Monday, 16 September 2013

Jejak Dajjal Dalam Sejarah: Siar semula dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman

Written by UT: WEDNESDAY, FEBRUARY 17, 2010




Ditulis Oleh: Konspirasi Teoris
Disiarkan Semula Oleh: The ASSOCIATE


(Nota dari ASSOCIATE: Tidak semua bahan dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman akan disiar semula di sini, hanya artikel-artikel tertentu yang akan disiarkan semula dan yang mempunyai kaitan dengan tujuan asal blog ini iaitu berkaitan mistikal Dajjalism. Lain-lain bahan arkib boleh didapati di link-link yang akan disediakan nanti)

Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Sekadar membuat tekaan, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Kami menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin cuba disampaikan kepada anda semua. Semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam

Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”

“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”.

Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)”

Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”.

Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

Kemudian mereka bertanya: “Siapa kamu ini?”

Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.”

Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.”

Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?”

Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?”

Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”

Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?”

Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?”

Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.”

Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?”

Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”

Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.

Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:
- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta

Kod-kod sumber Yahudi

“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)
- ayat ini bermaksud, hanya mereka arif sahaja akan menyedari rahsia angka 666.

“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)
- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta


Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.


Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Kita selongkar kisah Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus.

Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – SUMBER: Ancient Egyptian Myths & Book of the Deads.


kod 2:



Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan)
menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan
seperti makhluk asing dari jenis Reptilian


Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.


Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori di sini ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.


Kalendar Mayan yang berbentuk matahari

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.


kod 3:



Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?




Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu.  Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.


Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.



Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…” – SUMBER:  The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.


kod 4:












Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun


Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun

Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.

Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.

Manakala teori kami pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.

kod 5:
2147981830_5e2bab3f79
Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City
Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah

Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.
axumobelisk405a-1700-yo-etopia
Obelisk di Ethiopia

obeliskegypt
Di Mesir

obeliskparis
Paris

obelisklondon
London

obeliskturkey
Turki

washington
Washington, Amerika

Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).
Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.


kod 6:
91545697ba79a5a0
Stonhenge ketika matahari terbit
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik

Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.
Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.

Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.

Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.


kod 7:
250px-pieter_bruegel_toren_van_babel_groot
Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Kod #7: Triniti agama pagan

Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.
Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.

Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.
Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya).“ (Quran, al-Isra: 85)

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)

“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)

“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak” (Quran, Maryam: 90)

“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”(Quran, at-Taubah: 30)

Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.

Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini? Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.

Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).

Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan bahawa TUHAN ITU SATU:

EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.

Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.

Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.
caio-dai-simbol
Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut
adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini

Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.


kod 8:
merlin
Merlin, tukang sihir terkenal dalam epik King Arthur
Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic

Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang England ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.

Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.

Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.

Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.


kod 9:
red-david
Star of David
Kod #9: Star of David
Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.

Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?
krishna-playing-the-flute-and-dancing-with-the-milkmaids-ca-1700-1900-in-the-asian-art-museum-san-francisco-southern-india
Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David

monkey-temple-in-kathmandu
Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari

3286689203_b2235fdf03
Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David

Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya.

Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, kami biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.


Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi kami pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.

Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya…ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad… dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.

Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis…”sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya…?”. Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?

Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.

Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.
Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.

Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.

Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.

Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya...

SUMBER ISLAM: Quran, Hadis.
SUMBER LAIN: Ancient Egyptian Myths, Book of the Deads; Secret Codes of Terracota Warriors; The Mayan Prophecies






Saturday, 13 July 2013

SISTEM FITNAH: Bahagian 1

Written by UT: FRIDAY, FEBRUARY 19, 2010


Tha-Djel ialah Dajjal?

"FOR THE LOVE OF THE KING"
Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Ta,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirit,
reborn Ta by earth stop,
be sole king, be everything.
 - SYAIR CELT

---
Bahan artikel kali ini diperoleh secara lisan melalui seorang rakan berbangsa Inggeris (Adam, kini Muslim) di United Kingdom, kita ikuti dahulu kisah saudara baru kita ini. Kisah ini telah dialih dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan diringkaskan untuk memudahkan penceritaan. Kemudian kita akan cuba buat penilaian. Kami tidak memaksa anda percaya, ini hanya untuk berkongsi pengetahuan.

Kesahihan kisah seperti diceritakan Sermont kepada Adam tidak dapat dipastikan kerana kekurangan sumber. Sambungan tajuk ini akan cuba dipadankan dengan sumber-sumber lain dengan hanya menjadikan kisah ini sebagai klue awal. Topik ini tidaklah pelik atau sangat sukar.
--

Julai 2004,
AKU selalu menunggu hari Ahad, hari aku tidak bekerja. Selesai mandi dan sarapan roti bawang putih, aku terus memandu ke pinggir kota London, menuju ke rumah Sermont.

Sebaik sampai, Sermont menjemput aku dengan senyuman dan mempelawa aku duduk di atas sofa yang baru dibelinya.

“Mahu tahu lagi mengenai perkara yang aku beritahu kamu pada minggu lepas?” tanya Sermont kepada aku.

“Oh, silakan…aku memang suka dengar kisah mistik” balas aku.

Aku telah lama mengenali Sermont sejak mula bekerja dengan majikan aku sekarang kerana dia pernah menjadi jiran aku di kota London. Sermont seorang Kristian, tetapi pada masa yang sama mempunyai pengetahuan mengenai Wicca dan perkara-perkara mistik mengikut pemahamannya.

“Mengikut tradisi yang kami anggap mitos, ada seorang lelaki dari tanah putih datang ke Eropah pada satu zaman yang terlalu lama, kira-kira beberapa ratus tahun sebelum kewujudan Merlin” kata Sermont.

“Siapa lelaki itu? Apa pula maksud tanah putih itu?” aku menyampuk.

“Sabar dulu…biar aku cerita lagi..” balas Sermont membuat aku terdiam.

Sermont menyambung: “Lelaki itu datang mengajar ilmu kepada bangsa Eropah yang masih mundur pada zaman itu. Dia bijak dalam banyak perkara, semakin lama semakin cerdik akalnya.

“Pada zaman itu juga orang Eropah masih bodoh walaupun sudah lama berpindah ke benua ini untuk memulakan hidup baru selepas nenek moyang mereka kalah teruk dalam peperangan di daerah tanah putih. Lelaki itu mengekori perjalanan mereka hingga ke Eropah bagi memenuhi perjanjiannya dengan nenek moyang mereka.

“Lalu orang Eropah diajar untuk membina tamadun, dia memilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan raja dan menetapkan syarat. Syaratnya, raja itu mesti mengikut segala petunjuk yang diberikannya bagi memakmurkan Eropah dan mengekalkan kuasa raja.

“Lama-kelamaan, orang Eropah semakin ke hadapan dan lelaki itu menghilang. Beberapa ratus tahun selepas itu, Merlin pun muncul. Orang Eropah yakin bahawa Merlin itu adalah lelaki sama yang pernah diceritakan orang-orang terdahulu berdasarkan karekter mereka yang hampir sama.

“Itulah kisah mengenai seorang lelaki yang lebih dahulu muncul di tengah-tengah orang Eropah sebelum Merlin. Orang-orang Eropah terutama Celt mengarang syair bagi memperingati lelaki itu, aku tak tahu apa nama syair itu kerana ia hanya disampaikan melalui lisan. Tapi aku namakan syair itu sebagai For the Love of the King kerana ia menggambarkan bahawa lelaki itu dipuja seperti seorang raja yang disayangi rakyat” cerita Sermont agak panjang lebar.

“Lelaki itu namanya Tha-Djel?” soal aku kepada Sermont.

“Ya. Jangan tanya lagi…aku pun kurang faham syair itu” balas Sermont dengan nada yang kurang meyakinkan.

Ogos 2006,
AKU bersama seorang rakan setugas berbangsa Arab ditugaskan oleh majikan untuk menyempurnakan tugasan perkembangan di Iraq. Tiba saja di Iraq, aku jadi sedikit takut kerana umat Islam dikatakan ganas dan akan membunuh setiap orang asing terutama yang berwajah Eropah. Mujur rakan setugas aku itu berketurunan Arab, aku berasa sedikit selamat.

Ketika berjalan-jalan sekitar sebuah pekan yang musnah akibat peperangan, tiba-tiba datang seorang wanita Arab menjerit-jerit ke muka aku dalam bahasa Arab. Aku bertanya kepada rakan setugas mengenai maksud percakapan wnaita itu.

“Dia minta kamu suruh semua orang Amerika pulang. Dia kata kamu dan bangsa kamu pengikut seorang penipu besar,” jelas rakan setugas aku itu dalam nada yang kekok seperti enggan berterus terang sepenuhnya.

“Siapa penipu besar itu? George Bush?” aku tanya semula dan pada masa yang sama wanita itu terus menjerit-jerit mungkin memberitahu kesengsaraan yang dihadapi keluarganya akibat peperangan.

“Kamu betul mahu tahu? Kamu janji jangan prejudis dengan apa yang akan aku beritahu? Jom kita pulang, akan aku beritahu nanti,” kata rakan aku itu dan kemudian menenangkan wanita itu sebelum berlalu.

Di hotel, aku bertanya semula kepada rakan aku itu: “Ceritalah….aku mahu dengar” kata aku.

“Dia maksudkan penipu itu ialah ad-Dajjal, dia maksudkan Amerika dan sekutunya itu adalah pengikut Dajjal, si penipu besar yang mahu melihat kehancuran manusia,” balas rakan itu dengan wajahnya yang masih sedikit basah selepas solat.

“Dajjal? Rasanya pernah dengar nama itu tapi dalam sebutan lain yang hampir sama. Ceritakan lagi mengenai Dajjal itu.. aku pernah dengar nama itu dari seorang rakan, tapi dia tidak lagi menemui aku sehingga hari ini,” kata aku.

 Rakan aku itu terus bercerita mengenai Dajjal mengikut perspektif Islam dan kaitannya dengan kedatangan semula Dajjal bersama segolongan manusia yang dinamakan Gog Magog (Yakjuj Makjuj). Rakan aku itu ternyata berpengetahuan tinggi mengenai agamanya, Islam.

Kemudian aku berfikir semula mengaitkan sebutan Tha-Djel dengan Dajjal.

“Tha-Djel=Thadjel=Dadjel=Dajjel=Dajjal=Dajal” itulah namanya mengikut kaedah sebutan homofon kerana suku huruf 'Th' kadang-kala berfungsi sebagai 'D' seperti The, That dan sebagainya.

Aku tersentak, mungkin benar ada kaitan antara Dajjal ini dengan bangsa Eropah. Bangsa Eropah mungkin dari gugusan Caucasia dan pecahan bangsa Scythia selepas kalah besar dalam peperangan satu masa dahulu. Orang Eropah yang sama darahnya dengan aku mungkin keturunan Gog Magog (Gog Magog Bloodlines).


Askar Yakjuj Makjuj Scythia

Selepas enam bulan sekembali ke London, aku berusaha menidakkannya dengan meneliti rekod-rekod sejarah mengenai perjalanan bangsa Scythia namun yang benar itu tetap benar. Aku gagal menidakkannya. Mengikut perspektif Islam, Dajjal itu akan keluar bersama Gog Magog ketika akhir waktu. Maka, perspektif Islam itu sangat jelas.

Aku mula menyelidik teori-teori mengenai Dajjal yang ditulis orang Islam, aku membelek karya Muhammad Isa Dawud yang diterjemah dalam bahasa Inggeris yang aku beli di sebuah kedai buku milik seorang lelaki India Muslim. Teorinya janggal, tapi bukan kejanggalan teori yang aku tumpukan. Aku mencari maksud Dajjal melalui perspektif Islam dan menemui sedikit jawapannya.

Aku juga meneliti teori-teori konspirasi Dajjal yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang bercambah di internet. Walaupun sekadar teori, ia tampak boleh diterima kerana dapat melihat serba sedikit pertalian antara Dajjal dan Gog Magog serta permainan busuk pengikut Dajjal dalam mempergunakan beberapa agama bagi menutup kerja mereka. Ada satu sisi yang boleh diterima akal. Aku mula mampu melihat bahawa Tuhan itu SATU iaitu yang disembah oleh umat Islam.

Aku teliti pula al-Quran yang diterjemah dalam bahasa Inggeris. Aku membelek surah Kahfi, disebut tentang Gog Magog. Aku membelek pula Hadis Muhammad, banyak diceritakan tentang Dajjal dan pertaliannya dengan Gog Magog. Islam telah lama ada jawapannya. Aku sudah tidak dapat menidakkan atau menegakkan benang basah.

