PENDAKYAH agama sesat selalu, malah amat suka menghampiri orang Islam dan bertanya mengenai isi kandungan al-Quran, mereka bertanya adakah orang Islam (di negara bukan Arab) memahami isi kandungan kitab itu dalam bahasa Arab.
Apabila orang Islam mengakui tidak faham dengan isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab, maka mereka akan menawarkan orang Islam membaca kandungan kitab sesat mereka yang sudah dialihkan ke bahasa tempatan. Mereka akan buka helai demi helai kitab mereka untuk dibaca orang Islam.
Pendakyah agama sesat amat berbangga kerana mereka fikir mereka itu sudah cukup faham dengan isi kandungan kitab mereka, walhal mereka sendiri sebenarnya buta huruf terhadap naskah asal kitab mereka dan tidak tahu untuk membaca naskah bahasa asal kitab mereka yang berbahasa Hebrew lama.
Mereka gelakkan orang Islam, mereka kata orang Islam tidak faham isi kandungan al-Quran kerana ia dimushafkan dalam bahasa Arab sehingga tidak difahami oleh orang Islam sendiri, lalu mereka menawarkan kitab agama mereka yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa tempatan.
Saudara-saudara Islam-ku, jangan berkerut dahi, kita juga boleh gelakkan mereka kerana mereka lebih teruk daripada sebilangan kita, sebilangan besar daripada mereka langsung tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka dalam bahasa asalnya, bahasa Hebrew lama. Mereka hanya tahu membaca terjemahannya sahaja, tetapi bukan dalam bahasa asalnya.
Ada juga di kalangan mereka langsung tidak pernah melihat kitab agama mereka dalam bahasa asal, apatah lagi membaca dan memahami setiap perkataan asal yang tidak dimangsakan oleh alihan bahasa sehingga merosakkan makna dan pengertian asalnya.
Kitab mereka telah dialih bahasa ke lebih 10,000 bahasa dunia. Naskah asal dalam bahasa Ibrani (Hebrew lama) pertama kali dialih bahasa ke dalam bahasa Babylon (rujuk sejarah penghambaan orang Yahudi di Babylon) dan ia merosakkan makna asal. Semasa penghambaan Yahudi di Babylon, kitab-kitab agama mereka habis dibakar dan dimusnahkan.
Selang hampir separuh abad mereka dihambakan di Babylon, baharulah mereka menulis semula kitab mereka, itu pun ke dalam bahasa Babylonia kerana mereka ditegah mengekalkan identiti Yahudi mereka semasa berada di Babylon.
Selepas hampir 100 tahun dan penghambaan di Babylon berakhir, baharulah naskah daripada bahasa Babylon dialih semula ke bahasa asal iaitu Hebrew lama. Dari episod pertama diaspora itu, keaslian kitab agama mereka telah tercemar disebabkan perubahan perkataan demi perkataan ke dalam bahasa asing sehingga merosakkan makna perkataan-perkataan asal.
Kemudian dalam abad yang lain, naskah Hebrew lama itu dialih bahasa ke dalam bahasa Greek pula dan naskah itu dinamakan Septuagint (juga rujuk sejarah). Bermula dengan Septuagint, kitab agama mereka kemudian dialih ke dalam bahasa-bahasa Eropah yang lain ketika ia tersebar di Eropah sehingga merosakkan makna dan pengertian isi kandungannya.
Akibat alih bahasa asal ke dalam bahasa lain, nama Muhammad yang pada asalnya terukir kemas dalam naskah Hebrew lama sejak Taurat diturunkan kepada Musa telah dialih menjadi maksud yang lain. Erti kata lain, nama Muhammad hilang dari dalam kitab yang sudah dialih bahasa kerana diterjemahkan menjadi maksud yang lain.
Disebabkan nama Muhammad digantikan dengan makna yang lain selepas dialih bahasa ke dalam lebih 10,000 bahasa-bahasa dunia, maka mereka sudah tidak mengenali nama manusia agung yang dijanjikan kepada umat manusia akhir zaman. Nama ‘yang dikasihi’ yang dijanjikan dan dirindui kehadirannya oleh umat manusia.
Nama manusia yang belum lahir yang pernah disebut Musa kepada kaumnya, nama manusia agung dari kalangan keturunan Semitik. Nama manusia agung yang dijanjikan oleh Tuhan kepada umat manusia, nama Si Penghibur Yang Dikasihi yang akan membawa berita gembira kepada umat manusia, mengkhabarkan jalan-jalan selamat untuk kembali ke Syurga.
Mahamad, sebutan yang terhasil dari susunan abjad Hebrew, susunan huruf mem-heth-mem-dhalet.
“hik-khosv memthaqq-im , vilkhulov mahamad-im , zehe dudi , vezeh , re-e benevet yerusalim.” - (Song of Solomon 5:16) [sebutan mengikut naskah asal Hebrew lama]
Akibat terjemahan ke dalam bahasa asing yang selain bahasa Hebrew lama, nama Muhammad tiba-tiba hilang menjadi makna yang lain. Perubahan makna itu berlaku selepas kerja penterjemahan dibuat mengikut makna perkataan demi perkataan secara lalai tanpa mengetahui perbezaan antara nama seseorang dengan kata nama sifat, keliru hanya kerana tiada huruf kecil dan huruf besar dalam abjad Hebrew bagi membezakan antara kata nama khas dengan kata nama am.
