Saturday, 6 July 2013

Nota SHAHi: Kejayaan terbesar orang Melayu

Written by UT: 14 Mar 2013




MELAYU yang beragama Islam hari ini sedikit mujur kerana masih ada kuasa dalam politik negara. Ada dua parti besar yang diterajui orang Melayu sejak sebelum merdeka, kedua-dua parti itu hari ini mengadakan kerjasama dengan parti lain yang bukan diterajui orang Islam.

Bagi satu golongan Melayu, mereka berhasil menjadi dominan terhadap rakan parti sekutu mereka yang bukan Muslim. Manakala segolongan lagi tidaklah sedominan seperti yang mereka war-warkan kepada umum kerana setiap kali mereka cuba untuk mengaku dominan, rakan-rakan politik mereka akan segera menjeling bengis sehingga membuat mereka terkedu seminit dua.

Namun, kedua-dua parti Melayu itu masih mempunyai rekod-rekod kejayaan masing-masing terhadap bangsa dan agama dari perspektif yang berbeza. Ia bagaimanapun bukanlah jenis kejayaan besar yang boleh dibanggakan sehingga tujuh generasi yang seterusnya.

Kita di blog ini pernah menjelaskan mengenai Melayu dan Islam di negara ini. Rujuk klik di sini dan di sini. Kita menjelaskan betapa Melayu perlu menjunjung Islam dan kita memperjelas berhubung persoalan mengenai yang mana satu perlu didahulukan antara Melayu dengan Islam.

Islam itu diturunkan (antaranya) kepada manusia. Manakala manusia itu pula berbilang bangsa. Kita tidak boleh menafikan hakikat manusia itu dijadikan berlainan bangsa. Pernyataan yang mengatakan Islam tidak memandang bangsa atau kaum adalah satu pernyataan yang tidak salah, tetapi ia tidak dihuraikan dengan cukup jujur oleh orang yang mengucapkan pernyataan itu.

Orang yang mengucapkan pernyataan itu tidak pernah melihat pengertian secara menyeluruh. Atas sebab itu, kita pernah menjelaskan (di sini dan di sini) mengenai pengertian itu sebagai pencerahan terhadap kekaburan yang terselindung di sebalik pernyataan itu. Kalau tidak bersetuju dengan perenggan ini, adalah lebih baik mereka terlebih dahulu membaca penjelasan kita sebelum ini sehingga faham.

Akibat tidak faham mengenai kepentingan bangsa terhadap agama, maka wujudlah golongan yang mempersenda perjuangan segolongan lain yang dilihat terlalu bersifat kebangsaan. Di sinilah bermulanya siri kejayaan demi kejayaan yang dicipta kedua-dua golongan Melayu itu di persada dunia.

Jadi, apakah kejayaan terbesar kedua-dua parti teras Melayu itu?

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menanam kebencian terhadap sesama bangsa.

Kejayaan terbesar orang Melayu ialah berhasil menyemarakkan api kebencian terhadap sesama umat. Itulah kejayaan terbesar bangsa Melayu yang mana kejayaan seperti itu tidak pernah dicapai oleh bangsa-bangsa lain di mana-mana pelosok dunia.

Orang Melayu barangkali sangat berbangga dengan kejayaan itu apabila sikap mereka itu disebut-sebut dan disanjung-sanjung oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
--

Islam adalah agama yang sangat dekat di hati orang Melayu, mungkin sekali Islam itu juga adalah hati orang Melayu. Namun, mereka tidak pernah menjadikan agama itu sebagai jambatan untuk menyatupadukan mereka. Sebaliknya, mereka membanding-bandingkan sesama mereka dengan menggunakan agama.

Saya bukanlah berdarah Melayu sejati. Ada darah Arab dalam tubuh saya. Darah itu pula bercampur dengan darah Yahudi yang berhijrah ke Asia melalui jalan darat merentasi tanah orang Parsi, tanah orang India dan tanah orang Siam sebelum sampai ke Tanah Melayu. Dalam tubuh saya ada banyak darah yang sudah bercampur dari Arab, Yahudi, Parsi, India, Siam, Palembang dan Acheh sebelum saya dilahirkan.

