? Fahami dan amati sejarah perjalanan bangsa Yahudi dan anda pasti akan bertemu dengan bangsa Yahadut Mizrah. Namun, bukan semua di kalangan mereka itu adalah Yahadut Mizrah walaupun rupa mereka seakan sama.
"Anda tidak akan tahu mana satu nasi yang selamat untuk dimakan dan nasi yang mana satu mempunyai racun." - UMAT TERAKHIR, TWIST: Redundant.
Namun, anda boleh selamatkan diri anda dengan cara follow the evidence berdasarkan perkembangan semasa yang sedang memandu kamu semua kepada jawapan yang membuka pekung sejarah golongan Yahadut Mizrah itu.
Ketahuilah bahawa ada usaha untuk memadam sejarah perjalanan bangsa Yahudi sehingga lahirnya Yahadut Mizrah di Timur ini. Namun, sejarah itu tetap sejarah dan jangan lagi buta terhadap sejarah. Kenali sejarah dan kajilah sejarah, kenalilah musuh kamu dan kajilah musuh kamu. Ia kerana musuh kamu sedang berselindung di sebalik tirai sejarah.
Maaf, saya tidak sediakan jawapan. Ikutlah semua bukti yang sudah anda dapat di sekeliling anda selama ini.
-UMAT TERAKHIR-
----------------------------------------------------------------------------------------------
20 comments:
Anonymous25 December 2011 02:46
Siapa lagi kalau bukan bangsa china..dimana negara pun mereka ada..klu dilihat dari sekecil-kecil barang hingga ke sebesar barangan datangnya dari negara ini..menguasai sungai2 (ekonomi)..yakju makjut yang bermata sepet..musuh dibelakang kamu (musuh dalam selimut)..
Reply
bromo25 December 2011 03:29
Salam,
Menarik gak teori ni.(ke dah jadi fakta). Selari dgn teori The Promised Land (mistifiles). Yang saya tahu memang ada keturunan yahudi di china. Malaysia pun ada tapi tak sangka perpindahan mereka bermula sekitar 900 masihi. Yang menariknya kebangkitan empayar2 melayu (contohnya srivijaya) di dalam timeline yg lebih kurang sama. (melalui monopoli selat melaka). Saya tahu empayar melayu bermula lebih awal lagi cuma menunjukkan kebetulan yang saya nampak. Kebetulan yang lebih menarik ialah eropah mula menjajah kepulauan melayu setelah Islam bertapak di sini.
Wallahu a'lam.
Reply
fikris25 December 2011 06:27
Salam,
Sudah hampir kepada maklumat rahsia itu. Syabas UT. Itulah yang bakal menyusul, tetapi hati2 dan ikutilah maklumat dan bukti tersebut supaya tak tersasar. Kisah Yakjud dan Makjud ini berada dalam banyak Hadis dan disampaikan oleh Baginda saw secara terpisah2, seolah memang disampaikan secara terpisah2 sebagai pedoman untuk yang mahu berfikir. Maha Adil Allah swt. Gelombang berikutnya amat dahsyat..... gelombang terakhir.. Terima kasih UT kerana berkongsi ilmu ini..
Reply
jang25 December 2011 06:43
Tuan UT
Boleh tak tuan huraikan persamaan dan perbezaan antara Yahudi Askanazi, Yahudi Parsi dengan Yahudi Zaman Musa. Adakah Yahadut Mirzah ini dari Askanazi sebagaimana di Eropah atau dari Babylon?
