Saturday, 6 July 2013

Konspiratus: Yang perlu anda tahu

Writteb by UT: 5 Oct 2012


New World Order Gelombang Kedua



KETIKA sebelum atau pra-Perang Dunia Kedua (pre-WW2), beberapa pemimpin dunia termasuk diktator Fuhrer Nazi Jerman, Adolf Hitler pernah mengucapkan hasrat membina New World Order (NWO) sejak tahun 1938. Malah, pada Perang Dunia Pertama juga, slogan NWO juga pernah beberapa kali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin dari jenis warmonger atau petualang perang.

Pada ketika WW2 berlangsung pula, kuasa (keupayaan) ketenteraan Amerika dibawa masuk ke dalam ujian besar dan apabila Amerika lulus ujian itu, maka ia diberi kuasa veto disebabkan kekuasaannya dalam ketenteraan. Kuasa veto itu diberi selepas entiti Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) ditubuhkan.

Kemudian pada tahun 1991, Presiden Amerika pada ketika itu, George H.Bush sekali lagi mengulangi kata-kata Hitler untuk mendirikan NWO iaitu pada ketika Amerika bersama sekutu memerangi Iraq dalam Perang Teluk 1.

Gelombang pertama NWO bermula sejak pra-WW2 atau lebih awal sejak pra-WW1 atau jauh lebih awal daripada itu. Ia digerakkan dengan taktik licik dengan mengheret beberapa negara di dunia untuk dihumban ke dalam suasana peperangan.

Situasi perang pula menyebabkan setiap manusia terlalu sibuk untuk menjaga dirinya sendiri serta seluruh keluarga mereka daripada bahaya peluru sesat atau sebagainya. Ketegangan antarabangsa yang dicipta sejak tahun 1939 akhirnya meletus apabila WW2 meledak dalam pentas dunia.

Dengan meledaknya WW2, manusia telah ‘disibukkan’ dengan perang sehingga lalai terhadap satu perkara besar yang lain. Pada ketika manusia sibuk untuk menjaga keluarga dan diri sendiri daripada bahaya perang, dan pada ketika manusia sibuk memerdekakan negara masing-masing daripada kolonial Barat, pada ketika itu jugalah entiti tersembunyi menggerakkan segala usaha mereka untuk mendapatkan Palestin.

Akhirnya pada 14 Mei 1948, iaitu beberapa tahun selepas berakhirnya WW2, gerakan Zionis dan sekutunya berjaya menceroboh masuk ke Palestin untuk membuka negara haram dengan menzalimi penduduk Arab di Palestin. Semua itu berlaku selepas hampir semua manusia di dunia ini dipaksa untuk sibuk (dilalaikan) dengan WW2 dan disibukkan lagi dengan membina semula negara masing-masing selepas tamat WW2. Itulah perkara besar yang digerakkan mereka pada kita dipaksa untuk sibuk.

Berdirinya negara haram Zionis di bumi Palestin, dan termaktubnya Amerika sebagai kuasa besar yang lulus ujian WW2, maka NWO telah pun bermula dalam gerak kerja gelombang yang pertama. Bermula 1948 hingga hari ini, gelombang pertama (yang banyak peringkat) itu masih berjalan dan anda semua sedang hidup dalam NWO tanpa anda sedari.

Jangan bermimpi dengan mengatakan NWO akan dilaksanakan, walhal sebaliknya anda sudah pun hidup dalam NWO kerana ia sedang rancak dilaksanakan. Mari kita bercerita sedikit mengenai apa yang berlaku di permukaan (sahaja) supaya ada yang sudi faham.

Setelah tamat WW2,  Amerika dan Britain mula melaungkan slogan keamanan supaya dunia tidak lagi terheret dalam kancah perang besar yang mendatangkan kemusnahan global. Pada ketika itu, bermula 1945 hingga 1970, idea-idea keamanan mula dipromosi  ke peringkat antarabangsa secara konsisten.

Fahaman liberal, hak asasi manusia, hak sama rata dan lain-lain fahaman human-centric diserap masuk ke dalam minda manusia. Ia dilaksanakan dengan resipi yang cukup mudah, murah tetapi sangat menguntungkan dari segi ekonomi dan perang saraf iaitu melalui promosi budaya jalanan berorientasi hiburan.