Kemudian aku berfikir secara waras untuk mengubat jiwa, tidak salah jika lahir dari darah keturunan Gog Magog selagi kita mencintai kebenaran dan menuju ke jalan kebenaran. Aku menelefon rakan setugas aku itu, aku menyatakan sesuatu kepadanya. Dia membawa aku ke sebuah pusat Islam di London, dan aku mengucapkan kalimah iman. Jiwaku tidak lagi terasa kosong. Aku sudah menemui pengisian jiwa yang sewajibnya, aku sudah sedar tujuan aku diciptakan sebaik aku mengenali Tuhan yang sebenar-benarnya.

Demikian kisah dari Adam, saudara baru yang menemui jawapan yang tidak pernah disangkanya.




Saturday, 6 July 2013

Yahadut Mizrah: Harapan baharu Zionis

Written by UT: 29 Jun 2013


ANDAI kamu tahu betapa besarnya harapan Tel Aviv terhadap Yowtai yang berada di seluruh dunia, maka kamu tidak akan sesekali berbuat silap membuka ruang dalam diri untuk mempercayai Yowtai walau di mana mereka berada.



Mereka (kelompok Yowtai) yang tinggal di Amerika, terkenal dengan gerakan kongsi gelap, menjual dadah, memperdagangkan manusia, dan sesiapa juga tidak boleh berbuat sesuka hati di bandar-bandar yang dikuasai mereka, termasuklah tidak boleh berbuat kebaikan sesuka hati sehingga boleh menganggu pengaruh mereka dalam sesebuah komuniti.

Yowtai ada di mana-mana sahaja di pelosok dunia. Mereka menggerakkan gelombang dan mendirikan tiang-tiang (rujuk artikel: The Pillars) di serata dunia yang berfungsi mengutamakan kepentingan negara haram Israel.

Peranan yang dimainkan Yowtai adalah sangat besar dalam gerakan Zionis. Yowtai mampu menyelinap ke mana-mana sahaja tanpa diketahui identiti mereka oleh orang-orang yang malas mengambil tahu seperti anda.

Kalau mereka hidup di Jerman pada ketika Hitler sedang berkuasa, maka Hitler juga pasti gagal mengenalpasti bahawa manusia yang berwajah Asia Timur itu sebenarnya juga ada darah Yahudi.

Identiti yang jenis anti-identiti yang dimiliki Yowtai sangat berguna kepada Israel.

[Anti-identiti; istilah merujuk kepada seseorang yang kelihatan seperti berasal daripada satu kumpulan manusia, namun dia sebenarnya bukan berasal daripada kumpulan manusia yang difikirkan, menghampiri pengertian identity-freud atau con-identity.]

Harapan Israel terhadap Yowtai sangat tinggi. Tanpa Yowtai, Israel tidak mampu memperbesar lebar penguasaannya terhadap Asia.

China (negara) telah lama menyedari sejarah kewujudan Yowtai di tanah besar mereka, maka dengan itu China tidak membuka banyak ruang kepada Yowtai untuk terus melebarkan pengaruh mereka dalam persekitaran sosio-ekonomi.

Malah, sejarah lampau juga merekodkan kekecohan Taipeng (sila rujuk sejarah) adalah disebabkan oleh Yowtai sehingga menyebabkan lebih 200,000 nyawa terkorban, maka sebab itulah China amat berhati-hati dengan kelompok Yowtai apabila ada ruang untuk mereka berkuasa.

Disebabkan dasar pentadbiran China yang mengamalkan dasar langit tertutup (sekitar sebelum penghujung 1990-an), China menerima tekanan daripada Amerika dan Eropah supaya mengubah kepada dasar yang lebih terbuka.

Pada 1989, rusuhan di dataran Tiananmen yang dicetuskan golongan pelajar di China bertindak menjadi alat kepada Amerika dan Eropah untuk memaksa China mengamalkan dasar yang lebih terbuka.

Rusuhan tersebut tercetus disebabkan tangan-tangan asing bagi memaksa China mengubah dasar pentadbirannya, secara sebaliknya pula ia adalah bagi membuka laluan kepada Yowtai. Perubahan dasar yang berlaku secara perlahan-lahan di China disebabkan tangan asing yang memperkuda golongan pelajar di China akhirnya berlaku di China dalam dekad 1990-an.

Dasar yang lebih terbuka (tersiratnya, kapitalism) itu adalah bagi membolehkan Yowtai sama-sama terlibat dalam persekitaran ekonomi China secara lebih bebas dan terbuka (itu adalah motifnya yang sebenar).

Apabila Yowtai dapat melibatkan diri secara lebih bebas, sudah tentu Yowtai mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendaki ke tempat yang lebih tinggi dalam status ekonomi masyarakat di China. Lantas, Yowtai akan lebih dominan dalam persekitaran ekonomi China dan seterusnya dapat memberi khidmat kepada Israel dengan lebih berkesan.

Namun, kamu di Malaysia ini tidak begitu tahu mengenai kewujudan Yowtai dan atas sebab itulah Yowtai sentiasa mengambil peluang untuk menguasai segala cabang sumber ekonomi di tanah tumpah darah nenek moyang kamu ini. Lebih teruk, pemikiran sebilangan daripada kamu sudah berjaya dirosakkan oleh kelompok Yowtai melalui cara yang halus dan menyeronokkan.
--



Pada kurun-kurun terakhir, Yakjuj Makjuj (Gog Magog) akan bangkit di celah-celah kamu semua. Bilangan mereka pula adalah 999 orang berbanding seorang Muslim. Ia bermakna, seorang Muslim akan menghadapi 999 orang Yakjuj Makjuj pada satu masa.

Itu belum dikira golongan munafik yang berpura-pura sebagai orang Islam, mereka juga hidup di celah-celah kamu. Ada yang sudah murtad, tetapi tidak menghebahkan status mereka sebagai sudah murtad. Dalam diam, golongan munafik murtad itu juga memusuhi kamu dan akan bangkit di celah-celah kamu semua bagi memusnahkan setiap daripada kamu.

[Mengikut pengertian yang sebenar, munafik merujuk kepada orang yang bukan beragama Islam atau telah kafir. Munafik tidak merujuk kepada orang Islam yang hipokrit terhadap agama. Munafik ialah orang yang telah menjadi kafir secara rela, tetapi tidak mengumumkan kekafiran mereka supaya terus dianggap sebagai orang Islam dan hidup bersama orang Islam.]

Apabila dihitung antara nisbah 999 Yakjuj Makjuj bersamaan 1 orang Islam, kamu semua sebenarnya akan turut menghadapi ancaman golongan munafik. Kamu semua akan berhadapan dengan lebih daripada 999 orang yang mahu memenggal kepala kamu pada satu-satu masa. Jadi, sedarlah bahawa musuh kamu sangat ramai.

Kamu tidak akan menemui kekuatan sekiranya masih berpecah belah dengan memeluk tubuh masing-masing tanpa turut sama memeluk tubuh saudara-saudara kamu yang kamu sedang benci selama ini.

Kamu sudah kami khabarkan mengenai sejarah perjalanan Yahudi ke Asia Timur sehingga lahirnya kaum Yowtai yang misteri. Kamu juga sudah diberitahu bahawa betapa Yowtai sangat menjunjung ketaatan mereka kepada bangsa induk mereka iaitu Yahudi.

Kamu juga sudah dikhabarkan bahawa betapa seseorang yang berdarah Yahudi (kecuali yang beragama Islam) akan selalu menjunjung perintah dari Tel Aviv untuk memastikan bangsa induk mereka berhasil mendirikan peta The Greater Israel.

Ketahuilah bahawa Yakjuj Makjuj adalah bangsa misteri yang pernah melakukan kerosakan dan kemusnahan besar-besaran di atas muka bumi. Mereka banyak merosakkan tamadun-tamadun manusia dengan melakukan serangan-serangan ganas sehingga tamadun-tamadun yang dimangsakan itu akhirnya runtuh.



 Semasa episod akhir keganasan Gog Magog (kurun sebelum Masihi), apabila mereka dikalahkan (rujuk sejarah perjalanan kaum Scythia yang terpecah sebagai suku Yahudi yang hilang), kelompok manusia gasar (barbaric) itu melarikan diri ke Asia Timur dan Eropah Timur, seterusnya menetap dan berasimilasi dengan masyarakat tempatan di Asia dan Eropah.

Mereka kemudian melahirkan generasi berdarah campuran yang digelar sebagai Yahadut Mizrah. Itu adalah daripada salah satu benang sejarah.

Dalam benang yang lain, kaum Yahudi melarikan diri dari Yerusalem pada ketika mereka diperangi Rom pada kurun pertama Masihi (the great diaspora). Mereka turut memasuki Asia dan Eropah melalui jalan darat. Seterusnya melahirkan bangsa campuran yang disebut Yahadut Mizrah.

Jadi, terdapat dua peristiwa yang membawa kepada kemasukan dan asimilasi Yahudi dengan bangsa Asia Timur. Pertama, melalui sejarah Gog Magog dan kedua melalui sejarah the great diaspora. Maka, kewujudan Yahadut Mizrah dalam kalangan bangsa-bangsa Asia adalah benar.

Disebabkan kewujudan mereka adalah benar, maka kamu tidak boleh mengambil mudah dan memperkecil-kecilkan kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi campuran itu. Sedarlah bahawa Yahudi dari Israel tidak akan datang memenggal kepala kamu. Sebaliknya, saudara-saudara jauh mereka yang akan menggalas tugasan itu tanpa kamu sedari.

David Myers dalam beberapa jurnal (buletin Yahudi) yang ditulisnya, mengatakan, Israel wajar memberi perhatian kepada Yehuda Mishahi kerana menurut Myers, Yowtai dan Mishahi yang lain adalah satu harapan baharu yang sangat besar ertinya kepada Israel. Adakah kamu memahami apakah yang dimaksudkan oleh Myers itu?

Pada ketika seluruh isi dunia sangat membenci wajah-wajah Yahudi Israel disebabkan dasar Zionis mereka yang melampau, dunia sebenarnya tidak menyedari kewujudan Yowtai dan Mizrahi yang memiliki 99 peratus wajah yang tidak seperti bangsa induk mereka.

Maka, Myers menggariskan bahawa Mizrahi adalah harapan baharu dalam menjunjung cita-cita bangsa Yahudi untuk mendaulatkan diri mereka secara senyap di celah-celah bangsa dunia yang lain.

Jurnal Myers mendapat perhatian Tel Aviv dan sering menjadi wacana di Israel untuk menjunjung cita-cita bangsa Yahudi berideologi sekular Zionis. Maka, satu gerakan mula direncanakan dalam tempo serba baharu dan digerakkan oleh tangan-tangan Mizrahi di seluruh dunia.
--



Islam adalah agama yang sangat tegas membuat teguran terhadap sikap Yahudi yang melampau. Al-Quran pula banyak menyingkap perbuatan-perbuatan Yahudi yang melampau sejak zaman-zaman para nabi.

Pada ketika Yahudi merampas tanah Palestin, dunia hanya memberi tumpuan kepada Yahudi Zionis yang induk, tetapi melupakan atau tidak peka terhadap kewujudan Mizrahi. Namun, satu rencana baharu telah digerakkan untuk menjunjung cita-cita sekular bangsa Zionis itu.

Mizrahi di serata dunia diberikan skrol dari Tel Aviv untuk menjayakan dua misi besar iaitu The Greater Israel dan The Greater World dalam skim The New World Order of the New Secular World.

Negara-negara Islam dijadikan sasaran dalam skim baharu itu. Dana-dana disalurkan melalui skim money laundering bagi membolehkan setiap rancangan dijalankan dengan jaya. Proksi-proksi diberikan tauliah untuk menjunjung cita-cita Zionis.
--

Mizrahi memainkan peranan (rujuk role player dalam siri art of con) untuk menggerakkan rakyat di sesebuah negara sasaran bagi memulakan kacau bilau. Kacau bilau dalam sesebuah peta itu tidak dimulakan oleh orang-orang yang tidak ada kaitan dengan Mizrahi, ia sememangnya dimulakan oleh Mizrahi, dengan mempergunakan sebilangan rakyat yang bukan dari kalangan Mizrahi.

Andai kata seorang Yahudi dari Israel yang mengajak rakyat di sesebuah negara Islam melakukan pemberontakan, maka sudah tentu tiada seorang pun orang Islam yang akan mengikut seruan Yahudi itu.