Reply
Anonymous25 December 2011 09:08
Assalamualaikum penulis...sekembalinya saya semula setelah beberapa bulan terpendam bak mutiara di dasar lautan, melawan arus duniawi yang menyempit, keterpaksaan yang ditakdirkan oleh Ilahi dalam meniti arus kehidupan masa kini...setelah sekian masa ku terpendam, Dia mengejutkan ku...aku hanyalah manusia biasa yang inginkan hidup tenang...aku bukan siapa2...namun, aku berpegang kepada satu kata2, 'THE WAY GOD WORK IS MIRACLE'...Tuhan mengejutkan aku bermula pada malam ni 1Safar, bulan kelahiranku, bermaksud sebuah perjalanan...perjalanan setelah hijrah muharam berlaku...perjalanan yang mungkin untuk sebuah pengembaraan baru, mungkin untuk sebuah kelahiran baru, untuk sebuah perjuangan ataupun sebuah peperangan...setelah ku amati, the message was clearly given... mungkinkah... mungkin...namun dan tapi, aku percaya kepada Allah...Dia mengejutkan ku untuk kelebihan yang ku miliki, mungkinkah...lihatlah sekeliling kita...Dia meletakkan aku sementara dalam sebuah kehidupan, untuk aku pelajari situasi yang sangat membingungkan, sangat mengelirukan, sangat mendesak, hanya kerna untuk mempertahankan sesuatu yang aku miliki dari hati dengan niat yang ikhlas,malah hampir menjerumusku ke lembah binasa...kini, Dia memberikan pesanan buatku melalui keajaiban...dengan keadaan dunia yang semakin kucar kacir, fitnah dajal yang mula bergelombang di tanah bangsa mim, kini safar, perjalanan, pengisytiharan, untuk ku sampaikan mungkin kah dariNya...ku ciptakan sebuah perjuangan untuk selamatkan bangsa melayu dan islam...peperangan "152 VS 901"...setelah aku dikejutkan dengan bersih pada bulan 7,yang mana aku dipaksa menentang bersih kerana huru hara yang bakal berlaku, alhamdulillah, matlamat itu gagal...Malaysia selamat...kini, aku dipanggil dengan banyak kebetulan...peperangan menentang fitnah yang membadai, bertopeng tiga pakatan yang ku terbuta melihatnya, berdiri dibalakang mereka pelbagai pertubuhan yang menanti menghurung makanan, seperti mana negara2 arab...namun mereka tersilap, ini buka bumi yang mudah diperkotak katikkan, ini bumi mim, bumi melayu...orang tersebut hanyalah pawn untuk perancangan di belakang...buka mata dan hati wahai sahabat2 sekalian...kita diberi 2 minggu untuk menghapuskan segala perancangan dan fitnah yang makin meresapi dunia kita...insyaAllah...bumi kita akan terus selamat setelah ku sampaikan mesej ini jika benarlah ia dari tanda2Nya...namun aku tetap manusia biasa, yang telah melalui kehidupan sengsara, hidup terasa terasing, namun cinta kepadaNya tetap yang terdalam...perjuangan 152 menentang gerakan 901...untuk menutup seboleh mungkin kekeliruan yang dilakukan manusia ini...tuhanku, jika ini yang Engkau mahukan, telah ku sampaikan pada tempat yang sepatutnya...demi menyelamatkan bumi melayu dari apa yang berlaku seperti di bumi arab...ku isytiharkan malam pertama safar, permulaan sebuah perjalanan...insyaAllah...matlamat utama adalah untuk mengelak atau menghapuskan matlamat sebenar gerakan 901, yang mana terus bersangkut paut rentetan bersih 2.0 dan seksualiti merdeka...apakah matlamat tersebut...sahabat2 ku yang ikhlas demi survival bangsa melayu dalam arus fitnah ini, pasti mengerti malah lebih memahami dariku...message was sent now...selamat berjuang para sahabat...memelihara bumi melayu dari apa yang berlaku seperti di negara2 arab...sekian, wassalam....-z
Reply
Y C MD25 December 2011 15:03
Salam semua,
Telah terang lagi bersuluh siapakah Yahudi ketiga ini. Kemaruk harta dan kuasa, muslihat penuh tipudaya. Inilah yang cuba disampaikan pengarang. Bersiap sedia menghadapi kumpulan pemusnah (yakjuj makjuj) yang berada sekeliling kita. Perhatilah dengan hati yang terang, dapatkan segera cahaya kerana mereka bersembunyi disebalik kegelapan.
Masing2 muhasabah diri. Mintalah petunjuk. Allah tidak kedekut sebagaimana kita manusia.
Amat menakutkan manusia Melayu akan dipaksa berbunuhan sesama sendiri melalui muslihat ala Yahudi zionis. Selamat berfikir.