Perkembangan budaya hippies (kemuncak pada 1960 hingga 1979) adalah contoh paling mudah dan paling dekat. Hippies bermula sebaik sahaja tamat WW2. Sebelum dan semasa WW2, situasi tegang di Eropah dan Amerika menyebabkan manusia hidup dalam keadaan tidak bebas kerana terdedah kepada risiko peperangan.

Namun setelah tamat WW2, mereka akhirnya menikmati kebebasan dan mahu mengajak manusia hidup aman tanpa peperangan supaya dapat melakukan apa sahaja yang dimahukan tanpa perlu takut-takut lagi kepada risiko berperang.

Ketika itulah, fahaman liberal dimasukkan secara besar-besaran ke dalam minda setiap manusia. Apabila liberal dimasukkan, fahaman hak sama rata dan hak asasi manusia yang melampaui batas akan masuk dengan sendirinya tanpa perlu disumbat-sumbat lagi ke dalam lubang telinga yang bersambung ke otak.

Sewaktu budaya hippies dalam tahun-tahun kemuncaknya, lelaki dan wanita bebas mandi berbogel bersama-sama di sungai-sungai dan itu yang mereka katakan sebagai kebebasan hak asasi manusia yang menyeronokkan dan patut dinikmati oleh semua manusia yang mencintai keamanan kerana tiada lagi peperangan. Tiada peperangan itu membawa maksud mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Jadi, apa maksud NWO yang sebenarnya? Apa yang dimaksudkan dengan ‘order’ yang satu itu? Apakah new order of the world itu?

NWO terlaksana sebaik sahaja fahaman liberal diterima oleh manusia. Liberal yang macam mana wahai tuan-tuan, puan-puan, dato-dato, datin-datin, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua? Liberal yang macam mana?

Liberal yang menolak semua kewarasan dengan memusatkan semua kehendak manusia sehingga menyisihkan batas-batas. Liberal yang mengheret manusia ke dalam kancah sekular. Walau ikut arah mana sekali pun liberalism itu berjalan, ia akan membawa manusia ke arah sekular. Walau sesedap mana pun slogan itu dibunyikan, ia tetap mengheret manusia ke arah sekular.
-----


Mitt Romney, nama yang sedang meningkat naik di persada politik Amerika dan dijangka akan menamatkan mandat yang sedang disandang Barrack Obama bagi jawatan Presiden.

Obama diperlihatkan oleh media-media pro-Zionis di Amerika sebagai presiden yang tidak efisien dalam menyelesaikan konflik dunia. Walaupun dalam sesetengah isu yang mana Obama dilihat terpaksa memenangkan Israel (termasuk menghadiahkan peluru berpandu dan kelengkapan perang kepada Israel pada setiap tahun), namun ia tetap memberi persepsi negatif dari kalangan ‘kumpulan penentu kerusi presiden’ yang dikawal kelompok Zionis Amerika setelah mereka mengambil kira isu-isu yang lain.

Kumpulan penentu kerusi presiden pula ialah terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai keanggotaan di kalangan para pengundi, keanggotaan mereka pula mampu mempengaruhi keputusan majoriti secara demokrasi. Kumpulan-kumpulan itulah yang akan menjadi penentu kepada keputusan sesebuah pilihanraya presiden di Amerika. Jika dikatakan keputusan pilihanraya di Amerika dirancang oleh kelompok tertentu, maka ia benar. (rujuk artikel; The Pillars).

Pertalian Romney dengan Zionis adalah sangat rapat. Lebih rapat daripada George W.Bush, lebih rapat daripada Roosevelt, lebih rapat daripada presiden-presiden Amerika yang sebelum ini. Bloodline Romney adalah antara yang paling tulen di kalangan keturunan-keturunan yang dipercayai Zionis sejak zaman berzaman.

Kemenangan Romney untuk duduk di bilik utama White House (The Temple) adalah sudah dijangka berdasarkan perkembangan semasa di Amerika sekiranya anda meneliti ‘permainan-permainan’ yang telah dan sedang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan penentu kerusi presiden. Imej jahat Amerika sudah di-friendly-kan sedikit dengan meletakkan Obama buat seketika sebelum digantikan dengan orang yang ‘sepatutnya’ iaitu orang yang memenuhi citarasa nafsu buas Zionis.