Tetapi apabila seorang Mizrahi yang memiliki wajah tempatan mengajak melakukan kacau bilau atas slogan rakyat, maka sudah pasti rakyat sebilangan akan mengikut seruan itu kerana rakyat yang dungu itu tidak ada pengetahuan mengenai hubung kaitan kelompok Mizrahi itu dengan bangsa induk mereka iaitu Yahudi.

Maka, tidak hairan apabila ada sebilangan dungu yang memuliakan Soros apabila ketua mereka memuliakan Soros. Tidak hairan pula apabila ada sebilangan dungu yang tidak mahu berfikir apabila ada ketua mereka memuliakan Israel.
--

Tanggapan popular mengatakan Israel bertindak pro kepada Syiah adalah kurang tepat. Walaupun dalam kebanyakan peristiwa memperlihatkan Israel membantu Syiah memerangi golongan Sunni di negara-negara tertentu, ia masih belum mampu menjadi jawapan yang tepat terhadap tindakan Israel itu.

Dalam skim baharu, Israel melalui saudara jauh mereka iaitu Mizrahi bertindak membantu golongan rakyat di sesebuah negara untuk menggulingkan pemerintah sedia ada, tidak kira walau kelompok mana pun yang menguasai pemerintahan, tidak kira pemerintah itu dari kelompok Syiah atau Sunni. Motifnya ialah menggulingkan pemerintah sedia ada tidak kira ia dari kalangan Sunni atau Syiah.

Jika yang memerintah itu dari kelompok Sunni, maka mereka akan menghasut golongan Syiah untuk menggulingkan pemerintah Sunni. Maka jika pemerintah itu dari kalangan Syiah, mereka akan menghasut dan membantu golongan Sunni untuk menggulingkan pemerintah Syiah. Matlamatnya ialah memusnahkan pemerintahan sedia ada.

Ia bagi membolehkan The Greater Israel berdiri tegak di atas peta rancangannya selepas mereka mengambil alih negara-negara yang sudah digulingkan pemerintahannya. Pada masa yang sama, Mizrahi akan bertindak menghasut rakyat di sesebuah kawasan di sesebuah negara (yang dalam peta Greater Israel) supaya memohon untuk keluar daripada pemerintahan sedia ada.

Sentimen membenci pemerintah disebar luas sehingga menuntut hak untuk keluar daripada pemerintahan. Akhirnya, kawasan yang berjaya keluar daripada peta itu akan diserap masuk ke dalam peta Greater Israel. Apabila pemerintah enggan melepaskan wilayah yang mahu keluar itu daripada negara, maka peperangan lebih besar akan berlaku dalam menuntut pembebasan mereka daripada tampuk pemerintahan pemerintah sedia ada.

Dalam apa juga keadaan, Mizrahi akan menggunakan kelebihan mereka untuk menghasut rakyat di sesebuah negara supaya menuntut pembebasan daripada pemerintahan sedia ada. Apabila minda rakyat dikuasai Mizrahi, mereka akan menggunakan segala peluang untuk mencipta kacau bilau dengan cara menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap pemerintah.

Mizrahi mempunyai dan berupaya memainkan peranan mereka dengan cukup berkesan. Dengan pengaruh sosio-politik, mereka mampu menggerakkan sebilangan rakyat bagi memulakan kacau bilau.

Dengan pengaruh sosio-ekonomi pula, mereka mampu mengawal kenaikan harga barang melalui perniagaan-perniagaan yang dikuasai mereka. Apabila harga barang dinaikkan oleh peniaga-peniaga dari kalangan Mizrahi, mereka akan segera menuduh pemerintah membenarkan harga barang dinaikkan walhal merekalah yang menguasai perniagaan dan menguasai harga barang-barang yang dijual. Sedaya upaya, mereka akan menuduh pemerintah pada setiap kali berlaku kenaikan harga barang bagi menyemarakkan kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup.

Faktor-faktor peningkatan harga barangan adalah antara sekian banyak picu (gun trigger) yang boleh menyebabkan berlakunya kemarahan rakyat terhadap pemerintah. Dalam persekitaran ekonomi dunia, sebilangan besar perniagaan dikuasai oleh Mizrahi.



 Para peniaga Mizrahi pula sentiasa mengambil peluang untuk menaikkan harga barang bagi memenuhi kehendak hawa nafsu materialistik mereka yang mahu cepat kaya. Namun, apabila ada rakyat yang berasa tertekan dengan kenaikan harga barangan, maka mereka akan cepat-cepat menuduh bahawa kenaikan harga barangan itu disebabkan oleh pemerintah.

Maka apabila rakyat marah, mereka akan memaksa rakyat melakukan kekerasan terhadap pemerintah sehingga berlaku huru-hara. Puncanya ialah kenaikan harga barang, walhal para peniaga Mizrahi adalah orang yang bertindak menaikkan harga barangan sesuka hati bagi mencetus kemarahan rakyat terhadap pemerintah.

Maka, lihatlah kedunguan-kedunguan yang ditabur oleh Mizrahi ke dalam pemikiran sebilangan masyarakat yang gagal berfikir dan bagaimana tatakerja mereka dalam menyemai kemarahan terhadap pemikiran masyarakat yang akhirnya melepaskan segala tuduhan terhadap pemerintah sehingga berlaku huru-hara di kebanyakan negara dunia.

Tekanan hidup yang membebani rakyat di sesebuah negara adalah satu ‘aset’ penting dalam menyemai sentimen anti-pemerintah. Mizrahi pula kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan-perniagaan dan merekalah yang mengawal harga pasaran dalam persekitaran ekonomi kapitalis. Dengan itu, mereka menggunakan peluang yang mereka miliki untuk mempengaruhi harga barangan dan kemudian menyuruh rakyat menggulingkan pemerintah apabila berlaku kenaikan harga barangan. Licik?
--

Dalam usaha menggulingkan pemerintah, the pillars (organisasi-organisasi bebas yang digerakkan Yahudi) kemudian menyelinap masuk ke negara-negara yang sedang mengalami bibit-bibit kekecohan. Organisasi pillars itu pula kemudian mengadakan kerjasama dengan Mizrahi tempatan di sesebuah negara untuk menggerakkan kemarahan rakyat di negara itu.

Gerakan-gerakan itu pula dijalankan secara menyeluruh melibatkan gerakan ekonomi, revolusi dan juga politik tempatan di sesebuah negara. Rakyat diheret ke dalam pelbagai situasi yang mengakibatkan perpecahan dan akhirnya kacau bilau serta saling bermusuhan dalam mempertahankan pihak masing-masing (pro-pemerintah yang berlawanan dengan pro-revolusi).

Pada masa itu, pelbagai slogan rakyat (rujuk artikel: Infectious Slogans) dimainkan dalam usaha menyemarakkan kemegahan dan kemarahan rakyat untuk memperjuangkan apa sahaja yang dikatakan sebagai hak-hak rakyat sehingga tercetusnya kemusnahan.

Mizrahi memainkan peranan mereka secara menyeluruh.

Sememangnya mereka sedang bangkit di celah-celah kemarahan manusia-manusia yang berasa tertekan. Apabila mereka bangkit seluruhnya, manusia-manusia yang tidak sama dengan mereka akan diperlemahkan dan seterusnya dilenyapkan bagi mendirikan dua misi besar iaitu The Greater Israel dan The Greater World.
--

Yahadut Mizrah adalah harapan besar Israel. Tanpa Yahadut Mizrah, Israel tidak akan mampu mencipta sekian banyak kekecohan yang berlaku di seluruh dunia hari ini. Black Jews di negara-negara Afrika sentiasa mencipta peluang melakukan huru-hara dalam memastikan bangsa Afrika terus lemah.

Mulatto Jews serta Caucasian Jews di Eropah dan Amerika pula sentiasa memainkan peranan pillars dalam memastikan konglomerat, golongan politik dan ahli perniagaan berdarah Yahudi menguasai perjalanan ekonomi dan politik di Amerika dan Eropah sehingga menyebabkan Amerika dan Eropah sentiasa tunduk patuh terhadap kehendak hawa nafsu Israel.

Di bahagian dunia Asia pula Yehuda Mizrah berterusan memainkan peranan mereka dalam memastikan kekuasaan Israel dalam mengawal perjalanan bangsa-bangsa dunia.

Rancangan itu semua dicipta di atas meja Mossad di negara Zionis Israel. Setiap rangka kerja dicipta berbeza-beza mengikut keperluan dan kesesuaian sesebuah negara yang mereka sasarkan. Skrol-skrol berupa tauliah diberikan kepada individu-individu Mizrahi di negara-negara sasaran.
--



Langkah Israel menghapuskan segala bentuk identiti bangsa Arab Palestin sebagaimana laporan akhbar dunia baru-baru ini adalah tidak ubah seperti langkah sebilangan manusia yang mahu menghapuskan setiap apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Islam di negara ini. Itu pun kalau kamu nampak semua itu.

Bagi melemahkan sesebuah bangsa, Yahudi sentiasa berusaha menghapuskan identiti jati diri sesebuah bangsa. Ia bagi menjadikan bangsa itu lemah motivasi untuk terus melangkah maju (rujuk artikel: Demotivate). Apabila sesuatu bangsa itu sudah lemah, maka sudah pasti yang kuat pula akan beralih menjadi berkuasa.

Jangan cepat melatah dan melompat bak jaguh untuk bercakap soal politik dungu apabila kita berbicara mengenai Melayu dan Islam di negara ini. Jangan jadi dungu yang mula bercakap soal politik kalau ada orang yang berbicara mengenai Melayu dan Islam.

Kalau kamu tidak mengenal Yahadut Mizrah di negara ini, maka tidak wajar kamu cuba-cuba jadi jaguh dungu yang tidak memahami apakah yang sudah, sedang dan akan dilakukan oleh Yahadut Mizrah terhadap kamu dan agama kamu.

Kalau kamu mahu juga jadi jaguh yang berlagak tahu segala-galanya, maka cuba lihat orang-orang di kawasan perumahan atau di bandar kamu dan tunjukkan yang mana satu Yahadut Mizrah, itu pun kalau kamu tahu bagaimana cara untuk mengenali mereka. Kalau tidak tahu, maka tunggulah kamu dimangsakan apabila mereka bangkit sebagai Yakjuj Makjuj di celah-celah kamu.

Hadis yang mengkhabarkan Yakjuj Makjuj akan keluar di akhir zaman itu benar-benar belaka. Apabila kamu benar-benar mengenali Yahudi Zionis, kamu akan mengetahui segala-galanya mengenai mereka, rahsia-rahsia mereka yang mengetahui kewujudan Yahadut Mizrah.

Kamu akan menemui jawapan bahawa Yahadut Mizrah akan keluar sebagai Yakjuj Makjuj yang mempunyai kaitan dengan Yakjuj Makjuj Scythia pada zaman silam. Ketahuilah juga bahawa bilangan mereka adalah 999 berbalas 1 daripada kamu. Fikirkanlah bagaimana ia boleh menjadi sehingga 999 orang bagi setiap seorang daripada kamu.

Ketahuilah bahawa mereka itu wujud dan ketahuilah mengenai apa yang telah, sedang dan akan mereka lakukan. Jangan hanya tahu bercaka

p mengenai politik walhal kamu langsung tidak tahu mengenai apa yang dimaksudkan oleh baginda nabi mengenai keluarnya Yakjuj Makjuj di akhir zaman. Kamu tidak akan sempat berpolitik lagi bilamana Yakjuj Makjuj sudah bangkit, maka cukup-cukuplah berpolitik dungu.

Belajarlah dari benang-benang sejarah musuh kamu. Melalui sejarah juga kamu akan mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Saya dan seluruh ahli panel blog ini tidak berkuasa untuk mengubah kamu. Apabila sampai masanya nanti, kami akan menyudahkan blog ini dan kemudian menyendiri menyepi.

Berubahlah. Bersatulah.

Yowtai adalah harapan Israel.
Yahadut Mizrahi ada di celah-celah kamu.

Tuntutlah kemenangan terbesar kamu, iaitu umat yang bersatu menepati segala definisi bersatu.



-ANONYMOUS-

Yahadut Mizrah: Skroll dari tanah jajahan

Written by UT: 26 Jun 2013

SIAPA kata di Israel sana semua orang mengikut perkara-perkara yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam? Siapa kata di Israel tiada penjualan rokok, arak, pusat hiburan, rumah pelacuran, pusat gay dan sebagainya? Siapa kata di Israel tiada Coca-Cola?