Disebabkan saya mempunyai salasilah Semitik (Arab dan Yahudi), maka keturunan saya sejak beratus tahun mencatat semua garis keturunan sejak permulaan Shem bin Nuh. Saya tahu nama datuk kepada datuk saya. Saya juga tahu nama datuk dan nenek kepada moyang-moyang saya. Saya tahu asal usul saya. Adakah anda juga tahu siapa ibu bapa atau datuk dan nenek kepada moyang-moyang anda?

Tidak keterlaluan jika saya memberitahu anda semua bahawa STALKER adalah sepupu saya, sama darah keturunan dengan saya. STALKER, izinkan saya bercerita sedikit.

Saya dan STALKER berasal dari moyang yang sama. Datuknya memilih untuk hidup sederhana dan meninggalkan segala kekayaan dengan tidak mahu diketahui orang ramai mengenai status elit yang mereka warisi. Namun, datuknya dihadiahkan sebidang tanah seluas dua buah kampung sejak lebih 80 tahun yang lalu. Datuknya kemudian membuka kampung di tanah hutan itu.

Di kampung itu, datuknya membenarkan orang-orang miskin membina rumah dan bercucuk tanam di atas tanah yang dikurniakan itu sehingga hari ini. STALKER berasal dari keturunan yang sama dengan saya. Cuma yang membezakan ialah datuknya memilih untuk hidup sederhana dengan membina rumah kayu beratap nipah sejak membuka kampung yang dikurniakan itu. Rumah itu kemudian di-upgrade-kan sedikit untuk memberi keselesaan terhadap ibu bapa STALKER dan rumah itu masih ada hingga hari ini. Sejak datuknya memilih hidup sederhana, kesederhanaan itu kemudian diwarisi ibu bapa STALKER dan hingga kepada STALKER sendiri.

Manakala saya pula tidak melalui cara hidup yang sama dengan STALKER. Datuk saya dikehendaki berada di ruang hadapan elit (?), manakala datuk STALKER memilih untuk berada bersama orang-orang biasa di luar sana. Namun, kami kenal sesama kami. Kami tahu asal usul kami, kami tahu keturunan kami.

Ketika STALKER menyambung pelajaran di universiti, seorang guru silat dihantar ke kampusnya untuk mengajar dia mempertahankan diri. Begitu juga dengan saya. Selepas guru silat, guru pedang dari Jepun pula dihantar kepada kami di kampus masing-masing. Kami menerima perhatian yang setara daripada (?). Bezanya cuma, saya berduit dan STALKER tidak berduit disebabkan jalan hidup yang dipilih keluarga masing-masing.

STALKER adalah lebih dekat dengan anda kerana dia hidup seperti kebanyakan daripada anda. Tetapi saya pula agak jauh daripada anda (juga secara geografinya). Namun, STALKER sentiasa mendekatkan saya kepada anda semua. Keturunan kami datang ke Tanah Melayu adalah untuk berjuang bersama-sama anda. Tidak perlu untuk anda mengetahui keseluruhan kisah kami.

Mungkin anda agak sulit untuk faham mengenai apa yang kami rasai saat ini apabila melihat Melayu sesama Melayu membenci sesama sendiri.

Cuba anda meletakkan diri anda di tempat kami.

Katakan, anda terpinga-pinga menyembunyikan diri di padang pasir selama beratus tahun untuk menyelamatkan diri daripada kekejaman, kemudian memeluk Islam bagi memperbaharui akidah yang diajarkan Musa selepas berjumpa orang Arab dan beranak-pinak sepanjang membuat perjalanan ke sebuah negeri di Asia Tenggara yang menjadi sebutan orang-orang Arab.