“His throat most sweet, and he is all lovely, such is my beloved, he is my friend, o daughters of Jerusalem.” (Terjemahan Song of Solomon 5:16 mengikut versi Duoay Rheims Bible, versi yang dianggap paling tinggi martabat dalam agama Katolik).
Nama Muhammad diterjemahkan menjadi my beloved dan nama itu hilang daripada baris ayat. Tetapi jika dibaca dalam naskah Hebrew, nama Muhammad kekal berada di situ hingga ke hari ini. Masalah besar mereka ialah, mereka buta huruf Hebrew dan tidak tahu membaca tulisan Hebrew, apatah lagi untuk memahami Hebrew.
Mereka gelakkan orang Islam yang tidak faham bahasa Arab, tetapi mereka sendiri pula tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka yang berbahasa Hebrew dan mereka terlalu bergantung kepada kitab terjemahan yang sudah tidak lagi mengikut maksud asal dalam kebanyakan ayat dan surah-surah, tidak sebagaimana maksud yang terukir di dalam naskah Hebrew.
16farugx autou glukasmoi kai olos epiqumia outos adelfidos mou kai outos plhsion mou qugateres ierousalhm (Septuagint, Song of Solomon 5:16)
Sekarang, bolehkah mereka membaca naskah asal dalam bahasa Hebrew atau sekurang-kurangnya dalam bahasa Greek lama seperti dalam Septuagint sekiranya tidak diberi sebutan fonetik mudah? Adakah mereka keliru mahu membaca bermula kiri atau kanan sekiranya diberi ayat yang sama dalam bahasa Hebrew?
Turunnya al-Quran itu adalah untuk membenarkan kitab terdahulu. Membenarkan itu pula bukan membawa maksud meng-iya-kan, tetapi memperbetulkan. Apakah layak dikatakan al-Quran meng-iya-kan segala yang ditulis semula oleh tangan-tangan Yahudi terhadap kitab-kitab terdahulu mengikut selera hawa nafsu mereka?
Apakah layak dikatakan al-Quran meng-iya-kan kitab-kitab yang sudah diselewengkan sedangkan Allah mengutuk perbuatan Yahudi mengubah ayat Allah dalam kitab-kitab terdahulu? Tidak layak, al-Quran tidak meng-iya-kan segala penyelewengan yang dilakukan tangan manusia dalam kitab-kitab terdahulu.
Jika kita mengatakan al-Quran itu meng-iya-kan segala yang tertulis (selepas diubah suai) dalam kitab-kitab terdahulu, maka kita dengan sendiri seperti mengangguk setiap kali pendakyah agama sesat memaksa kita mengakui bahawa kitab sesat mereka itu sebagai benar hanya berdasarkan maksud terjemahan al-Quran ke bahasa Melayu.
Mereka (sang pendakyah sesat) memperlekeh umat Islam kerana tidak memahami maksud al-Quran dalam bahasa Arab dan atas alasan aitu mereka menawarkan kitab mereka yang sudah dialih bahasa supaya diterima percaya oleh orang Islam. Padahal, mereka sendiri juga terlalu bergantung kepada penterjemahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka dalam bahasa Hebrew lama.
Benar itu sinonim dengan betul. Membenarkan itu juga membawa maksud membetulkan atau memperbetulkan. Membetulkan apa sahaja yang tidak betul selepas diubah suai oleh tangan-tangan manusia terhadap kitab-kitab terdahulu. Bukan meng-iya-kan, bukan berereti kita harus mengangguk apabila pendakyah agama sesat memaksa kita mengangguk apabila mereka memetik ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa turunnya al-Quran itu adalah untuk membenarkan kitab-kitab terdahulu.
Mereka mahu kita mengangguk selepas mereka buat kita keliru. Itulah antara taktik mereka kalau anda mahu tahu. Sedangkan, mereka sendiri buta bahasa Hebrew, bahasa asal kitab mereka yang terang-terang menyebut nama Muhammad sebagai penghibur akhir zaman yang membawa berita gembira daripada Allah kepada umat manusia.
Akibat terjemahan dan alih bahasa daripada Hebrew ke bahasa Greek (Septuagint) sebelum dialih pula ke bahasa-bahasa yang lain, nama Muhammad dialih sehingga memberi maksud yang lain. Akibatnya, mereka tidak mengenal Muhammad iaitu manusia berperibadi agung yang dijanjikan sebagai rasul terakhir dari kalangan saudara Semitik sendiri.
Kenapa saya seperti sangat suka mengusik orang Nasrani yang sesat? Sila buka al-Quran dan baca semua ayat-Nya, kamu semua pasti terjumpa ayat yang memerintahkan umat Islam menyatakan kebenaran kepada Nasrani dan Yahudi. Mintalah Yahudi dan Nasrani membuktikan kebenaran agama mereka, kerana mereka sesungguhnya tidak mempunyai apa-apa bukti. Tidak ada bukti apa-apa pun.