Orang yang berkata di Israel tiada arak, tiada coca-cola, tiada rumah pelacuran dan sebagainya itu mungkin tidak pernah menjejak kaki ke negara absolute-secular itu. Maka, mereka tidak tahu apa yang berada di sebalik tembok yang memisahkan antara Israel dengan Palestin itu. Israel jauh lebih sekular daripada Amerika.

“(Negara) Israel tidak didirikan atas dasar kepercayaan kepada Tuhan. Ia didirikan atas dasar sekular yang tepat mengikut pendefinisiannya yang sebenar,” – Rabbai AARON COHEN.

Semuanya ada di Israel. Israel adalah sebuah negara sekular. Cuma yang tiada ialah tiadanya orang makan babi secara terang-terangan di sana. Kalau orang itu sejak lahir sudah jadi Yahudi, memang dia akan berasa jijik kalau mendengar makanan yang ada daging babi. Lain-lain perkara yang bisa memuaskan hawa nafsu, semua ada di Israel.

Israel ada sebuah negara haram yang didirikan atas dasar sekularism dan liberalism serta atas dasar kehendak hawa nafsu para sekularis Yahudi Zionis terhadap impian keduniaan dan kekuasaan global bagi mendaulatkan hawa nafsu, keegoan dan sifat etnosentism mereka terhadap bangsa-bangsa lain yang mereka anggap tidak semulia darjat hawa nafsu mereka yang buas.

Israel menjadikan rakyat-rakyatnya sebagai bahan eksperimen untuk menyesatkan seluruh manusia di dunia ke lembah sekular. Amerika juga melakukan perkara yang sama, tetapi Amerika sedikit bertimbang rasa dalam menghormati rakyat-rakyatnya (yang konservatif) yang tidak suka kepada sekularism. Tetapi, Israel tidak peduli semua itu.

Jadi, tidak hairan apabila Tel Aviv diumumkan dan dijadikan bandar pelancongan dan tempat berpesta ria golongan gay dan homoseksual dari seluruh dunia pada tahun 2011. Kalau mana-mana manusia yang mencintai keseronokan hawa nafsu keduniaan, maka Israel adalah kota mereka. Maka, golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), golongan sekularis dan liberalis pasti-pastinya senang hati berkiblatkan Israel.

Ia kerana Israel mengiktiraf semua hak asasi yang berpusatkan humanism, hedonism dan lain-lain ism-ism yang menjanjikan keseronokan tanpa batas atau had. Eksperimen yang dilakukan bagi mengheret rakyat-rakyatnya telah lama dilakukan sejak 1960-an.

Filem-filem lucah (juga disebut gred B dan gred C) dan separa lucah ditayang di panggung-panggung wayang di Israel sejak 1960-an bagi memberi hak mengikut hawa nafsu kepada golongan-golongan yang mementingkan hawa nafsu seksual. Segala-galanya keseronokan, sekular dan hak asasi manusia yang melampaui batas memang sudah lama ada di Israel.

Maka tidak hairanlah kalau eksperimen itu diperbesarkan dengan penuh jaya ke serata pelosok dunia bagi mengheret umat manusia ke lembah sekular. Ia kerana eksperimen yang dibuat terhadap tikus-tikus yang sama warna bulunya dengan mereka itu telah lama berjaya. Lalu, eksperimen yang sama diperbesar kepada tikus-tikus yang warna bulu berbeza di makmal-makmal di serata dunia menggunakan kaedah formula yang sama. Ia berjaya, cukup berjaya.

Jadi, siapakah yang menjadi orang-orang yang menjalankan eksperimen di makmal-makmal (negara-negara) di serata dunia? Sudah tentulah orang-orang yang mempunyai ciri-ciri bulu tikus yang sama dengan mereka, yang mempunyai darah yang sama dengan mereka. Sudah tentulah orang-orang yang mahu merosakkan kamu semua itu adalah Yahadut Mizrah.
---

Yahadut Mizrah: Skroll dari Tel Aviv


Kalau kita sebut perihal Mossad dan kaitannya dengan pihak-pihak di Malaysia, maka pasti ada yang akan melompat dan melatah, lantas tidak semena-mena mengaitkan ia dengan politik. Walhal, walaupun kita tidak akan menyebutnya dalam konteks politik, pasti akan ada juga orang-orang dungu yang mahu mengatakan ia sebagai propaganda politik.

Kita tidak akan menyentuh perkara ini dalam konteks politik. Kita hanya akan menyebut dan menyentuh watak-watak tempatan Malaysia yang ada kaitan dengan Mossad, tetapi kalau ada juga yang terasa seperti dijentik atau dipalu, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Kalau maklumat ini terasa pedasnya, ketahuilah bahawa kita tidak pernah memaksa sesiapa di kalangan anda untuk makan cili-cili yang menjadi punca terasa pedas.
--

Pada tahun 2007, sekumpulan Yowtai (Yevda) dikesan kerap memasuki Singapura dan memasuki bangunan Kedutaan Besar Israel di Singapura. Antaranya ialah Yoseph, Christopher, Peter dan beberapa lagi nama.

Nama-nama itu pula adalah nama-nama yang hanya diketahui di kalangan Yahadut Mizrah di Malaysia yang mana orang awam seperti anda tidak mengetahui akan nama-nama sulit yang mewakili identiti keyahudian mereka.

Sekitar November 2007, dua ejen Mossad diterbangkan khas dari Tel Aviv untuk memulakan urusan baharu di Kedutaan Israel di Singapura. Ia bagi memulakan kerjasama sulit antara tiga pihak iaitu Mossad, Kedutaan Israel di Singapura dan pihak-pihak Yowtai dari Malaysia. Sebelum 2007, sudah banyak urusan dilakukan antara Mossad dengan pihak-pihak Yowtai, namun ia hanya sekadar hal ehwal kaum Yowtai dan perihal survival ekonomi mereka.

Namun, bermula November tahun 2007, urusan itu diperbaharui dengan agenda yang lebih bersepadu dan tersusun melibatkan pengertian survival yang lebih besar (pelbagai) dalam persekitaran golongan Yowtai.  Ia adalah pembaharuan agenda yang diimport khas dari Tel Aviv, hasil perahan otak di meja Cawangan Asia Tenggara di Ibu Pejabat Operasi Mossad, one big job exclusively crafted by Mossad for Yevda.

Itu adalah maklumat-maklumat yang diketahui dari Singapura. Maka, adakah ada ejen Mossad yang memasuki Malaysia melalui pintu KLIA? Kemungkinan itu ada, ia bukan dibuat menggunakan andaian semata-mata, apabila seseorang ejen perisikan daripada mana-mana negara berjaya memasuki mana-mana negara lain, maka ia sememangnya sulit dikesan dan dikelaskan sebagai maklumat sulit. Jadi, anda hanya wajar tahu mengenai perkara-perkara yang kamu patut tahu sahaja.

Semasa berbual-bual mengenai keganasan Israel dan kaitannya dengan pihak-pihak di Singapura dan Malaysia, saya membuat serkap jarang sehingga seorang pegawai tinggi dalam sebuah agensi keselamatan pernah bertanya kepada saya: “tuan ini intelligence (perisik) kah? Bagaimana tuan boleh tahu semua maklumat ini?”

Jawapan saya ialah; saya ini ada banyak sumber maklumat, terdapat begitu ramai orang (sumber maklumat) yang sedia memberi maklumat kepada saya, termasuklah sumber-sumber di agensi perisikan dari Singapura dan juga perisik di negara-negara Arab yang pernah mengintip Israel.

Pertanyaan yang diajukan kepada saya itu ada asasnya kerana seseorang ejen perisik tidak akan mengenali sesama mereka sendiri sehinggalah mereka ditugaskan untuk melakukan sesuatu tugas secara berkumpulan atau secara bersama.

Selagi tidak ditugaskan melakukan sesuatu tugas secara bersama, maka mereka tidak akan mengenali sesama mereka kerana selama itu mereka melakukan tugas secara seorang diri dan menanggung risiko seorang diri. Maka dengan itu juga, pegawai tinggi itu bertanya soalan itu kepada saya.

Skroll Mossad dari Tel Aviv adalah dokumen yang penuh kerahsiaan. Ia adalah dokumen yang hanya boleh dibaca di dalam kamar mesyuarat tertutup di Kedutaan Israel di Singapura, tidak boleh menyalin, tidak boleh dikeluarkan daripada kamar mesyuarat. Apa yang boleh dibawa keluar ialah memori terhadap arahan-arahan yang terkandung dalam "skrol".

Yoseph hanya mengingati arahan-arahan yang dikhaskan kepadanya. Christopher pula hanya mengingati arahan-arahan yang khas untuknya sahaja. Begitu juga dengan watak-watak Yowtai yang lain. Mereka hanya mengingati arahan-arahan yang diberikan mengikut individu sahaja. Mereka masuk ke kamar dengan tangan kosong dan keluar dengan tangan kosong.

Jadi bagi mengetahui apa arahan classified yang terkandung dalam skrol, maka kamu harus mengkaji mengenai apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh mereka pada masa lepas, masa sekarang dan masa akan datang.

Maka lihatlah bagaimana anda dijadikan eksperimen di tempat-tempat tertentu di negara ini. Kalau ia tumbuh bagai cendawan beracun selepas hujan, kemudian dihapuskan semua cendawan-cendawan itu oleh tangan-tangan lain, maka cendawan-cendawan itu akan tumbuh kembali untuk menjadi makanan beracun terhadap hati nurani kamu semua yang menyukai keseronokan.

Pada tahun 2009, tepatnya ialah sekitar penghujung Disember 2008, terdapat banyak isi kandungan skrol dilaksanakan bagi melemahkan keupayaan umat Islam di negara ini untuk bersatu. Isi kandungan skrol itu dijayakan melalui bantuan daripada kemasukan kumpulan-kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai gerakan NGO antarabangsa.



NGO-NGO terlibat mengadakan persetujuan dengan Yowtai bagi menggerakkan satu gerakan yang lebih halus dan teliti mengikut penjenamaan global yang serba baharu. Maksud lainnya ialah gerakan itu dijalankan mengikut rentak yang sedang berlaku di peringkat global.

Anarkism dan sikap rebel diserap masuk ke dalam minda sebilangan manusia yang lemah akalnya iaitu golongan manusia yang sangat malas memproses maklumat mengikut kewajaran yang sewajarnya, iaitu juga manusia yang sudah diperdaya melalui slogan-slogan kemanusiaan yang melampaui batas.

Manusia-manusia itu pula tanpa segan silu lagi memperjuangkan hak-hak asasi manusia sebagaimana golongan LGBT atas dasar slogan hak sama rata dan hak asasi manusia secara terang-terangan sehingga mempamerkan kecenderungan hawa nafsu mereka yang tidak mengikut fitrah kejadian kepada umum. Itu adalah sebahagian.

Ia sehingga mereka terlupa bahawa manusia itu tidak sama rata sebagaimana yang mereka minta untuk disama-ratakan, manusia itu dibeza-bezakan. Islam membeza-bezakan antara orang bertaqwa dengan tidak bertaqwa. Buddha juga membezakan antara orang yang mengikut jalan lapis mulia dengan orang yang tidak mengikut jalan lapis mulia. Hindu juga membezakan antara manusia mengikut kasta-kasta dalam agama. Pangkalnya ialah manusia itu dibeza-bezakan.

Maka apabila mereka mahu hak sama rata, maka mereka terpaksa menolak ketetapan yang ada dalam agama mereka masing-masing, sehingga pada satu peringkat mereka sanggup menolak dan meninggalkan agama masing-masing hanya kerana mengikut kehendak hawa nafsu mereka sendiri. Maka, berjayalah Yowtai mengheret manusia dungu yang menjadi hamba nafsu itu ke lembah sekular.

Jika kamu semua menyalin isi kandungan skrol, maka anda tidak akan percaya mengenai apa yang anda baca. Jika kamu semua dapat ‘menceroboh’ masuk ke dalam minda Yoseph dan rakan-rakannya, maka anda akan terkejut selepas mengetahui apa yang sedang mereka fikirkan dan apa yang akan mereka lakukan, mungkin anda akan terfikir untuk mencari pulau kecil dan tinggal di pulau kecil itu selepas ini.