Apabila Romney menduduki kerusi Presiden, maka penggalnya yang bermula pada tahun berikutnya akan menyaksikan perubahan besar dalam persekitaran politik dunia. Romney bijak memainkan ‘working-class environment’ (rujuk artikel: Working Class Environment) dan juga bijak memanipulasi setiap faktor yang akan mempengaruhi kumpulan penentu.

Sementara sumber-sumber yang lain pula memaklumkan bahawa negara haram Israel akan melakukan sesuatu yang lebih melampau apabila Romney menduduki kerusi presiden di Amerika.

Manakala proksi-proksi Zionis dan Amerika di seluruh dunia akan digerakkan dengan cara yang agresif untuk membawa NWO masuk ke gelombang kedua.

Gelombang kedua ialah perubahan besar di mana penduduk dunia bukan hanya dikuasai secara mind-control yang berjenama liberalism dan sekularism semata-mata, tetapi ia adalah perubahan yang akan mengheret dasar-dasar beberapa negara sasaran supaya dasar-dasar itu menepati kehendak Zionis dan Amerika tanpa mereka perlu melakukan penjajahan secara fizikal. Kata lainnya, dijajah secara polisi atau dasar.

Kita sememangnya sedia tahu bahawa liberalism dan hak sama rata serta hak asasi manusia diangkat tinggi oleh sebilangan kumpulan yang bergerak dalam modus politik. Politik menjadi platform yang ampuh dalam mengangkat liberalism dan fahaman-fahaman iringan yang bergerak bersama dengannya.

Kelompok-kelompok yang mengangkat hak liberal ini pula sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh menjayakan cita-cita mereka. Kalau kampung sebelah sini ada lebih separuh kumpulan liberalis, dan kampung sebelah sana pula ada kurang separuh kumpulan liberalis, maka mereka sanggup berjuang bersama-sama menjadikan dua kampung mereka itu sebagai satu kampung yang baharu kalau dengan cara itu sahaja yang mampu menjadikan semua orang di kedua-dua kampung itu dapat menjalani hidup liberal sebagaimana yang mereka mahu.

Namun, pelaksanaan NWO dalam konteks liberalism dan sekularism itu sudah lama berlangsung dalam gelombang pertama. Manakala gelombang kedua pula ialah satu perubahan besar yang anda tidak akan dapat menyangka. The-right-man (bukan The-Man) yang akan melaksanakan gelombang kedua itu adalah Romney (andai mesej yang diterima ini menjadi kenyataan).
-----

Gerakan-gerakan bawah tanah dalam kerajaan Amerika (ia juga masalah yang ditanggung presiden) melangkaui banyak urusan yang mempengaruhi perkembangan dunia. Senjata dan kelengkapan perang sentiasa dibekalkan ke Asia Barat dan negara-negara Arab untuk mencipta ketegangan.

Dalam masa yang sama, dana-dana kewangan (termasuk dana perang) juga dibawa masuk secara laundered (rujuk artikel: Money Laundering) ke negara-negara sasaran yang ingin ditegangkan. Gerakan-gerakan bawah tanah ini pula digerakan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak terikat dengan keputusan kerajaan Amerika, kata lainnya ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai misi tersendiri iaitu misi yang terpisah daripada keputusan kerajaan Amerika sendiri.

Gerakan-gerakan ini juga menjadi faktor kepada gelombang kedua NWO. Iaitu antaranya ialah untuk mengangkat proksi-proksi menjadi pemimpin di negara-negara sasaran sebagaimana yang anda semua sedia maklum supaya menerima pakai polisi-polisi yang mendukung NWO secara lebih efektif, iaitu lebih hampir kepada taklukan fizikal walaupun tidak kelihatan seperti ditakluk secara fizikal.

Gelombang kedua akan memperlihatkan situasi yang lebih agresif di kalangan proksi di seluruh dunia untuk membina rejim mereka. Rejim-rejim yang berpaksi kepada nafsu Amerika dan Zionis itu pula akan merombak segala dasar supaya lebih bersifat human-centrism.
----

Perkembangan dunia pada masa kini memperlihatkan satu per satu negara mengalami konflik dalaman yang dipengaruhi faktor politik. Terma lain, pergolakan politik.