Anda datang daripada jauh merentas bukit-bukau dan gunung-ganang untuk berjumpa dengan bangsa yang menguasai Asia Tenggara setelah mendengar khabar berita mengenai kemegahan mereka yang disampaikan orang Arab ke telinga anda semasa anda berlegar-legar di padang pasir. Tetapi apabila anda sampai ke sana, anda melihat bangsa itu sudah mula bercakaran sesama mereka.

Maka, perjalanan anda merentas bukit dan gunung-ganang menjadi seperti sia-sia. Anda mengharapkan untuk bersama bangsa yang gah itu, tetapi apa yang anda lihat ialah bangsa yang gah itu sedang bermusuhan sesama mereka. Apa yang anda rasa selepas melihat bangsa itu bercakaran? Jadi, untuk bersama bangsa yang gah itu, apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu mendamaikan mereka supaya anda dapat bersama mereka untuk mencipta kegemilangan. Selagi mereka tidak didamaikan, selagi itulah hasrat mencapai kegemilangan tidak akan tercapai.

Anda perlu mendamaikan mereka pada saat anda perlu menyembunyikan identiti Yahudi yang anda warisi kerana bangsa gah itu sangat membenci Yahudi sebagaimana mereka membenci sesama mereka sendiri.

Apa yang kita lihat dengan jelas ialah, kejayaan terbesar orang Melayu ialah kejayaan para pemimpinnya menanam kebencian terhadap sesama bangsa. Ia adalah kejayaan yang tidak pernah dicapai oleh bangsa Yahudi sendiri. Bukan Yahudi sekular yang membunuh Yahudi ortodoks di Jerman semasa Perang Dunia Kedua, bukan, ia bukan seperti yang diperkatakan teori-teori konspirasi yang popular bagi memperkatakan kewujudan negara haram Israel yang didirikan atas fahaman nafsu sekular Zionis yang menjauhi agama.

Seorang Yahudi tidak akan berkata buruk kepada Yahudi yang lain meskipun saudara Yahudinya itu beragama Islam atau Nasrani sekalipun. Andai berkata buruk pun mereka tidak tergamak, apatah lagi untuk membunuh sesama bangsa dengan mereka. Berkata dengan ucapan keras adalah tidak sama dengan berkata dengan ucapan buruk. Rabbai Aaron Cohen tidak pernah berhenti mengutuk dan mendedahkan kekejaman Yahudi Zionis kepada dunia, namun Zionis juga tidak tergamak untuk mengapa-apakan Aaron Cohen kerana dia sebangsa dengan Yahudi.

Berbeza dengan orang Melayu, mereka tidak teragak-agak untuk menghambur kata-kata buruk kepada saudara sebangsa dengan harapan akan ada saudara sebangsa mereka akan membenci saudara sebangsa yang tidak sefahaman dengan mereka. Apabila wujud kumpulan sefahaman yang membenci saudara sebangsa, mereka fikir mereka akan lebih bertambah kuat. Mereka fikir mereka telah berjaya kerana ada di kalangan saudara sebangsa mereka mula membenci bangsa mereka sendiri dari kumpulan yang lain, tetapi kita melihatnya sebagai satu kerugian.

Menyayangi bangsa sendiri tidak bermakna anda memeluk mentaliti Yahudi. Melayu adalah bangsa yang ditakdirkan untuk memimpin umat Islam di Asia Tenggara. Andai lemah Melayu di Asia Tenggara diakibatkan permusuhan sesama sendiri, maka lemahlah Islam yang dianuti mereka. Ia kerana Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganuti agama itu. Kalau lemah bangsa itu, maka lemahlah juga kedaulatan agama yang dianuti mereka. Islam tidak lemah, ia kuat dari segala sudut kehidupan, tetapi kedaulatannya dilemahkan oleh sikap orang Melayu sendiri.