Yahadut Mizrah ada yang beragama Nasrani dan ada pula yang beragama Yahudi. Mengapa kita di Umat Terakhir sangat kenal dengan mereka itu semua? Kerana saya (STALKER), dan juga SHAHi serta CLOVER juga dari kalangan mereka. Ada darah Yahudi dalam tubuh kami. Bercampur juga darah Arab, Melayu, India dan Parsi dalam badan kami sejak zaman berzaman dan kami catatkan salasilah kami supaya sentiasa mengenal keturunan Semitik yang kami warisi. Pastilah kami kenal mereka, kami tahu identiti mereka kerana tubuh kami juga ada darah seperti mereka, tetapi kami orang Islam.
Hanya Islam yang kami sayangi dan kami cintai. Kami membaca kitab-kitab Yahudi dalam bahasa asalnya, kerana ia juga bahasa warisan kami, kami tahu dan selalu tahu bahawa nama Muhammad masih ada di situ. Nama itu masih ada di situ. Nama seseorang yang ditunggu-tunggu ketibaannya sejak Musa menyampaikan berita, tetapi kehadirannya tidak diketahui langsung oleh sebilangan kaum selepas kitab bahasa asal Yahudi telah dialih ke bahasa-bahasa lain.
Kaum Yahadut Mizrah yang kafir tidak akan berhenti menyesatkan orang Islam. Mereka menyesatkan segolongan kaum lain yang tidak tahu membaca Hebrew, menyuruh mereka hanya membaca kitab yang sudah dialih bahasa, yang sudah terpadam nama Muhammad di dalamnya. Kemudian menyuruh mereka menyesatkan golongan yang lain pula.
Di Vatican sana, ada kitab yang diterjemah dengan betul. Ia tidak diterjemah dengan kesilapan yang sama seperti dalam Septuagint. Dalam kitab itu, susunan abjad mem-heth-mem-dhalet (mahamad) dikategorikan sebagai nama seseorang dan ia direkodkan dalam glosari (daftar kata), perkataan itu tidak dikategori sebagai kata nama sifat atau kata nama lain seperti kesilapan yang telah berlaku dalam Septuagint dan terjemahan-terjemahan yang lain, melainkan ia disahkan sebagai sebuah nama milik seseorang. Nama milik Si Penghibur yang dijanjikan kepada umat manusia sebagaimana dikhabarkan oleh Musa kepada kaumnya.
Wahai saudara-saudara ku, saya tahu kamu semua sangat kasih dan sayang kepada Muhammad yang mengajarkan kamu mengenai agama mu dan mengajar kamu supaya mengenal Tuhan mu.
Saya juga bukanlah orang yang layak untuk menyampaikan perihal agama kepada kamu semua kerana saya juga pernah melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.
Tetapi ingatlah, andai semua dari kalangan kita beranggapan hanya orang yang cukup ilmu sahaja layak berdakwah, nescaya tidak akan ada seorang pun yang boleh dikatakan sudah layak berdakwah kerana setiap daripada kita tidak akan pernah cukup menguasai ilmu-ilmu Allah sampai bila-bila pun.
Jangan hanya menunggu sudah cukup ilmu baharu mahu berdakwah. Jika ilmu sedikit, cukuplah sekadar berdakwah mengajak kawan-kawan kamu mengunjungi majlis-majlis ilmu agama yang tidak bercampur aduk dengan resam keduniaan. Ajaklah saudara-saudara kita ke arah kebaikan, pergilah bersama-sama mereka, ajaklah mereka, jangan tinggalkan mereka di belakang. Jangan pula berguru dengan internet hingga terkeluar mind-set yang bukan-bukan sehingga menyesatkan.
Kalau mahu menunggu cukup ilmu baharu mahu berdakwah, kita sampai bila-bila pun tidak akan pernah cukup ilmu kerana ilmu Allah sangat luas sehingga tidak cukup ditulis andai seluruh lautan dijadikan dakwat sekalipun. Carilah guru di luar sana, hadirlah ke majlis-majlis ilmu.
Golongan pendakyah agama sesat tidak pernah jemu mengheret saudara-saudara kamu masuk ke dalam agama mereka. Adakah kamu hanya mahu membiarkan ia terus berlaku tanpa kamu melakukan sebarang usaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kamu?
Ramadan ini, waktu terbaik untuk melembutkan hati.
Tidak perlu saya tulis lebih panjang untuk menjelaskan kenapa Ramadan ini waktu terbaik untuk melembutkan hati.
Pesan daripada saya kepada saudara-saudara semua, ingatlah satu perkara.
“Memang benar Kiamat sudah dekat, tetapi jangan lupa bahawa kiblat serta pintu taubat itu adalah lebih dekat dan keampunan daripada Maha Penyayang itu sangat lebih dekat.”
SALAM RAMADAN, saya sayang kamu semua.Hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu pada sepanjang bulan berkat ini.
Kalau ada orang Nasrani yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran dan mahu berbicara dengan saya di ruang maya ini, silakan.
-STALKER-
No comments:
Post a Comment