Reply
dean25 December 2011 20:53
yg Penting dakwah perlu diteruskan, kekuatan bermula dari kita keluarga masyarakat bangsa dan negara..apapun satu blog menarik percmbahan ilmu, mmbuka minda....BERMULA KITA DENGAN KALIMAH TAUHID BERAKHIR DENGAN KALIMAH TAUHID, DITENGAH-TENGAH ADALAH PEPERANGAN MELAWAN MUSUH NYATA DAN XNYATA. PENDEK KATA DUNIA DAN ALAM INI ADALAH MEDAN UNTUK MENGUJI SIFAT-SIFATNYA...YG PASTI YANG HAK PASTI MENANG MENEWASKAN YANG BATIL...YANG HAK ITU PENUH DENGAN KASIH SAYANG..YANG LAIN LAIN AKAN MELEBUR KE DALAM SIFAT INI...YANG BATIL & MUNGKAR AKAN DIBASUH DICUCI SEHINGGA BERSIH DI DUNIA INI(MUJAHDAH NAFSU) ATAU DI NERAKA (NAUZUBILAH MINZALIK)ATAU SETENGAH2 KES AKAN KEKAL DINERAKA MAKSUDNYA MAKHLUK AKAN MENGINGATI diriNYA DI NERAKA SAMPAI BILA2.
ALLAHUAKABAR
LAHAULAWALLA QUWATTAILLABILLAHILALIMAZIM
Reply
Muzaffar Mahawangsa25 December 2011 21:20
salam semua
nak kongsi sedikit pengetahuan selepas persoalan yang sekian lama terbenam dalam diri saya tiba-tiba diketuk kuat sebaik membaca entri UT kali ini.
susur galur keturunan Yahadut Mizrah adalah rahsia yang cuba ditutup oleh orang cina yang merantau ke negeri orang lain termasuk ke Malaya. orang cina Yahadut Mizrah jugalah yang menaja komunis di Malaya satu masa dulu. komunis tu pulak fahaman tajaan zionis. jadi semua tu ada saling kaitan. tapi bukan semua cina di malaysia ni dari keturunan Yahadut Mizrah.
orang Siam pernah beri gelaran 'Yahudi Timur' kpd cina-cina yang merantau ke tanah Siam satu masa dulu. ini bukan kenyataan rasis dari saya, tapi ini fakta sejarah. cerita-cerita dari Siam juga ada keterangan yang menjelaskan tentang kemasukan Yahadut Mizrah ke tanah Melayu melalui jalan darat selepas dihalau oleh orang Siam.
melalui keterangan dari Siam, diterangkan ada satu golongan dari tanah Arab yang mengekori dan memburu Yahadut Mizrah untuk memerhati tindak tanduk mereka. kumpulan dari tanah Arab itu bekerjasama dengan orang Siam dan sebahagian Melayu di tanah Siam untuk menghalau Yahadut Mizrah keluar dari Siam selepas timbul kekacauan. tetapi golongan cina Yahadut Mizrah atau Yewtai itu menyelinap masuk ke tanah Melayu dan berselindung di sebalik cina-cina yang dibawa masuk oleh British melalui sistem kangchu. kesannya, cina Yahadut Mizrah itu bercampur dengan cina yang dibawa british untuk menyelamatkan diri dari diburu. itu sekadar keterangan di era kolonial. keterangan-keterangan sebelum era kolonial pula tidak banyak saya perolehi.
daripada keterangan yang diperoleh daripada sumber-sumber Siam, dikatakan orang-orang Arab itu mencatat semua perjalanan mereka sepanjang menjejak Yahadut Mizrah.
saya tengok blog ni tak sebut sikit pun pasal orang cina di malaysia dalam menerangkan maksud Yahadut Mizrah, saya faham. blog ini tidak mahu ditohmah sebagai rasis, tapi keterangan sejarah yang diterangkan UT mampu menerangkan petunjuk-petunjuk asas kepada kita mengenai kewujudan orang cina Yahadut Mizrah yang semakin nyata mahu memadam Islam dari bumi Melayu ini.
saya juga masih mencari jawapan mengenai identiti kumpulan orang Arab yang memburu Yahadut Mizrah itu dan adakah orang-orang Arab itu juga memburu Yahadut Mizrah sehingga mereka juga menetap di tanah Melayu untuk mengawasi Yahadut Mizrah sehingga hari ini.
Tag Files of The East yang dipapar di bawah entri ini memberi banyak persoalan kepada saya. Adakah file og the east itu merujuk kepada catatan orang-orang Arab itu sepanjang mereka memburu Yahadut Mizrah sehingga ke tanah Melayu.
persoalan baru yang timbul pula ialah adakah ada individu di UT ini merupakan pewaris keturunan kepada orang-orang Arab itu. sememangnya saya juga pernah terniat untuk menjejak keturunan orang-orang Arab ini yang dikatakan telah berkahwin dengan perempuan-perempuan melayu dari kalangan keturunan orang istana di utara yang hampir dengan tanah Siam semasa Yahadut Mizrah mencari jalan untuk masuk ke tanah Melayu.