Kita sudah banyak memberi khabar dalam tulisan-tulisan sebelum ini. Mengenai apa yang NGO-NGO asing lakukan, mengenai art of con yang pernah dikerjakan dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan isi kandungan skrol dari Tel Aviv. Bacalah semula dan fahamilah, ketahuilah bahawa ia adalah hasil-hasil yang dikerjakan melalui arahan-arahan yang terkandung dalam skrol.



Berhenti sekejap di sini. Kalau ada masa, kita masuk ke sudut lain pada masa akan datang.




-CALL ME ANONYMOUS-



.
------------------------------------------------------------------------------------------------

4 comments:

wangsa26 June 2013 06:11
"Maka lihatlah bagaimana anda dijadikan eksperimen di tempat-tempat tertentu di negara ini...."

Reply

Anonymous26 June 2013 18:45
blackout!!!!!!!! hahahahahahhah

Reply

Anonymous26 June 2013 19:45
kalau dikatakan kerja2 mereka ini tidak melibatkan ahli politik adalah mustahil..kerana mereka cukup faham yg menggerakkan rakyat adalah ahli2 politik..dan mempengaruhi rakyat juga adalah ahli politik..cuma besar kemungkinan ahli2 politik tertentu tidak mengenal peranan mereka sebenarnya..

dalam erti kata lain ahli2 politik ni sudah buta sebelah mata..hanya mata zahir yg dok buka..mati hati tertutup..dan ingin mengheret rakyat bersama2 mereka..

wallahua'lam

Reply

Anonymous28 June 2013 18:50
Yoseph sendiri merupakan seorang ahli politik......yang penuh berstrategi.........setiap jam, setiap minit setiap saat...

Reply

Yahadut Mizrah: Kisah golongan beriman

Written by UT: 17 Mar 2013







YAHADUT MIZRAH adalah bangsa hybrid yang misteri. Tafsiran pengertian misteri itu pula merujuk kepada golongan bangsa-bangsa yang tidak pernah mengenali genetik Yahadut Mizrah mahupun salasilah keturunan atau sejarah mereka.

Kata lain, bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka serta tidak mampu mengenal pasti ciri-ciri pengenalan yang terdapat pada wajah mereka.

Bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka. Andai diletakkan dua gambar atau 100 atau 1,000 gambar wajah-wajah lelaki dan wanita berlainan bangsa, sudah pasti bangsa-bangsa lain tidak mampu untuk menentukan siapa di kalangan pada gambar-gambar itu adalah Yahadut hybrid.

Andai diletakkan 10 gambar yang mana ada seorang berbangsa Yahudi tulen, seorang Arab tulen, seorang Kaukasia, seorang Inggeris dan lain-lain, sebilangan orang juga tidak mampu membezakan yang mana satu wajah Yahudi, mana satu Arab dan mana satu Kaukasia.

Namun, kemisterian Yahadut Mizrah tidaklah semisteri keturunan Yakjuj dan Makjuj bagi sebilangan orang. Bagaimanapun, Yahadut hybrid mengenali keturunan Yakjuj dan Makjuj kerana mereka juga berkongsi genetik yang sama (Nuh), berasal dari keturunan Sem dan Yafit (dua putera Nabi Nuh).

Yahadut terbahagi kepada beberapa kelompok keturunan. Kelompok yang tinggal di Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dipanggil Yahadut Mizrah; kelompok Afrika pula dipanggil Black Jews (Aswad); kelompok Eropah dipanggil Caucasian Jews atau Yahadut Kaukus; kelompok yang berasimilasi dengan darah keturunan Semitik yang lain (Arab, Babylonia, Assyr dan lain-lain) dipanggil Beriyyeth atau dengan istilah Pure Blood (darah tulen).

Sama seperti lain-lain bangsa, keturunan Yahadut juga menganut pelbagai agama berbeza. Ada yang Islam, ada pula yang Nasrani (Yehuda Nasaro), ada yang sekular, ada yang atheis, ada yang Judais, ada yang Kabbalah dan lain-lain.

Maka, tidak wajar bagi bangsa Muslim menghukum kesemua Yahadut dengan mengatakan mereka itu kafir kerana ada sebilangan mereka yang hidup dalam agama Islam.
--


Kelompok Issyim

Lebih 2,000 tahun lalu, sekelompok Yahudi melarikan diri ke lembah yang asing serta jauh daripada komuniti bagi menyelamatkan akidah mereka.

Para pengkaji dan ilmuan Nasrani moden beranggapan bahawa kelompok Issyim (mengikut sebutan Hebrew) itu adalah generasi yang menganut agama Nasrani sejak sebelum kelahiran Isa (para ilmuan Nasrani percaya agama Nasrani telah wujud lama sebelum Isa dilahirkan mengikut perspektif Nasrani). Issyim atau dalam sebutan Inggeris dipanggil Essene.

Sebilangan ilmuan Islam pula berpendapat bahawa Issyim itu adalah kelompok al-kahfi yang disebut dalam al-Quran. Ia berikutan penemuan dokumen keagamaan bertulisan Hebrew kuno yang diberi nama The Dead Sea Scrolls (dijumpai pada 1946) yang ditulis oleh kelompok Issyim itu di dalam sebuah gua di pesisir Laut Mati yang sunyi.

Menjadi misteri bagi sebilangan pengkaji sejarah Semitism ialah, ke mana hilangnya golongan Essene itu selepas mereka meninggalkan Dead Sea Scrolls di dalam gua tersebut.

Pada mulanya (sebelum Dead Sea Scrolls selesai dibaca dan dikaji), para pengkaji dan ilmuan Nasrani beranggapan Dead Sea Scrolls itu mengandungi maklumat agama yang selari dengan akidah Nasrani.

Tetapi, apabila selesai dibaca dan dikaji, para ilmuan Nasrani menyimpulkan bahawa Dead Sea Scrolls mengandungi kesalahan-kesalahan teologi kerana tidak menepati konsep ketuhanan sebagaimana dalam agama Nasrani.

Sebaliknya, Dead Sea Scrolls secara keseluruhannya mengungkapkan “the oneness of the supreme divine creator” atau ‘sifat keesaan satu kuasa pencipta yang maha suci’.

Maka atas sebab itulah Dead Sea Scrolls disimpulkan oleh para ilmuan Nasrani sebagai mengandungi kesalahan secara teologi dan ia kemudian ditolak oleh pihak gereja Nasrani sebagai bahan dokumen agama Nasrani. Mereka menolaknya sebagaimana mereka menolak dokumen Persaksian Barnabas (Gospel of Barnabas).

Selain itu, juga terkandung frasa-frasa yang mempunyai unsur keterangan (dalam format perlambangan) mengenai messianic (Messiah atau Imam Mahdi). Ia menunjukkan bahawa mereka juga faham (atau sangat arif?) mengenai tanda-tanda messianic.

Jadi, selepas Issyim menulis Dead Sea Scrolls dan menyorokkan ia di dalam gua, ke manakah mereka menghilang selepas itu sehingga tidak meninggalkan sebarang jejak-jejak sejarah? Mereka langsung tidak dapat dikesan oleh pengkaji sejarah.

Mungkinkah mereka tertidur (hibernasi) selama beratus tahun di dalam gua itu sebagaimana pendapat para ilmuan Islam yang mengaitkan mereka dengan kelompok al-kahfi?

Atau, mereka tinggal barang sekejap di gua itu untuk berteduh selama beberapa purnama sambil menulis segala isi kandungan ajaran nabi mereka sebelum meneruskan perjalanan tanpa meninggalkan sebarang jejak?

Atas sebab tidak dapat dikesan, para pengkaji sejarah yang mengkaji perjalanan bangsa Semitik memasukkan mereka dalam senarai khas suku Yahudi yang hilang dalam lipatan sejarah (the lost tribe of Israel’s sons).
--




Musafir yang miskin di gurun pasir

Gurun pasir adalah satu kawasan tandus yang sangat luas di rantau Semitik. Para pengembara yang tidak mempunyai pengetahuan akan mudah tersesat sekiranya membuat perjalanan tanpa arah tuju di gurun pasir. Keadaan lebih buruk sekiranya gagal menemui oasis atau lembah subur di gurun pasir bagi mendapatkan bekalan air dan makanan.

Sejarah bangsa Yahudi merekodkan banyak kejadian tersesat semasa membuat perjalanan merentas gurun pasir. Sebagai contoh, golongan umat Nabi Musa juga pernah tersesat selama 40 tahun di gurun pasir.

Kaum Nabi Musa tersesat di gurun pasir semasa menyelamatkan akidah mereka yang terancam oleh kegilaan firaun. Peristiwa itu terkandung dalam naskah agama Yahudi dan ia direkodkan. Tetapi, golongan Issyim sebagaimana dipersetujui para pengkaji Semitism history berpendapat bahawa mereka bukanlah daripada kalangan umat Nabi Musa pada latar masa ketika itu.

Motif golongan Issyim menjauhkan diri dan bersembunyi di dalam gua juga masih kurang jelas dan ia menimbulkan kekeliruan kepada para pengkaji. Pendapat-pendapat pengkaji pula berkisar mengenai cubaan golongan Issyim melarikan diri kerana fahaman agama mereka tidak sama dengan komuniti di negeri mereka pada ketika itu.

Namun demikian, ciri-ciri keterangan dalam dokumen Dead Sea Scrolls menampakkan seperti mereka beriman kepada kenabian Musa. Tambahan pula, Musa pernah mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai kedatangan Muhammad sebagai penghibur dan penyelamat terakhir dari kalangan saudara terdekat mereka.

Atas dasar itu, Dead Sea Scrolls mengandungi frasa-frasa bersifat messianic yang merujuk kepada kenabian Muhammad iaitu manusia yang memimpin manusia ke arah the supreme divine creator di akhir zaman sebagaimana dikhabarkan Musa kepada kaumnya.

Ketara sekali ialah, golongan Issyim beriman terhadap ajaran Nabi Musa. Mengikut kajian yang dijalankan di Eropah dan Timur Tengah, kelompok Issyim dipercayai turut mempunyai perkaitan akidah yang ada kesinambungan terhadap risalah yang dibawa Nabi Yahya (Yohanes atau John) atau sezaman dengan Nabi Isa.

Mereka dikatakan melarikan diri selepas Yohanes dipenggal kepala oleh Raja Herod di Makherus. Mengikut sejarah, Yohanes dipenggal kepala selepas menegur perbuatan Herod mengahwini saudara perempuannya sendiri yang diharamkan oleh agama.

Sekumpulan pendita Yahudi yang takut dengan kekuasaan Herod serta-merta bertindak mengubah hukum agama (seperti yang terkandung dalam ajaran Musa) dan bertindak menghalalkan perbuatan Herod dan pada masa yang sama menghasut Herod supaya menghapuskan Yohanes dan juga orang-orang yang bersetuju dengan Yahya.

Bertitik tolak dengan itu, golongan Issyim yang mengikut jalan lurus Yohanes bertindak melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dibunuh oleh tentera-tentera Herod dan hanya berbekalkan isi kandungan Taurat yang masih tersisa dalam ingatan mereka.

Mereka meredah ke padang pasir tanpa arah tuju sehingga sampai ke pesisir Laut Mati dan bersembunyi di dalam sebuah gua (gua yang dimasuki cahaya). Bagi mengelak isi kandungan Taurat dilupakan, mereka menulis semula ayat-ayat dari Taurat dan disimpan dalam gua.

Pada ketika Nabi Isa (Yeshua atau Jesus) menjalankan dakwah, golongan Issyim sudah tidak lagi berada di tempat-tempat yang pernah dijejak oleh para nabi Yahudi. Mereka berada di tempat yang jauh daripada komuniti Yahudi (ditidurkan?), melarikan diri ke padang pasir tandus yang tidak dihuni manusia selepas meninggalkan gua.

Mengikut sirah para nabi, Muhammad dibangkitkan di Tanah Arab kira-kira 600 tahun selepas ketiadaan Isa. Tempoh masa antara Yeshua dan Muhammad ialah kira-kira 600 tahun. Jadi, apakah golongan Issyim yang beriman itu hilang begitu sahaja selepas 600 tahun?

Berdasarkan sumber-sumber di bumi Syams (Syria), Urdun (Jordan) dan Semenanjung Arab, terdapat rekod yang menjelaskan kedatangan golongan Issyim ke wilayah-wilayah itu pada ketika era penyebaran agama Nasrani yang dibawa Rom (Antioch).