Akhir ini, sangat ramai orang Melayu yang mengucapkan kata-kata buruk terhadap Melayu yang lain. Mereka mengucapkan kata-kata buruk itu di setiap keadaan, di Facebook, di Twitter, di blog-blog dan sebagainya. Mereka sudah tidak tahu apa maksud kesopanan, kesantunan dan kehalusan budi bicara dalam menyampaikan maksud. Mereka seperti sudah tidak ada budi bahasa. Orang UMNO atau orang PAS, sama sahaja. Maki-makian, carut-mencarut terhadap sesama mereka sudah seperti makanan sehari-hari disebabkan perbezaan fahaman.

Ada satu ketika, orang PAS memulakan kata-kata buruk di laman-laman sosial dan di blog-blog. Dalam satu ketika yang lain pula, orang UMNO memulakan kata-kata yang sama. Kesannya, orang Melayu sentiasa bertelingkah kerana sudah tidak tahu bagaimana untuk bersantun.

Pada ketika lain, orang PAS menyalahkan orang UMNO. Pada ketika lain, orang UMNO pula menyalahkan PAS. Kesannya juga sama, terus-menerus bertelingkah tanpa ada kesudahan. Sama juga dengan memulakan pergaduhan, ada masa ia dimulakan orang PAS dan ada masa lain ia dimulakan orang UMNO. Berterusan lagi bertelingkah.

Orang Melayu bersama pemimpin mereka menyandang rekod kejayaan yang tidak dicapai oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Ia adalah kejayaan menyemai sikap benci-membenci sesama bangsa, sesama umat. Pada ketika agama seperti sedang tersepit di tengah-tengah, mereka masih bertelingkah menghimpit agama. Jangan sampai apabila kedaulatan agama turut musnah pada ketika mereka musnah akibat tersepit dan menghimpit sesama mereka.


Marilah menuju kejayaan.


Suka saya memetik kata-kata STALKER:
“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”



-SHAHi-



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

12 comments:

Anonymous15 March 2013 00:07
Nmpaknya sifat terahsia yg sangat ganas didalam diri org2 melayu sudah terembes sedikit demi sedikit dari bekasnya.
Lantaran dari usikan-usikan mereka yang disana.
Kesannya kini sudah kelihatan semakin nyata lagi jelas.
Tiada bangsa lain samada dari timur atau barat yang memiliki sifat yg seganas bangsa yg satu ini.
Cuma ganasnya bijak dipendam didalam senyum..
dahsyatnya disimpan didalam tutur..
anjalnya terselit dibawah sipunya.
Bagai harimau tunggal tertidur pulas dipuncak belantara.
Tinggal lagi bangsa ini masih lagi menggenggam teguh kalimah tauhid...Aku percaya...
Persoalannya,apakah kesan..akibat yg bakal berlaku jika penutup bekas itu dibuka tepat pada masa,sebab dan tempatnya..

Reply

Anonymous15 March 2013 01:06
salam SHAHi.

suka tulisan awak..harap awak dapt tulis bayk2 lagi dalm blog ni,nape x balik dok M'sia aja dalm keadaan genting cam ini?

Reply

Anonymous15 March 2013 05:28
Sekali baca perjalanan hidup saudara, STALKER dan yang sealiran, rasa macam tengok filem Barat. Tentang kewujudan kumpulan rahsia yang diberi amanah sejak zaman berzaman untuk dilaksanakan... secret society dari sisi cerah.

Kehadiran guru2 seni bela diri seolah2 ingin membuka kunci potensi diri dalam genetik saudara yang terakam sejak berzaman.

-staff

Reply

Anonymous15 March 2013 05:33
Salam abang shahi..

kwn bg pendapat je,mungkin benar mungkin tidak..
pas dan umno ni main topeng aje..wayang..petro'an.
sehinggalah raja2 melayu memetik 'main trigger'..
pas tu ape jadi ekk??..

Reply

Siti Najwa15 March 2013 09:17
This comment has been removed by the author.