Reply
Anonymous25 December 2011 23:26
more puzzles..
Reply
STALKER26 December 2011 01:17
Salam semua,
Saya jawab satu persatu.
----
Anon 02:46,
Yahadut Mizrah bukan berputar dalam kelompok Yowtai sahaja, merujuk Yahadut Mizrah semata-mata kepada Yowtai adalah tidak adil.
Yahadut Mizrah meliputi keturunan-keturunan yang lahir daripada hasil perkahwinan campur bangsa Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di sekitar Asia. Oleh itu, merujuk 100 peratus kepada Yowtai adalah kurang tepat.
Yowtai adalah sebahagian Yahadut Mizrah, tetapi Yahadut Mizrah tidak semestinya Yowtai sahaja. Ada perbezaan di situ.
^_^
----
Bromo,
Saya tidak sempat membaca The Promised Land seperti yang disebutkan saudara disebabkan sibuk dengan tugasan harian. Mungkin keterangan fail-fail yang ada dalam simpanan Umat Terakhir mempunyai keterangan yang bersangkutan dengan keterangan yang disimpan Mistisfiles. Itu kerana sejarah itu adalah fakta dan fakta itu selalunya ada benang-benang 'cross reference'.
----
Fikris, YCMD dan Dean,
Kita hanya mengikut ke mana sahaja bukti berketerangan itu membawa kita kepada jawapan. Tetapi Umat Terakhir tidak pernah menyediakan jawapan.
-----
Anon 09:08,
Kebenaran itu adalah nikmat apabila kita telah menemui jawapan-jawapan yang kita perlukan.
-----
Muzaffar Mahawangsa,
Saya simpan dahulu kenyataan anda.
-----
Reply
Anonymous26 December 2011 03:27
haii..teruknya malaysia sekarang ni ..
Reply
bromo26 December 2011 20:24
Ada satu entry mengenai Li Bloodline sebagai salah satu bloodline illuminati di mf dulu (sekarang tengah hiatus). Dari wiki ada disebut tentang surname Li sebagai salah satu keturunan yahadut mizrah ni.
Reply
Anonymous1 January 2012 06:29
sila wiki biography salah seorang ketua parti pembangkang. carik dekat 'ancestry' dia; walaupon tidak dijelaskan dengan nyata siapa ancestors dia, tapi dinyatakan dengan jelas dari mana asalnya; zhangzhou.sila google apa ada di sana.= biggest jewish synagogue in asia!!
lihat di link ini: http://www.travelchinaguide.com/tour/jewish/
Reply
Ghafar1 January 2012 07:44
bagaiamanakah pula dgn Korea Utara.mungkinkah ianya gelombang terakhir yakjuj makjuj...?
Reply
Anonymous6 January 2012 20:24
salam editor UT..sy ingin menanyakan pendapat UT tentang berita yg kluar hari ini tentang ura2 harga emas akan melonjak tnggi pada thn ni melebihi 1800USD/auns dan bank2 pusat di kebanyakan negara sedang memborong logam itu..jd adakah berita sebegini patut dipercayai atau tidak? lagi satu tentang kajian yg dibuat oleh sapa ntah(ada lam berita jgak) yg mngatakan indeks BSKL akan mlonjak melebihi 1700 mata pd thn ni..berita yg ni sy tak percaya sebab pada sekarang ni mmg agak munasabah indeks BSKL sedang mlonjak tp pada pengamatan sy saham kita akan jatuh merudum slpas PRU13 seperti yg terjadi pada 2 PRU yg lpas..sblm PRU saham naik gila2 lpas tu jahanam truih,,harga barang pon naik..lpas harga barang suma naik,duit rakyat da abih depa toreh br saham nk elok blk.tu yg jadi pada 2 PRU yg lpas..pada saya tak kira PR ka BN mng PRU13 ni yg sy tahu saham tetap merudum
Reply
Anonymous7 January 2012 00:51
anon 20:24,
saya nak tanya kamu, seringgit bersamaan berapa miligram emas? sangat nipis emas tu kalu hanya nak guna dgn nilai seringgit utk beli sebotol air mineral.
kamu hanya mahu kejar emas di dunia ni? kamu betul2 yakin emas tu akan ada nilai kalu dunia ni jadi huru hara nanti?
banyak2kan sedekah.. tu lebih baik daripada dok pikir pasal emas.