Golongan Issyim menyusup masuk ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab bagi mengelak dikesan oleh golongan Yahudi yang membelot terhadap agama (golongan pendita yang mengubah hukum dalam kitab) dan juga yang membelot terhadap Yeshua. Ia berlaku pada sebelum Muhammad dibangkitkan sebagai nabi.

Kemasukan kumpulan-kumpulan kecil dari kelompok Issyim ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab juga menandakan golongan Issyim sedang mengalami diaspora kecil (minor dispersions) akibat terpaksa berpecah selepas terpaksa membawa haluan masing-masing untuk mengecilkan dan meminima risiko dihadapi kelompok mereka.

Ia kerana, jika semua mereka tidak berpecah dan kemudian ditangkap, maka semua mereka akan dihapuskan sama sekali. Tetapi, apabila mereka berpecah, risiko yang membawa kepada kemusnahan seluruh keturunan mereka dapat dikurangkan. Andai ada kumpulan kecil yang ditangkap, masih ada lagi kumpulan-kumpulan kecil yang lain.

Diakibatkan gentar diburu, kelompok ini tidak meninggalkan tanah Arab selama beratus tahun. Sesekali, mereka akan berada selama berminggu di gurun pasir apabila kawasan bandar atau pekan kecil yang mereka tumpang itu dimasuki diplomat asing untuk berurusan dengan pihak tempatan.

Tanah Arab diduduki oleh orang-orang Arab yang jahil lagi bodoh pada zaman jahiliah (pagan). Kejahilan dan kebodohan orang Arab jahiliah menyebabkan mereka sangat sukar untuk diurus tadbir. Malah, kekurangan sumber hasil bumi menyebabkan tiada kepentingan untuk kuasa asing menjajah atau menakluk bumi Arab pada masa itu.

Menjajah bumi Arab pada zaman jahiliah akan menyebabkan pihak penjajah terpaksa berbelanja besar bagi membayar gaji gabenor dan pegawai-pegawai jajahan. Malah, kos yang besar itu pula tidak menjanjikan hasil pulangan kerana ketiadaan sumber yang bernilai komersial melainkan perdagangan unta dan ladang kurma semata-mata.

Sikap orang Arab yang hidup berpuak dan berperang sesama sendiri juga menyebabkan mereka itu amat sukar untuk diurus tadbir. Maka, kuasa-kuasa besar seperti Rom (pada zaman itu) tidak berminat untuk menjajah bumi Arab.

Keadaan itu menyebabkan golongan Issyim terselamat sepanjang berada di tanah orang Arab. Maka sudah tentulah Allah memelihara dan menjaga keselamatan mereka yang beriman dan berusaha menyelamatkan akidah.

Allah yang Maha Mengetahui sesungguhnya lebih tahu mengenai mengapa Dia membiarkan orang Arab dan tanah Arab sedemikian keadaannya pada masa itu sehingga kuasa-kuasa besar tidak mahu mencampuri urusan konflik orang Arab.

Di sebalik keadaan orang Arab yang jahil, terselinap orang Yahudi Issyim di celah-celah mereka. Sudah menjadi resam orang Semitik pada masa itu, mereka tidak akan menganggu saudara suku bangsa Semitik mereka yang lain. Maka dengan itu, orang Issyim berdiam di bumi Arab.

Selang beratus tahun kemudian, generasi Issyim kemudian bertambah dengan kelahiran-kelahiran Berriyeth (darah tulen) terutama di Syams dan Urdun.

Apabila Muhammad diangkat menjadi nabi, berita itu sampai sehingga Yathrib, Syams dan beberapa wilayah di rantau Semitik. Golongan minoriti Issyim yang sudah lama berasimilasi dengan orang Arab di Yathrib sebelum itu mengkhabarkan ciri-ciri nabi akhir zaman kepada orang Yathrib. Pada masa sama, turut terdapat golongan Yahudi yang degil di Yathrib.

Selepas 13 tahun, Muhammad diundang ke Yathrib dan Yathrib ditukar menjadi Madinah. Sepanjang dakwah Nabi Muhammad di Madinah, baginda mengutuskan sahabat ke Syams untuk menyampaikan Islam kepada penduduk di Syams yang mana juga terdapat golongan Issyim di sana.

Ada hikmahnya mengapa nabi menghantar utusan ke Syams untuk membawa syiar Islam. Manakala golongan generasi Issyim yang masih bersembunyi di gurun pasir sejak 600 tahun lalu itu terlepas berita mengenai kenabian Muhammad. Ia kerana mereka memencilkan diri daripada orang asing yang tidak mudah untuk mereka percayai.
--

Menjadi nomad yang miskin

Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Islam tersebar ke seluruh tanah Arab yang didakwahkan oleh para sahabat dan golongan mukmin. Pada ketika itu jugalah keturunan generasi Issyim yang masih berada di gurun pasir Arab menerima Islam sebagai agama yang memperbaharui akidah Tauhid yang mereka pertahankan sejak bermusafir.

Meskipun mereka terlepas peluang untuk bersama-sama Muhammad di Madinah, namun keterangan dalam al-Quran sudah cukup meyakinkan mereka bahawa Islam itu adalah agama yang datangnya daripada the supreme divine creator.

Setelah menerima Islam dan setelah mengetahui Rom yang Nasrani diperangi oleh orang Islam, mereka kemudian mula yakin untuk meninggalkan padang pasir Arab dan meredah gurun pasir sehingga merempuh tanah orang Parsi dan merempuh tanah orang India. Perjalanan darat oleh golongan Issyim yang miskin tanpa kenderaan dan mengambil masa beratus tahun dan beberapa asimilasi.

Tiba di India (beberapa abad kemudian selepas Islam berkembang pesat di Asia), mereka menemui pedagang Arab yang berdagang di India. Pedagang Arab itu kemudian memberitakan bahawa mereka mahu berlayar berdagang dan berdakwah ke negeri milik bangsa yang menguasai Asia Tenggara dan juga negeri milik bangsa yang menguasai Asia Timur.

Namun, kapal dagang orang Arab tidak cukup untuk membawa kelompok hybrid itu untuk berdagang sambil berdakwah di Asia Tenggara dan Asia Timur. Sejak mula mengerti seruan dakwah, golongan hybrid itu mula mengenangkan kesilapan mereka yang dilakukan pada lebih 600 tahun lalu kerana gagal bersama Yeshua untuk berdakwah dan memilih untuk melarikan diri.

Kesilapan itu tidak akan diulangi dan dakwah menjadi tujuan baharu perjalanan bangsa mereka. Sambil membayangkan apakah rupa bentuk bumi di Asia Tenggara dan bangsanya, dan juga apakah bentuk bumi Asia Timur dan bangsanya, mereka meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat, merempuh denai, bukit-bukau dan gunung-ganang.

Pada selang masa sebelum era Islam, golongan Yahudi yang melarikan diri akibat dibedil tentera Rom di Yerusalem turut menjadikan jalan darat untuk mencari tempat berselindung (era the great diaspora). Sebilangan mereka melarikan diri ke pergunungan Kaukasia, memasuki Eropah Timur dan sebahagian Asia sehingga sampai ke Kaifeng di China dan berasimilasi dengan bangsa tempatan.

Manakala, keturunan Issyim juga menggunakan jalan darat kerana terlalu miskin untuk menggunakan jalan laut. Maka, skala diaspora semakin membesar melibatkan Yahudi dan Yahadut hybrid yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia.

Akibat penghijrahan golongan Yahudi sesat dengan kelompok generasi Issyim di China, berlaku pertembungan apabila tercetus peperangan melibatkan orang Islam (dipimpin generasi Issyim), Nasrani dan Yahudi dalam Pemberontakan Taipeng (1850).

Sebilangan Issyim sampai ke China melalui jalan darat merentasi Parsi dan tanah orang Siam sejak zaman berzaman. Sebilangan masuk ke tanah orang Siam dan meneruskan perjalanan ke tanah orang Melayu di Selatan Siam (tanah orang Melayu pada ketika itu juga melibatkan sebahagian besar Selatan Thailand hari ini).

Kelompok Yahudi termasuk generasi hybrid Issyim yang memasuki Tanah Melayu kemudian direkodkan oleh Alfonse de Albuquerque pada tahun 1513 iaitu dua tahun selepas kejatuhan Melaka terhadap Portugis. Albuquerque merekodkan:

“Daripada apa yang diberitahu Rui de Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu), jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh orang Parsi, orang Mekah (Arab), orang Juda (Yahudi), orang Cham dan orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana orang Jawa, Gores (bangsa seperti Jepun dan Korea) dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan jalan laut sejak beratus tahun lamanya.” – Alfonso de Albuquerque.


Generasi hybrid (bukan kelompok pertama) kemudian terus berasimilasi dengan orang tempatan di tanah orang Melayu pada ketika orang Melayu sudah lama menerima Islam sejak sebelum ketibaan generasi Issyim.

Sebelum ketibaan generasi itu, sudah beberapa generasi sebelumnya telah sampai ke Tanah Melayu. Kelompok itu bukanlah kelompok pertama yang tiba di Tanah Melayu.

Disebabkan Tanah Melayu pada ketika penjajahan Portugis dihuni oleh orang-orang Melayu beragama Islam, maka penerimaan orang Melayu terhadap orang asing yang beragama Islam (termasuk generasi hybrid Issyim) adalah positif.

Sebilangan mereka berkahwin dengan pembesar-pembesar Melayu dan sebilangan lagi berkahwin dengan golongan istana (elit). Sebilangan lain pula berkahwin dengan orang-orang kebanyakan (rakyat biasa) dan terus berkembang.

Manakala golongan Yahudi sesat yang turut masuk ke Tanah Melayu sejak beratus tahun lalu juga menjalani asimilasi dengan orang-orang bukan Islam seperti pelombong-pelombong Cina bagi meneruskan survival bangsa mereka di Tanah Melayu.

Yahudi yang masuk ke China juga melalui proses asimilasi. Begitu juga dengan yang memasuki Eropah Timur, mereka berkembang (asimilasi) ke seluruh Eropah dan kemudian menaiki kapal dari Eropah untuk berhijrah ke Amerika. Demikianlah bagaimana Yahadut hybrid ini bertebaran di seluruh pelosok bumi.

Bergerak bersama generasi Issyim ini ialah pengetahuan mengenai messianic knowledge. Mereka tahu mengenai tanda-tanda messianic. Mereka sentiasa memerhatikan tanda-tanda messianic sejak ia dikhabarkan kepada mereka.

Mungkinkah keturunan mereka (Issyim) itu akan menjadi golongan yang akan mengesan siapakah Mahdi yang sebenar? Namun, Mahdi tidak mungkin lahir dari kalangan mereka. Tidak mungkin. Mereka bukan keturunan Muhammad, melainkan jika ada darah beriyyeth navi (darah tulen dari keturunan nabi Muhammad) dalam kelompok kalangan mereka. Itu pun belum tentu lagi kerana tidak lahir dari kalangan Arab di kota Mekah.

Mahdi tidak akan lahir di sini. Berhentilah.
--


DNA Yahudi

Sebagaimana kajian yang dilakukan para pengkaji genetik di Amerika pada tahun 2011, seramai 1,000 individu berlainan warna kulit dikumpulkan sebagai sampel. Mereka kemudian menjalani ujian DNA bagi mengenalpasti garis keturunan mereka.

Daripada jumlah itu, beberapa lelaki yang mempunyai wajah keturunan Afrika didapati sebenarnya bukan daripada keturunan orang kulit hitam Afrika. Mereka langsung bukan orang yang berketurunan Afrika walaupun ibu bapa mereka juga kelihatan seperti African American.

Profil DNA mereka menunjukkan mereka adalah orang Kaukasia yang pernah berasimilasi dengan Yahudi dari Timur Tengah dan DNA mereka juga menunjukkan mereka tidak langsung mempunyai persamaan genetik dengan bangsa-bangsa Afrika walaupun wajah mereka persis orang kulit hitam Afrika.

Andai mereka ada genetik Afrika, sudah pasti maklumat itu terkandung dalam profil DNA. Namun, ia sama sekali tidak berlaku kerana tiada langsung profil DNA yang menunjukkan mereka itu adalah bangsa Afrika.

Manakala beberapa lelaki kulit putih (bangsa Kaukasia) didapati mempunyai pertalian genetik dengan orang Arab walaupun mereka merasakan bahawa mereka itu bukan berasal dari Asia, lebih-lebih lagi dari rantau Semitik.