Agensi berita Fox News sejak Mac hingga Ogos melaporkan, beberapa pertubuhan yang bergerak secara global telah disahkan menjadi penyalur dana kepada gerakan-gerakan politik di negara-negara Arab bagi menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu yang lebih mendatangkan keuntungan kepada kumpulan pemberontak yang menerima fahaman liberal sebagaimana yang dikongsi sesama mereka.

Dalam laporan yang lain pula, diperincikan bahawa setiap negara Arab yang berjaya diubah kerusi politik akan dipusatkan kepada satu autoriti baharu bagi menstrukturkan semula negara-negara berkenaan. Penstrukturan itu pula akan memberi ruang kepada Israel supaya diterima baik oleh negara-negara Arab yang disusun semula itu, jadi apa tandanya dan bila ia akan dilaksanakan?

Romney (dijangka) naik ke kerusi presiden dan dia adalah nama yang kerap disebut dalam Mesyuarat Kabinet Israel sebagai orang yang paling dipercayai untuk memberi jaminan kepada kestabilan Israel di rantau sebelah sana.

Maka, sudah pasti ada proksi-proksi Israel di Amerika yang menggerakkan rancangan untuk mempengaruhi kumpulan penentu supaya menjamin kemenangan Romney. Kumpulan penentu itu pula digerakkan oleh golongan Zionis dan sebilangan pula adalah golongan yang memperjuangkan hak liberalism human-centric.

Romney sesudah menang pilihanraya sudah semestinya menggalas harapan Israel untuk menguruskan kepentingan Zionis di Asia Barat.

Kepentingan Israel di Asia Barat bukan hanya melibatkan negara-negara Arab di rantau sebelah sana semata-mata, malah ia melibatkan seluruh dunia Islam di lain-lain benua termasuk di rantau Afrika, sebahagian Eropah dan Asia sebelah sini.

Bagi menjamin kepentingan Israel di Asia Barat, maka negara-negara Islam wajar dijamin tunduk melalui proksi-proksi yang dipercayai. Ia sebagaimana polisi Mesir terhadap Israel yang berubah sejak Hosni Mubarak menduduki kerusi presiden, ia boleh dikatakan sebagai eksperimen awal yang dilakukan Israel dengan menjadikan Mubarak sebagai prototaip. Eksperimen yang sangat berjaya dengan jangka hayat yang sangat lama dalam menjamin kepentingan Israel.

Dalam gelombang kedua ini, setiap kelemahan prototaip terdahulu akan diperbaiki. Proksi-proksi dibekalkan dengan pengetahuan pentadbiran licik yang lebih berkesan bagi tidak mengulangi kesilapan prototaip terdahulu.

Prototaip terdahulu memang melakukan kerja menjamin kepentingan Israel, namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan ketegangan. Biarpun berlaku ketegangan (Arab Spring) yang memberi ancaman kepada prototaip-prototaip, ia sebaliknya dijadikan peluang untuk mencipta kuasa kepada proksi-proksi baharu. Ia adalah menukar ancaman kepada peluang. Menjadikan ancaman itu sebagai peluang.

Semangat Arab Spring digunapakai oleh proksi-proksi untuk mencipta ketegangan baharu di negara-negara berbeza, dana pula diperolehi daripada pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi sebagai the pillars. Sekiranya berjaya, proksi-proksi itu akan diangkat menjadi ketua dan mengubah setiap polisi yang tidak menguntungkan Israel dan Zionis.

Tidak perlu diperinci dengan lebih mendalam kerana perkara sedemikian sudah sedia maklum oleh kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan dunia. Bagaimanapun, taktik-taktik sedemikian hanya sebagai mukadimah kepada gelombang kedua.


Dunia tidak kiamat pada penghujung 2012.
Tetapi, adakah anda tahu apa yang akan berlaku kepada dunia pada tahun 2013?

Sesungguhnya, kami di sini tidak ada perkataan yang sesuai untuk menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham dengan setiap yang akan berlaku pada masa itu.



Yang perlu anda ketahui ialah...








-DRIFTER-



No comments:

Post a Comment