Reply
Anonymous7 January 2012 06:20
bukan la pk sgt pasal emas tu..hanya menanyakan pendapat..jika emas naik mendadak maknanya ekonomi US akan merudum dgn truk dan kesannya akan dirasai dsluruh dunia termasuk msia..jd mcm mana pulak dlm berita yg sama buleh kata ekonomi msia akan meningkat klau dah ekonomi US merudum..pd saya bkn stakat akhir zaman saja malah sepanjang zaman pon harta tak penting mana pon melainkan tawakal pada allah..harta klau simpan byk2 pon bkn bleh bw akhirat..sedekah klau byk2 buleh bw harta tu ke akhirat..jgn slh paham..soklan sya tu tentang twist/mindgame zmn skarang..
Reply
Anonymous30 January 2012 07:01
Salam Admin..
Benarkah D.S Anuar Ibrahim adalah dari keturunan Yahadut Mizrah?
Seorang penulis blog memberitahu melalui penulisannya bahawa arwah Mak Yan bukanlah ibu kandung DSAI tetapi hanyalah ibu tirinya. Manakala ibu kandungnya adalah seorang wanita berbangsa Cina yang mempunyai hubungan dengan Dato Ibrahim..
Cerita bertambah hangat apabila DSAI begitu menyukai wanita berwajah Cina (isterinya Dr. Wan Azizah bermirip cina) dan skandalnya dengan China-Doll.
Ini ditambah kukuh lagi dengan kemampuannya meyakinkan kaum Cina Malaysia untuk memberi sokongan kepadanya (mungkin melalui nasab Cinanya).
Kita sedia maklum Yahadut Mizrah adalah asimilasi Khazar-China. Kini kita dapat lihat betapa akrabnya DSAI dengan kaum Khazar (Yahudi Baru). Adakah Yahudi Baru ini mendokong DSAI lantaran beliau sebenarnya adalah dari keturunan Yahadut Mizarah?
**Mohon pencerahan Admin (jika memiliki pengetahuan terhadap perkara tersebut).
**Saya tidak bermotifkan politik di atas soalan ini. Sekadar membuahkan pemikiran.
Reply
STAKER30 January 2012 22:22
Salam
Anonymous Jan 30, 2012 07:01 AM,
Kita tidak mahu bermain dengan andaian dalam perkara yang menjadi soalan anda itu, kerana kita juga tidak mahu ia bertukar menjadi fitnah.
Dari segi kaedahnya, saya bagi hint, jawapan yang konkrit dan spesifik bagi soalan anda itu teletak kepada keselarian maklumat genetik dan profil DNA (milik subjek utama) apabila kedua-duanya dipadankan dengan maklumat genetik bangsa teras (milik beberapa sampel yang ditanda sebagai set-set sampel subjek kedua).
Jika mahu membuktikannya secara saintifik, spesifik dan konkrit, maka profil-profil genetik dan DNA sangat diperlukan.
Dari sisi umum pula, satu perkara yang harus difahami mengenai Yahadut Mizrah (kecuali yang memilih untuk beriman kerana sesetengah mereka juga ada yang beriman) ialah ketaatan golongan itu kepada perjuangan bangsa teras mereka. Tipu daya dan putar belit adalah makanan mereka setiap hari.
Follow the story, follow the evidence... hanya ini jawapan yang mampu saya beri.
Reply
Azsn BIO SUNAH25 April 2013 10:37
mereka merancang dgn rapi / Jun 2012 sepatutnya plan yang diharapkan menjelma / mereka datang dari Tanah Besar menyelinap sebagai pelancung dan hilang di beberapa negeri / mereka membawa sesuatu - disembunyikan secara zahir dari pulau ke pulau : secara akal pula :ilmu perang untuk diajarkan / rahsia terbongkar dan plan diubah...akan datang satu masa...namun ini negara yang didaulatkan...akan ada mata dan masa di mana pedang menari-nari dan keris berpusing-pusing mengintai dan menjejak
salam buat semua
cikgu Azhar Ali
Reply
No comments:
Post a Comment