Jika anda mempunyai darah yang mengandungi profil DNA Yahudi, anda boleh membawa dokumen DNA itu ke Israel dan anda akan diberikan kerakyatan di negara haram Israel.

Mungkin, di kalangan anda juga ada profil DNA yang sama (jenis profil DNA yang ada kekuatan dari segi genetik) iaitu bukan sekadar DNA yang ada kebarangkalian yang menghampiri profil DNA Yahudi. Bukan yang hampir, tetapi yang ada kekuatan genetik.

Saya juga boleh mendapat kerakyatan negara haram Israel jika saya mahu, saya hanya perlu membawa sebotol darah saya bersama dokumen DNA untuk diserahkan kepada makmal di Israel bagi tujuan pembuktian susur galur keturunan Yahudi saya.

Selepas semua dibuktikan, saya akan diberikan kerakyatan dan sudah ada hak melepasi Lapangan Terbang Ben Gurion sebagai warganegara. Ia kerana setiap manusia yang mempunyai DNA Yahudi layak mendapat kerakyatan Israel.

Namun, saya sentiasa jijik melihat Israel kerana zalim terhadap umat Islam yang sama agama dengan saya. Jijik melihat negara haram Israel yang menjunjung sekularism bagi menyesatkan umat manusia. Jijik melihat negara haram Israel yang sedang menyediakan takhta kepada Si Pendusta Terakhir untuk memerintah The Greater Israel dan The Greater World.

Yahadut Mizrah yang Muslim sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang berlebihan (melampau) dalam beragama, maka sebilangan daripada mereka akan bangkit dan menentang pelampau agama yang bermain-main sesuka hati dengan hukum-hukum agama seperti mengulangi perbuatan pendita Yahudi. Ia kerana mereka bersetia dengan ikrar mereka untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti lebih 2,000 tahun lalu.

Yahadut Mizrah yang sesat (sesetengahnya munafik berlagak seperti orang Islam) juga sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang berselisih faham dalam beragama, maka sebilangan mereka akan bertindak menghasut sehingga umat Islam seperti kamu akan gagal untuk bersatu selama-lamanya. Apabila sesama kamu bercakaran, pasti ada yang memainkan peranan.

Kedua-dua golongan minoriti ini (Yahadut Mizrah) yang Islam dan tidak Islam sentiasa memerhati tindak-tanduk masing-masing dalam rentak perlahan yang penuh kerahsiaan sambil menyembunyikan identiti bangsa induk mereka. Gerakan penuh rahsia kedua-dua golongan ini mengiringi konflik yang berlarutan sejak Melayu mula berpecah.

Kamu semua tidak perlu tahu rahsia ini. Cukuplah di sini.

Yahadut Mizrah yang Muslim sudah sejak beratus tahun lalu sentiasa mahu bersama anda. Tetapi generasi Yahadut Mizrah yang baharu masa kini sudah mula bosan dengan sikap anda semua yang lebih indah khabar dari rupa.

Jika kamu mahu bersama generasi Yahadut Mizrah yang Muslim supaya mereka dapat keluar tampil tanpa berselindung, maka mainkanlah peranan kamu.


Hanya satu peranan yang boleh kamu semua lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati:


“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”



-STALKER-

--------------------------------------------------------------------------

37 comments:

Anaknda Bertuah17 March 2013 08:53
Assalammu'alaikum.. terima kasih saudara... info yg amat menarik tentang Yahadut Mizrah...

Reply

Anonymous17 March 2013 10:16
Assalamualaikum..sekadar bertanya..mengapa Yahadut Mizrah yang Muslim mahu bersama bangsa di semenanjung ini?

Reply

Siti Najwa17 March 2013 10:20
“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”

persoalannya bagaimana? saya tak tahu bagaimana nak mendamaikan orang yang sentiasa saling membenci. saya betul-betul tak tahu.


Reply

enrike17 March 2013 16:36
Antara sebab utama yang menyebabkan pertelingkahan adalah sihir demokrasi. Selagi mana sihir demokrasi tidak ditinggalkan amatlah sukar untuk menghindarkan pertelingkahan kerana ia dicipta untuk menghasilkan pertelingkahan dan perpecahan supaya umat ini mudah dipecah dan diperintah.

Tinggalkan demokrasi dan kembali kepada khilafah!

Reply

Anonymous17 March 2013 19:12
melayu dan yahudi berpisah tiada, berkasih ada

hehe

OrgOrg

Reply
Replies

Anonymous19 March 2013 04:11
Berkongsi embah buyut rupanye kite..
Hehe.


Anonymous20 March 2013 03:53
suke............


OrgOrg20 March 2013 11:24
sememangnya Allah dah takdirkan kita berkongsi

Reply

STALKER17 March 2013 19:21
salam,

Anonymous 17 March 2013 10:16,

Mereka tiba di Tanah Melayu selepas dikhabarkan mengenai kemakmuran penduduknya yang semua beragama Islam. Diulangi, semua beragama Islam. Semasa khabar itu diberitakan, mereka telah tersesat sehingga menjejak Asia Selatan, sedangkan awalnya mahu berhijrah kembali ke tanah subur rantau Arab.


Tetapi selepas mendengar khabar gembira itu (mengenai semua penduduk di Tanah Melayu yang beragama Islam), sudah pasti mana-mana orang Islam di dunia akan suka mendengarnya dan ingin melihat tempat yang dimaksudkan itu. Maka sebab itulah mereka ke sini untuk bersama-sama dengan jumlah umat Islam yang ramai.

Mereka suka untuk bersama-sama dengan jumlah umat Islam yang ramai, tidak kira walau di negara mana sekali pun. Ketibaan ke Tanah Melayu mungkin sudah ditakdirkan.
--

Siti Najwa.

Singkirkan semua "the role players" yang terdapat dalam kedua-dua pihak yang saling membenci itu. "The role players" adalah pihak-pihak yang sentiasa berusaha untuk menjadikan kedua-dua pihak itu bertelagah sehingga akhir waktu.
--

Enrike,

Ia tidak semudah seperti yang diperkatakan kerana keadaan semasa yang tidak seperti disangkakan.


.

Reply

Anonymous17 March 2013 20:12
Sekiranya orang melayu terus berpecah,makanya si Yahadut Mizrah akan meninggalkan orang Melayu, sama seperti mana moyang si Yahadut ni buat kepada Nabi Yahya A.S? tipikal...

Nenek moyang Melayu dah wujud lama sebelum kedatangan Yahadut Mizrah dan sudah Islam sebelum kedatangan Yahadut Mizrah... ;-)

- Lutfi

Reply

STALKER17 March 2013 20:26
Salam,

Lutfi,

prejudis bunyinya : )

mereka meninggalkan negeri raja herod kerana mahu menyelamatkan akidah dan kerana tidak ada kekuatan untuk menghadapi raja herod, mereka sangat lemah ketika itu.

sekarang pun melayu sedang berpecah, tetapi adakah mereka sudah meninggalkan melayu pada saat ini? tidak. juga kerana mereka kini adalah orang melayu dan lebih suka dipanggil sebagai orang melayu.

memang betul, orang melayu telah lama memeluk islam, atas sebab itulah mereka memilih untuk ke negeri orang melayu. tetapi orang melayu tidak mahu bersatu sebagaimana yang dianjurkan islam.

Reply
Replies

Anonymous18 March 2013 19:14
Salam En. Stalker

terima kasih kerana membalas komen di atas dan amatlah dihargai.

Memang benar, orang Melayu di Malaysia kelihatannya berpecah, namun kita sedar bahawa sekiranya berlaku ancaman, maka mereka ini akan cepat bersatu. walau ada segelintir yang menentang arus, tapi itu normal, bukan?

Pertentangan idea adalah bagus, tapi persamaan itu yang perlu dicari. sekiranya kita memahami bahawa segala permusuhan adalah berpunca dari sifat Takbur, Riak, Haloba dan Penting diri, maka titik persamaan akan mudah ditemui.

Politik adalah untuk mereka yang berpolitik, rakyat marhaen tak perlu terikut-ikut dengan agenda tokoh politik pujaan mereka...ini kena faham.. 

Dari sejarah dah terbukti, empayar-empayar Islam yang mengamalkan undang-undang Islam pun hancur oleh kerana ada anggota masyarakat dan pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat-sifat TRHP ini...jika salah pernyataan ini, mohon dicerahkan, terima kasih.

Itulah apa yang dilihat sekarang dan tak menolak, Sejarah Pasti Berulang... 


Anonymous18 March 2013 19:16
Aiseh...lupa letak nama lak... - Lutfi-


STALKER18 March 2013 20:45
baik,

kita lihat isu kalimah Allah. dalam isu ini, PAS awalnya setuju kalimah Allah digunapakai penganut agama lain dalam kitab mereka. UMNO pula menolak.

sejak PAS bersetuju dengan DAP dalam isu kalimah Allah, para pengikut PAS begitu galak meniru kata-kata pemimpin mereka dan mengutuk orang UMNO yang tidak setuju dan menuduh orang UMNO jahil dalam hal agama.

namun selepas beberapa bulan, baharu majlis syura PAS menukar pandangan berhubung isu kalimah Allah, itu pun selepas mendapat tentangan pelbagai lapisan umat Islam. walhal, PAS dan UMNO tidak sekata dari mula.

dalam isu kalimah Allah pun mereka tidak teringin untuk bersatu, dalam isu murtad pun mereka tidak teringin untuk bersatu, dalam isu lina joy pun mereka tidak mahu berdsatu, dalam isu mat indera komunis pun mereka berpecah belah, sebesar-besar isu tidak dapat membuatkan mereka bersatu, sekecil-kecil isu pula sudah cukup untuk menjadikanmereka berpecah belah, jadi apa lagi yang boleh kita harapkan.

mereka tidak cepat bersatu.
mereka lebih cepat berpecah.

saya pernah terdengar seorang saudara berdoa perlahan selepas solat:

"andai hanya dengan kehancuran seluruhnya yang dapat menyedarkan bangsa melayu, maka aku redha jika hanya itu yang dapat menjadikan mereka orang-orang yang sedar. dan jika meraka masih tidak mahu berubah, aku redha jika Engkau menggantikan mereka dengan generasi yang lebih taat dan bersyukur,"

terlalu berat untuk saya meng-amin-kan doa itu.


Anonymous25 March 2013 08:13
Salam Inche Stalker...

Perpecahan yang berlaku adalah berpunca dari Kepentingan politik, nampak terang tanpa perlu disuluh. sikap takbur, riak dan kepentingan diri menjadi asas kepada perpecahan tersebut...

Berapa ramaikah yang perlu untuk dikatakan sebagai bersatu? semua umat Melayu? separuh umat Melayu? suku umat Melayu? 1/10 umat Melayu?

Secara peribadi, dapat penuh satu saf pada waktu Solat Subuh juga adalah satu kejayaan besar penyatuan umat Melayu Islam itu...

Secara peribadi juga, dapat menempatkan diri di dalam saf Solat Subuh itu adalah satu kejayaan besar dalam sumbangan menyatukan umat Melayu Islam itu...

- Lutfi -


Anonymous2 April 2013 02:17
Standard lah... orang Melayu. Orang bunuh bangsa sendiri depan mata pun dia sanggup lihat, asalkan kepentingan diri terjaga. Tengok pepatah lama pun dah boleh tau sikap orang Melayu. 

"...kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" - tak ke bodoh ke perangai camtu.

Reply

Anonymous17 March 2013 22:11
salam stalker 

mcm mane nak bezekan melayu yg asal dgn melayu yg sudah diasimilisi kn dgn yahadut mizrah....
p/s erm stalker asal dr negeri mane? :)

Reply

Cipher18 March 2013 02:49
Artikel ini adalah karut bagi mereka yg beranggapan ianya karut. Tiada manfaat yg anda dapat dari artikel ini jika itu yg anda fikirkan.

Reply

Anonymous18 March 2013 04:42
senang cite, kita biasa panggil bapa dan ibu kita 'abah' dan 'emak' kn?dlm bhs hebrew, bapa dipanggil 'abba' dan ibu dipanggil 'emma'..so pkr2 kn laa..