Reply
Replies

Anonymous16 March 2013 03:54
Berikan anak kecil itu kereta mainan,
maka akan bermainlah dia dengan permainan itu dengan asyiknya.
Kemudian beri pula dia dengan pistolan,
maka akan teramat asyiklah dia dengan permainan barunya itu..
tanpa disedarinya alat mainannya itu bukanlah cobaan...
Tapi betol-betol..
Ah..betapa asyiknya permainan itu.

Reply

Anonymous17 March 2013 10:43
salam utk semua yg membaca,terima kasih utk pengarang blog,atas blog saudara yg saya rasa amat berguna,kerna selama ni saya masih tercari2..,dimana asal dan pangkalnya kehidupan,agama dan hala tuju saya ...dan bila saya baca tulisan saudara,sedikit sebanyak terbuka minda saya....terima kasih atas ehsan ilmu saudara...saya sygkan bangsa dan cuba sedaya upaya utk mencintai agama saya iaitu islam...moga ALLAH permudahkan pe yg saya cuba perjuangkan....sesungguhnya saya sgt2 sedih ngan senario bangsa dan agama skrg ni...INSYA ALLAH...andai ada rezki dan izinNYA..saya nk sgt bersemuka dgn anda berdua...INSYAALLAH...

Reply

Siti Najwa17 March 2013 21:18
kenapa orang2 mcm saudara SHAHi dan STALKER berlapik-lapik tentang identiti kalian? ini benar2 menimbulkan soal jawab yang banyak dalam kepala otak saya. tentang siapa kamu semua, sejauh mana saya boleh mencedok maklumat dari kamu semua, juga tentang mengapa kamu semua menyampaikan semua ini lebih2 lagi dalam cara yang tidak terlalu terbuka.

bagaimana boleh guru2 silat dan pedang didatangkan kepada saudara berdua dan bukannya kamu berdua yang mendatangi mereka? siapa yang mendatangkan guru2 tu?

Reply

STALKER17 March 2013 21:28
salam,

najwa,

kita hanya memberi sedikit gambaran tentang identiti kerana ada yang tertanya-tanya mengenai siapa yang berada di belakang blog umat terakhir selama ini.

segala maksud dalam blog ini disampaikan dengan jelas walaupun dianggap kabur oleh sesetengah orang, saudari juga faham dengan segala maksud yang terkandung dalam blog ini.

kita lebih suka melihat melayu islam bersatu. kita menegur melayu dengan bahasa yang lunak. kita menyindir sikap orang melayu dengan kiasan yang tak nampak.

kita lebih suka dipanggil sebagai orang melayu.

orang melayu sangat cermat tika bicara.

lain-lain perkara, biarlah tanpa jawapan.

Reply

Siti Najwa18 March 2013 07:51
ok. i'll keep that in mind.

walaupun banyak sangat misterinya, terima kasih atas perkongsian. saya sangat menghargai apa yang saya dapat dari UT. tapi kadang2 saya rasa cemas memikirkan siapa di belakang UT. ditambah lumrah saya memang suka fikir banyak.

semoga Allah satukan hati saudara2 seagama kita atas landasan akidah.

:)

Reply

Anonymous24 March 2013 12:25
assalamualaikum,melayu oh melayu yg begitu lembut dgn senandung & selokanya kian hari kian terhakis sifat dan kelakuannya hanya kerana dunia yg fana di sana sini masing2 telah menganut agama baru yg digelar politik kepartian yg bertuhankan demokrasi sedarlah wahai bangsaku kalian telah dizalimi & menzalimi dgn sistem yg kalian junjung. Umat bukan bertambah menjadi baik dgn kuasa ditangan anda dan dtg pula satu golongan yg cuba merungkai kekusutan malah menambah lagi kekusutannya hingga x akan dpt dirungkai & ditemukan penyelesaiannya walaupun sekian manifesto & janji ditaburkan.Mulianya bangsa ini hanya dgn Islamnya & hinanya bangsa ini bila ia meninggalkan agamanya...wallahu'alam

Reply

Anaknda Bertuah7 April 2013 08:15
Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.

Reply

No comments:

Post a Comment