Reply

Anonymous18 March 2013 10:23
Salam..maafkanlah kami kerana kami tidaklah seperti yang kalian sangkakan.. Nampaknya rancangan mereka untuk memecah belahkan kami kelihatan membuahkan hasil..tapi usah risau..sehebat mana rancangan mereka,hebat lagi rancangan Allah

Reply

Nurrohi19 March 2013 02:55
Salam saudaraku Stalker dan Shahi, 
Kata-kata anda “Imam Mahdi tidak lahir disini….. berhentilah”, Apakah maksud anda yang sebenarnya? Saya keliru, apakah anda sudah berputus asa dengan Melayu?

Melayu ada banyak jenis tetapi yang paling istimewa ialah Melayu yang berasimilasi dengan bani Quraish( keturunan ahlulbait dan para sahabat).Kerana kepimpinan itu telah dijanjikan kepada Bani Quraish. Insyaallah kepimpinan Melayu Quraish inilah yang akan meneraju kebangkitan Islam kali kedua tidak lama lagi. Mereka menjadi satu kelompok yang unik, tahan uji dan watak berbeza dengan kelompok Melayu yang lain. Apakah anda belum mengesannya lagi? Sudahkah anda menemukan mereka? Bukankah mereka yang anda cari selama ini? 

Reply
Replies

Anonymous31 March 2013 03:34
Apa yang ada dengan Melayu? Tiada apa yg special pun. Bukan niat mahu merendah-rendahkan bangsa sendiri sbb aku tahu kelebihan bangsa Melayu yg gagah berani merentas lautan, yg jugaa Bapa Arkitek Seni Perkapalan Moden... tapi klu terlampau taksub pada Melayu sbg watak utama peneraju kebangkitaan Islam, itu sudah melampau. 

Wallahu'alam, mana tahu Melayu ni cuma salah satu watak pembantu. Kalau nak lagi teruk, watak antagonis.. penentang. Percaya tak kamu pada masa tu? Moral of the story, jgn taksub. Pikir masak2 dulu.

-Sayyid Wan-


Siti Najwa31 March 2013 08:01
special atau tidak apa2 yg ada pada melayu itu bergantung kepada special atau tidak apa2 itu pada kamu. penilaian special itu begitu subjektif yang mana tidak sama bagi semua org. memang tiada siapa tahu adakah melayu punya peranan dalam kebangkitan umat islam pada akhir zaman. sekiranya ada, tiada manusia yang tahu peranan orang2 melayu. tidak kira kita ni protagonis atau antagonis, tiada salahnya kalau usaha dilakukana supaya kita dapat mengikut arus yg betul. artikel ini hanya meminta penyatuan orang melayu yang beragama islam. tiada yang salah pada harapan itu.

taksub atau tidak, saya juga tak sanggup lagi melihat melayu bertelagah. kalau seruan perdamaian yang dilaungkan, ya, saya sahut. sudah tentu saya tak minta semuanya dibawah satu parit/kesatuan shj. tapi sekurang-kurangnya, berhenti saling menjatuhkan dan menghina.


Anonymous2 April 2013 02:06
Itu sudah kira taksub lah tu. Bukan orang Melayu saja, semua orang punya peranan dalm kebangkitan akhir zaman. Tidak salah kah harapan itu? Apakah harapan itu sebenarnya? Harapan untuk kesatuan umat Islam Malaysia? Itu tidak salah. Alhamdulillah, memang bagus harapan itu.

Tapi... ya, Tapi... kalau pada harapan Imam Mahdi ataupun ahli-ahli nya lahir dari kalangan orang Melayu? Itu sudah taksub dan jauh menyimpang. Jangan kita jadi orang Yahudi sudah.. terlampau mengharap nabi terakhir lahir dari kalangan mereka, tapi menolak Nabi Muhammad SAW kerana lahir dari bangsa Arab yang mereka hina caci maki itu.

Apa yg kita boleh terapkan pada umat Islam melayu adalah dgn menghayati agama Islam itu sendiri.. bukan pada basic-nya akan tetapi pada falsafah ketuhanannya yg benar. Selain itu, penerapan sejarah dan jati diri kita juga boleh diguna-pakai. Sejarah banyak membuktikan kesilapan Melayu itu sendiri. Jati diri kita juga boleh dijadikan sandaran dan juga alat penerapan yg paling bagus.

Tapi 'Imam Mahdi dan Ahli-ahlinya itu lahir dari kalangan Melayu'? Itu alat sandaran yg paling lemah dan tidak bersebab untuk dijadikan alat penerapan kesatuan Melayu. Mana faktanya? Mana hadis-nya? Mana ayat-ayt perakuan wali-wali Allah dulu yg membuktikan kebenaran ini? Tiada beb. Jadi, majukanlah diri kita ke hadapan. Tahyul je ayat 'Imam Mahdi dan geng-gengya datang dari bangsa Melayu'... saya kira tahyul sehingga dibuktikan benar, munculnya Khalifah terakhir itu di hadapan kita.. dibaiah tanpa dia sendiri bersetuju... dan diangkat menjadi khalifah tanpa dia sendiri mengakui ke-khalifah-an dia.

Reply

Anonymous19 March 2013 04:17
Salam sume,

dpt sedikit info tak resmi..
tanah melayu ini akan di perintah oleh non muslim tak brp lama lg waktunya..
tetapi tempohnya tak lama..

"negoromu bakale diperintahi karo wong kapir ndok.."

tn shahi or stalker boley bg dot..dot..

Reply
Replies

sal19 March 2013 06:25
X lama tu berapa lama Anon 4:17..betoi ka kesahihan berita ni? Knape berita yg x menggembirakan saja akhir2 ni

Reply

Anonymous19 March 2013 11:41
orang melayu ada satu sifat yg begitu signifikan sehinggakan tiada istilah dlm bahasa lain utk perkataan itu.Bamgsa Melayu terjajah dlm tempoh yg amat lama mencapai 400 tahun lebih bersilih gantilah bangsa penjajah menguasai TM.Mereka melihat bangsa ini mestilah ditidurkan dgn lena yg panjang, bangsa ini jika ia bangun ia mampu menghancur leburkan ideologi2 ciptaan manusia yg karut yg menzalimi sekelian manusia yg tiada kepentingan di peringkat atasan.Inilah satu2nya bangsa yg belum mengalami zaman emasnya,bangsa yg amat santun penuh dgn sifat2 kesufiannya sehinggakan bangsa yg mendatang utk meraih janji rezki yg lumayan dilayan bagaikan tetamu yg baru bertandang natijahnya tangan yg menghulur itu telah digigit segalanya ingin dimiliki.Bangsa ini memiliki kekuatan spiritual yg tidak dimiliki oleh bangsa lain penuh dgn peribahasa yg berbentuk cabaran dan motivasi contohnya "genggam bara api biar sampai jadi arang dan banyak contoh lain yg boleh kita perumpamakan atas bangsa ini.Bangsa ini menerima Islam tanpa melalui peperangan, bangsa yg amat patuh dgn titah sultannya yg sinonim dgn istilah "tulah" jika menderhakai sultan. Namun jika kita lihat dewasa ini bangsa ini kian melupai jati dirinya kerana itulah yg dimahukan oleh penjajah.Contoh paling mudah utk difahami maka kita menyorot lembaran silam tatkala parti Hizbul Muslimin diharamkan oleh British kenapa dam mengapa sesudah iti Pas ditubuhkan diluluskan pula oleh British kerana mereka melihat Islam yg dtg dari luar perut UMNO amat merbahaya berbanding parti Islam yg lahir dari perut UMNO kerana akan ujud pertembungan dan konflik yg membawa kpd perpecahan kerana sifat Islamnya tidak solid atau lebih dipengaruhi sifat dendam & sakit hati berbanding dgn Hizbul Muslimin yg lebih berdikari dan didorong rasa kecintaan terhadap agamanya. Kita lihat pati Pas sendiri telah mengikut jejak langkah Umno utk berkuasa sutu ketika dahulu mereka amat jijik berkerjasama dgn non muslim sehinggakan dikeluarkan kenyataan pengharamannya dgn dalil2 quran. Sekarang mereka telah menjilat ludah yg mereka hamburkan lalu utk mengaburi pandangan ahli2 akar umbinya maka telah disolek kerjasama iti dgn istilah yg nampak Islamik iaitu "tahaluf siasi" dlm keadaan mereka bukan parti yg dominan yg boleh memegang stereng lihatlah insyaallah kalian akan dipatuk lagi utk entah berapa kali dan sampai bila2 jika kalian fikir dgn demokrasi boleh mengembalikan keagungan Islam.....maaf jika mengundang ketidak selesaan membacanya wallahu'alam.....

Reply
Replies

Anonymous19 March 2013 11:58
amok adalah perkataan Melayu satu perbuata yg diluar kemampuan dan kewarasan yg boleh dilakukannya walau berseorangan tanpa memikirkan risiko walau nyawa menjadi galang gantinya, sifat inilah yg amat ditakuti ole bangsa penjajah sifat inilah yg cuba dilenyapkan oleh mereka dari bangsa ini maka berterusanlah bangsa ini dijajah utk sekian lamanya maka disebokkanlah bangsa ini dgn percakaran politik kepartian yg tidak ada titik sudahnya sehingga dibangkitkan dikalangan bangsa ini satu figure yg mampu menyatukan bangsa ini sebagaimana Rasulullahsaw menyatukan suku Auz & khazraj tatkala manusia sudah tidak menaruh kepercayaan kpd demokrasi yg telah memandulkan bangsa ini...wallahu'alam


Siti Najwa20 March 2013 03:44
bukankah amuk seperti cuba dibangkitkan semula? lihat saja berapa bnyak himpunan2 yang menampakkan amarah orang melayu kita.

Reply

Coccoon 7720 March 2013 03:02
Bangsaku yg dikasihi,
Tidur lena sudah hampir kepenghujungnya,
Saat bangkit sudah hampir dihadapan wajah,
Bakal berlaku peristiwa besar dalam waktu mendatang ini,
Bangkitlah dengan hati yg tenang dan berlapang dada,
Masa yg perit perlu ditempuh demi bersuatemu dgn masa yg indah lg mendamaikan.

Reply

Anonymous21 March 2013 04:56
Salam

Saudara Stalker, ketika berada di puncak kekecewaan dengan karenah yang berlarutan pernah kami membincangkan perihal intipati 'doa' yang disebut. Mungkinkah itu jalan terbaik untuk Islam?

Namun, seorang sahabat mengungkapkan petikan kata-kata ayahanda Ibrahim, 'sesungguhnya tidak aku berputus asa terhadap Allah'. Mengingatinya memberi sedikit kelegaan walaupun masih buntu mencari jalan.

Aku bimbang akan keluargaku. Aku bimbang akan masa depan anakku. 

Harapanku masa depan anakku kelak sesuai dengan kata2 Enrike

InsyaAllah
Sirih

Reply

Anonymous23 March 2013 01:36
berat mata memandang
berat lagi bahu memikul

Reply

Anonymous26 March 2013 08:55
Salam saudara stalker.....
Saudara buat DNA test ke?
Saudara anta darah dekat mane?

Reply
Replies

STALKER27 March 2013 02:00
saya tak perlu lakukan ujian DNA kerana saya tahu asal usul saya. saya tahu salasilah keturunan saya.

: )

soalan yang lain-lain, saya jawab kemudian dalam artikel yahadut mizrah yang akan datang.

maaf, sangat sibuk.


Anonymous28 March 2013 01:23
Salam stalker.. 
Macam mane nk mengkaji salasiah keturunan?..


Anonymous28 March 2013 05:12
Ya jgn lupa jawap soklan sy ya..

Kdg2 blog ni ada soklan jawap,.ada soklan x jawap pun.cam pilih jak

Reply

ADMIN28 March 2013 18:40
salam.

anon,

kalau anda membaca blog ini sejak edisi pertama, anda akan dapati setiap soalan akan diperjelaskan dalam artikel-artikel yang akan datang atau artikel-artikel iringan.

manakala penjelasan-penjelasan itu pula tidak diperjelaskan secara berterus-terang. anda perlu belajar untuk memahami gaya bahasa para penulis di blog ini bagi memudahkan pemahaman. ia kerana para penulis sememangnya mahu para pembaca belajar untuk berfikir.

ada penjelasan diperjelaskan di celah-celah artikel, ada yang diperjelaskan secara kiasan dan ada yang diperjelaskan secara fakta.

bagaimanapun, blog ini tidak pernah menawarkan jawapan. kita hanya memberikan penjelasan supaya para pembaca mendapat pencerahan untuk terus berfikir dan berfikir.

_WAQQAS
downing street

Reply